www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Friday, 16 December 2011

PRU13 PARLIMEN BACHOK. NASHARUDDIN HASSAN BAKAL GANTI NASHARUDDIN MAT ESA? TINDAKAN WAJAR....

PAS kini siap 'menguruskan' dua pemimpin kontroversinya exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan bekas timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa yang dianggap merugikan parti, terutama dalam keadaan menjelang pilihan raya umum.

Antara tindakan itu dengan giat menggunakan organ parti - media cetak dan internet - untuk menjawab kenyataan kontroversi kedua-dua pemimpin itu yang tidak disenangi.

NONEBermula dengan kritikan terbuka setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali (kanan) dalam akhbar web PAS Harakahdaily semalam, beberapa lagi siri dijangka berterusan, sekurang-kurangnya sehingga minggu depan.

Malah, Harakah edisi Isnin depan akan memuatkan wawancara khas dengan Mustafa yang mendakwa Hasan kini cuba mempengaruhi beberapa lagi pemimpin parti supaya 'tidak lagi yakin dengan perjuangan PAS'.

Malah tanpa curiga, Mustafa dilaporkan menyatakan Hasan mahupun Nasharudin 'bakal tidak kekal lama' dalam perjuangan PAS.

"Saya dimaklumkan dan saya boleh mengesahkan Hasan ada menemui orang tertentu termasuk beberapa tokoh dalam PAS untuk meyakinkan mereka supaya bersama dengan dia kerana PAS sudah tidak boleh diyakini lagi.

"Saya tak nak dedahkan lagi siapa orang ini, cuma saya mahu sebutkan apa yang dilakukan Hasan ini dalam ruang-lingkup agenda musuh politik PAS," beliau dipetik sebagai berkata kepada Harakahdaily dan Harakah.

Lagi 25 minit rakaman

Tulisan itu bagaimanapun sudah boleh dibaca dalam blog seorang wartawan Harakah yang mewawancara Mustafa kerana sudah dimuatkan sejak semalam.

Pada hari yang sama, sebahagian kecil daripada rakaman wawancara kira-kira 30 minit itu juga dimuatkan dalam Harakahdaily.

azlan
"Rakaman lima minit sudah disiarkan. Ada lagi 25 minit (akan terbit)," kata sumber kepada Malaysiakini hari ini.

Tindakan agresif itu jarang berlaku dalam PAS yang sering menekankan konsep penyelesaian secara dalaman dalam pelbagai isu.

Malaysiakini difahamkan, disiplin kedua-dua pemimpin itu amat merunsingkan kepimpinan tertinggi PAS sehingga memaksa mereka mengambil langkah itu.

Dr Hasan baru-baru ini dilaporkan berkata bahawa beliau bersedia membantu perdana menteri menyatupadukan Melayu-Islam, termasuk PAS dan Umno.

Tak hadir mesyuarat
Manakala Nasharudin pula dilapor menyifatkan politik PAS makin pelik apabila ada golongan tertentu yang mendahului presiden dalam menentukan calon pilihan raya.

Malaysiakini difahamkan, selain tidak selesa dengan kenyataan Hasan dan Nasharudin di media, terutamanya di arus perdana, prestasi kedua-dua pemimpin itu juga dipertikai.

Mereka didakwa tidak memainkan peranan yang diberikan, malah lemah dari segi kehadiran ke mesyuarat.

Nasharudin didakwa tidak pernah hadir ke mesyuarat jawatankuasa pusat sehingga digugurkan sebagai pengerusi lajnah antarabangsa.

Manakala Hasan pula dikatakan tidak pernah hadir mesyuarat perhubungan negeri dan sekali sekala hadir mesyuarat pusat.

Nasharudin tidak dapat dihubungi Malaysiakini pada masa ini manakala Hasan pula enggan mengulasnya kerana bercadang mengadakan sidang akhbarnya pada Isnin depan
 

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online