www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Saturday, 20 August 2011

NAJIB KATA OPERASI JAIS DIRANCANG UMNO TAK MASUK AKAL....SEBAB PENGARAH JAIS PUN TAK TAHU, MEMANG TAK MASUK AKAL

Kontroversi tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pemeriksaan terhadap Gereja Methodis Damansara Utama (DUMC) terus berlarutan apabila kini timbul dakwaan Pengarahnya, Marzuki Hussin tidak tahu-menahu mengenai operasi itu.

Sumber dalaman JAIS menyatakan bahawa Marzuki tidak dimaklumkan mengenai operasi yang dijalankan oleh Bahagian Penguat kuasa JAIS dan polis pada malam 3 Ogos lalu.

"Pengarah tidak dimaklumkan tentang operasi itu. Sebab itu operasi malam itu dibuat tanpa persedian rapi," kata sumber berkenaan.
 
Justeru menurut sumber itu lagi timbul tanda tanya berhubung pihak yang mengeluarkan arahan atau memberi kelulusan agar operasi itu dilaksanakan.

Selain itu difahamkan juga jumlah 12 individu Islam yang dilaporkan menghadiri majlis makan malam anjuran komuniti gereja di DUMC itu tidak tepat berdasarkan fakta bahawa hanya sepuluh daripada mereka diwakili peguam dari firma guaman Tetuan Lee Hishammuddin.

"Dua lagi individu itu 'tidak formal', tapi kesemua 12 yang diperiksa itu memang hadir beri keterangan agar tidak menimbulkan syak," katanya lagi.

Sumber berkenaan bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai apa yang dimaksudkan dengan 'tidak formal'.

Baru-baru ini Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa mempunyai bukti bahawa Umno mendalangi pemeriksaan JAIS terhadap DUMC.

Mustafa turut mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan JAIS yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja tersebut.

========================================================================
Tuduhan Umno Dalang Pemeriksaan JAIS Ke Atas Gereja Tak Masuk Akal
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyifatkan tuduhan pembangkang bahawa pemeriksaan Jabatan Agama Islam (JAIS) terhadap Gereja Methodis Damansara Utama (DUMC) baru-baru ini didalangi olehUmno adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Presiden Umno berkata, adalah tidak berasas sekiranya Umno dikaitkandengan insiden berkenaan kerana JAIS terletak di bawah bidang kuasakerajaan negeri yang ditadbir pembangkang.
"Ini semua tuduhan, macam mana kita nak arahkan orang yang bukan dibawah Umno. JAIS di bawah siapa?
"Takkan Umno boleh arahkan orang bukan Umno buat ini, ini tak masukakal...susahlah kalau buat tuduhan tak masuk akak, tuduhan melulu,"katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MajlisTertinggi (MT) Umno di sini, Jumaat.

Baru-baru ini Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskanbahawa beliau mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan bahawa Umnomerupakan dalang terhadap tindakan JAIS melakukan pemeriksaan terhadapDUMC pada 3 Ogos lalu.

Sementara itu Najib berkata, pendirian Umno berhubung isu berkenaanadalah jelas selaraskan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakanbahawa Islam adalah agama rasmi sementara agama lain bebas diamalkan.

"Ini adalah soal negeri dan bukan kerajaan Pusat, ia perludiselesaikan di peringkat negeri.
"Bagi Umno sendiri ia selaras dengan Perlembagaan, Islam adalah agamaPersekutuan dan tidak ada sesiapa yang boleh menodai kesuciannya.

"Ini termasuk untuk cuba memesongkan akidah rakyat Malaysia yangberagama Islam," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online