Rayu Undi PRU13, Najib Taja Ketua Kampung Dari Parlimen Pekan Menunaikan Haji Secara Percuma
Kehangatan desas-desus parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat ini kian terasa sekarang. Apatah lagi, kini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikatakan sudah memaklumkan penempatan petugas-petugas "sambilannya" untuk berkhidmat di pusat-pusat pengundian di seluruh negara. Maknanya Pilihanraya Umum Ke-13 akan tiba bila-bila masa dari sekarang. Disamping kita dihebohkan dengan pemberian "MyKad" kepada warga asing untuk mengundi BN, kita juga kini sedang memikirkan apakah SPR akan melaksanakan satu pilihanraya yang telus, bebas dan adil seperti yang diharapkan rakyat agaknya?.Apakah SPR akan terus menipu untuk kepentingan politik pemerintah seperti sekian lama?. Inilah yang menimbulkan persoalan sekarang. Dalam pada kita sibuk membicarakan soal pilihanraya umum, PDO mendapat satu maklumat sulit dari Pekan semalam. Ia berkaitan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menaja kesemua Ketua Kampung (Tok Empat) dalam Parlimen Pekan untuk menunaikan fardhu haji di Mekah sekarang.
Rombongan terbabit dikatakan tidak termasuk mereka yang sudah menunaikan haji, hanya mereka yang belum sahaja dibawa oleh pihak yang berkenaan. Semuanya adalah bagi meraih undi simpati menjelang PRU-13 akan datang. Itulah pandangan beberapa orang penduduk Pekan yang ditemui oleh krew kami.
[Difahamkan, ramai Ketua Kampung dan Ketua UMNO yang tidak melepaskan peluang keemasan tersebut. Kini mereka menunggu ketibaan Najib dan Rosmah di tanah suci katanya. Difahamkan, PM dan isterinya itu akan turut serta rombongan berkenaan dan media arus perdana diarahkan untuk memainkan isu "PM & Isterinya Tunai Haji" secara besar-besaran bagi menarik simpati orang Melayu kononnya mereka sudah insaf dan kembali ke pangkal jalan.
Promosi haji mereka akan dimainkan setiap hari agar ia terkesan dihati rakyat. Dalam masa yang sama itulah, Najib akan umumkan pembubaran parlimen bagi membawa kepada PRU-13. Semua skrip ini telah disiapkan oleh pihak terbabit sekarang. Soalnya, jika benar dakwaan ini maknanya Najib telah mengarahkan Lembaga Tabung Haji (LTH) telah memasukkan senarai nama Ketua Kampung berkenaan tanpa mengikut keutamaan.
Kemungkinan besar, ramai dikalangan rakyat Malaysia yang sepatutnya boleh menunaikan fardhu haji pada tahun ini akhirnya dinafikan hak gara-gara mahu memasukkan orang-orang Najib. Apakah ini adil buat rakyat Malaysia?. Justeru itu, berhati-hatilah dengan semua ini!].
sumber : www.pahangdaily.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment