KUALA LUMPUR, 8 Okt: Setelah mendengar Bajet 2012, akibat keceluparan mulut Mat Sabu, para bekas anggota tentera sama ada balu, duda dan sebagainya akan mendapat 'durian runtuh' sebanyak RM3,000 setiap keluarga secara one-off.
Begitulah antara pandangan yang dilontarkan oleh rakyat Malaysia di dalam beberapa blog selepas pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak petang semalam.
“Itulah jasa Mat Sabu kepada bekas-bekas pejuang yang kalau tak ditimbulkan isu ni, aku confirm depa-depa ni tak merasa duit pampasan ni.
“Dan mereka ini PATUT BERTERIMA KASIH kepada Mat Sabu kerana mengutarakan isu Bukit Kepong dan secara tak langsung nasib mereka terbela,” tulis seorang yang menghantar komen di dalam Tranungkite online yang ditulis perkataan penuh Harakahdaily.
Seorang lagi menulis, Kanang Anak Langkau pun dapat pingat kali kedua baru-baru ini atas jasa sebagai perwira negara, mungkin kebetulan kot atau ada agenda di sebaliknya.
“Bajet kununnya menghargai pejuang...dah 54 tahun baru nak ingat bagi...berapa orang yang dapat...berapa orang yang tak sempat dapat?” satu lagi pandangan yang dilontarkan.
Najib mengumumkan petang semalam bahawa kerajaan akan memberi sumbangan RM3,000 secara one-off kepada setiap bekas anggota pasukan keselamatan serta duda dan balu mereka, kesemuanya hampir 62,000 orang untuk membantu meringankan kos sara hidup.
"Mereka yang apabila telah mendengar panggilan Pertiwi untuk berkhidmat, telah menyahutnya tanpa berlengah. Ini termasuklah lebih 48,000 bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat.
"Mereka terdiri daripada anggota Home Guard, Special Constable, Extra Police Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary Police, Women Special Constable, Border Scout dan Jungle Scout,” kata Najib.
Komen yang disiarkan melalui Malaysiakini pula, ada pandangan yang mengatakan kerana marahkan Mat Sabu, akhirnya bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat mendapat faedah.
“Di sinilah pentingya Malaysia mempunyai pembangkang yang kuat. So, sebelum marah Mat Sabu, perlu fikir sejenak,” tulisnya.
Pandangan lain pula: Yg tu baru Pakatan sound melalui Mat sabu, kerajaan dah bagi insentif pd bekas anggota pasukan keselamatan. Blom pun kerajaan Pakatan memerintah lagi. Klau betul2 nak terbela nasibnya, undilah Pakatan! Insyaallah x ada siapa yg akan tercicir, semuanya terbela, termasuk bekas anggota pasukan keselamatan...
Antara komen lagi:
“Di sini mat sabu adalah hero. Tanpa dia jangan mimpi la depa nak pandang kat hampa. tu pun jangan, ada lagi yg dok marah kat dia.
“Kepada bekas tentera, balu, duda tu ingat sikit......terima kasih kat Mat Sabu...kalau tak tak merasalah duit tu...”
0 comments:
Post a Comment