www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Wednesday, 2 November 2011

PANAS.......ARTIS TERKENAL SAIFUL APEK DIDAKWA DI MAHKAMAH AMBIL DADAH.

PETALING JAYA: Pelakon komedi, Saiful Apek dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, atas tuduhan mengambil dadah jenis ganja, tahun lalu.


Pelakon tersebut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid. Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 42, didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 11 malam, 12 Jun 2010 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan, di sini.
 
Bagi kesalahan itu, pelakon yang pernah membintangi filem Senario The Movie 4 dan Sifu & Tongga itu didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh yang mempunyai tiga orang anak itu boleh dihukum denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.
Pendakwaan terhadap pemenang Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berira Harian 2003 dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh dan Fadilah Shah Abdul Latiff.
Turut didakwa di mahkamah sama ialah tiga rakan Apek, termasuk Pengurus Gitu-Gitu Production Sdn Bhd, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, dan dua pekerja sambilan kru produksi itu, Shaiful Baharom, 24, serta Noremy Mohamad, 28.
Semua mereka mengaku tidak bersalah atas tuduhan sama.

Ahmad Ishrakh Saad menawarkan wang jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh, bagaimana mahkamah membenarkan jaminan pada jumlah RM2,500 dengan seorang penjamin.

Kes akan disebut semula pada 23 Disember depan.

Di mahkamah sama, seorang lagi rakannya, Mohamad Shafarul Abdul Rahim, 25, mengaku bersalah selepas tiga pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa memiliki dadah jenis ganja seberat 0.09 gram di rumah bernombor 306, Blok C, Sunway Court Apartment, Jalan PJS 7/13, Bandar Sunway pada pukul 10 malam, 12 Jun tahun lalu.

Mohamad Shafarul juga didakwa memiliki alat perkakas yang digunakan dalam menyediakan dadah itu untuk digunakan, iaitu satu bekas plastik di tempat, masa dan tarikh sama.

Manakala bagi tuduhan ketiga, lelaki itu didakwa mengambil dadah jenis ganja di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Subang Jaya, pada pukul 11 malam, tarikh sama.

Ahmad Solihin kemudian menjatuhkan hukuman denda RM7,500 terhadap tertuduh bagi ketiga-tiga kesalahan berkenaan dan dua tahun pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Pada prosiding itu, semua tertuduh diwakili oleh peguam bela Mohd Fadly Hashim.
Media sebelum ini melaporkan Saiful Apek ditahan bersama empat rakannya lain atas kesalahan dadah di sebuah apartmen pada 12 Jun tahun lalu.

sumber : www.mstar.online

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online