www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Wednesday, 8 June 2011

ALI RUSTAM CABUT LARI, PENIAGA DI JASIN KECEWA DENGAN JUMLAH PAMPASAN.

JASIN 7 Jun - Kira-kira 40 peniaga kedai di Pekan Asahan di sini melahirkan rasa tidak puas hati dengan bayaran pampasan yang dicadangkan kerajaan negeri untuk memindahkan mereka bagi memberi laluan kepada projek menaik taraf pekan lama itu tidak lama lagi.

Rata-rata mereka yang mula menyewa kedai papan itu sejak lebih 15 tahun lalu mendakwa, pampasan sebanyak RM3,000 yang ditawarkan kerajaan negeri kepada setiap penyewa itu tidak mencukupi bagi menampung pelbagai kos untuk berpindah ke lokasi baru.

Seorang peniaga kedai runcit, M. Nadarajah, 52, yang telah menyewa kedai di pekan itu sejak 27 tahun lalu berkata, dia menyokong usaha kerajaan negeri untuk merobohkan bangunan kedai kayu di pekan lama bagi dibina baru.

"Cuma saya kecewa dengan jumlah pampasan RM3,000 yang diberikan itu tidak setimpal dengan usaha kami yang telah sekian lama membantu menghidupkan pekan ini sejak negara merdeka lagi.

"Lebih malang, ketika proses bicara pampasan di Pejabat Tanah dan Daerah 26 Mei lalu, kami tidak diberitahu lokasi baru untuk berpindah," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Menurut Nadarajah, pampasan itu tidak mencukupi bagi kos menyewa lori untuk mengangkat pelbagai barang runcit di kedainya.

Malah katanya, sejak menyewa kedai itu hampir 30 tahun lalu, dia telah menghabiskan lebih RM10,000 untuk kerja-kerja membaiki dan mengubahsuai kedai kayu itu yang dilakukan sedikit demi sedikit.
 
"Saya harap, pampasan itu dapat dinaikkan kepada RM8,000, barulah cukup untuk kami berpindah dan sebagai deposit untuk menyewa kedai baru," katanya yang menjelaskan menyewa kedai itu pada kadar RM150 sebulan.

Bagi penyewa kedai membaiki motosikal, Tay Guan Huat, 43, menyifatkan pampasan itu tidak setimpal kerana mereka terpaksa mencari lokasi baru untuk meneruskan perniagaan.
Justeru, dia berharap kerajaan negeri dapat membuat penilaian semula nilai pampasan yang akan diberikan itu supaya bersesuaian dengan keadaan semasa.

"Jika kerajaan negeri tidak boleh berikan antara RM30,000 hingga RM60,000 kepada pemilik tanah, sekurang-kurangnya berilah penyewa RM8,000 seorang untuk memulakan perniagaan di lokasi baru," katanya.

Pandangan sama dilontarkan peniaga kedai membaiki radio dan televisyen, R. Sandra, 60, yang berharap setiap penyewa diberikan pampasan sekurang-kurangnya RM5,000.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online