www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Saturday, 25 May 2013

MALAM INI : HIMPUNAN AMAN BLACKOUT 2505 DI AMCORP MALL


Selepas berlangsungnya lapan siri perhimpunan Blackout 505 di seluruh negara, kini perhimpunan kesembilan dan terakhir yang digelar 'Perhimpunan Suara Rakyat 505' - akan berlangsung di Petaling Jaya jam 5 petang ini.




Perhimpunan, di mana NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) adalah antara penganjur utamanya, diadakan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya dan salahlaku dalam pilihan raya umum baru-baru ini.



Pihak berkuasa menyiasat atau medakwa mereka yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan Blackout 505 di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA), kerana didakwa gagal memberi notis 10 hari kepada pihak polis.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid 
Hamidi (kanan) dilaporkan berkata perhimpunan hari ini merupakan "satu tindakan provokasi" dan tidak mengikut peruntukan di bawah APA.

Perhimpunan sebelum ini telah menarik puluhan ribu orang - 
yang terbesar diadakan di stadium Kelana Jaya tidak jauh dari tempat perhimpunan hari ini. Kira-kira 120,000 orang membanjiri perhimpunan pada 8 Mei itu - sama ada di luar atau di dalam stadium yang penuh sesak.

Bagi perhimpunan hari ini - di Dataran Petaling Jaya - mempunyai kapasiti maksimum kira-kira 80,000. Jika mengambilkira perhimpunan sebelum ini, maka ia juga dijangka dibanjiri puluhan ribu hadirin.

LAPORAN LANGSUNG


9.20pm: Penyanyi blues, Ito menyanyikan lagu 'Ubah Sekarang' dan orang ramai berdiri melambaikan tangan mengiringi nyanyiannya.



9.15pm: Penyanyi Dayangku Intan yang bertanding di Parlimen Pengerang berkata Pakatan Rakyat memenangi hati rakyat selepas pilihan raya umum.

Beliau turut mengambil kesempatan menyanyikan serangkap lirik lagu popularnya.


9.10pm: Badrul Hisham Shaharin mengambil tugas pengerusi majlis dan memperkenalkan pemimpin Ronnie Liu naik ke pentas.



Beliau menegaskan perlunya reformasi sistem pilihan raya "jika tidak, kita tidak akan sampai ke Putrajaya".

"Saya percaya sudah tiba masanya kita melancarkan BERSIH 4.0!" katanya sambil mendapat tepukan gumuruh hadirin.


9.00pm: Perhimpunan diteruskan, jumlah hadirin telah meningkat dua kali ganda kepada kira-kira 20,000 orang.

8.00pm: Hujan renyai-renyai tetapi orang ramai masih tidak berganjak, dan ada yang membuka payung.

7.30pm: Jumlah hadirin meningkat kepada 10,000 orang dan jumlah itu kurang daripada yang dijangkakan oleh pihak penganjur. 




Read rest of entry

Thursday, 23 May 2013

TERKINI........... TAMRIN GHAFAR PUN DITAHAN POLIS. YANG LAIN DALAM PERHATIAN POLIS?

KUALA LUMPUR: Polis menahan Tamrin Tun Ghafar sekejap tadi di sebuah restoran dekat Bangsar dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.

"Saya ditahan oleh Polis Bukit Aman. Polis sedang menunggu saya menghabiskan makan tengahari di Chawan (Restoran), Bangsar," kata Tamrin dalam sms kepada rakan-rakannya.

Dengan penangkapan Tamrin, polis kini telah menahan empat orang iaitu aktivis pelajar Adam Adli, anggota Parlimen Batu Tian Chua dan akhtivis Asal Bukan Umno, peguam Haris Ibrahim.




Read rest of entry

PANAS.... TIAN CHUA DITAHAN POLIS. ZAHID KDN DIARAH OLEH SIAPA?


Polis hari ini menahan MP Batu Tian Chua dan juga seorang akvtivis Haris M Ibrahim dalam dua operasi berasingan, dipercayai berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini.

Tian Chua dalam tulisannya di Twitter hari ini menyebut, beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari.

"Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," katanya.

Menurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.


Sementara itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dalam satu tulisan di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.

Haris pagi ini muncul di bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim yang dituduh mengikut Akta Hasutan hari ini.



Beliau juga turut berucap dalam forum mengenai dakwaan penipuan pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei lalu.


Pendakwaan ke atas Adam Adli hari ini adalah berdasarkan ucapan siswa berkenaan dalam forum sama.


Jurucakap bagi sekumpulan 50 NGO yang menganjurkan perhimpunan di Petaling Jaya pada Sabtu ini, Badrul Hisham Shaharin telahpun menafikan bahawa ia bertujuan untuk menumbangkan kerajaan seperti 'Arab Spring' seperti yang didakwa pihak berkuasa.


Sebaliknya, perhimpuan berkenaan adalah Festival Rakyat untuk mengembalikan hak demokrasi kepada rakyat, katanya.

Bukti dan saksi mengenai dakwaan penipuan pilihan raya dijangka akan ditampilkan ladam perhimpunan berkenaan di padang berhampiran Amcorp Mall.

Antara yang dijangka mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut adalah NGO Suaram, Solidariti Anak Muda Malaysia, Asalkan Bukan Umno, Tindak Malaysia, Parti Sosialis Malaysia dan Parti Rakyat Malaysia
Read rest of entry

Wednesday, 22 May 2013

CINA INI MAHU KUBURKAN UMNO? MANA PERKASA? JATI? LAWANLAH BRO.....


KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) seharusnya bergabung dalam satu parti berbilang kaum atau akan berhadapan dengan risiko dalam tempoh lima tahun akan datang, kata pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn.

Chang berkata, BN perlu mengubah pendekatannya dengan menarik perhatian pengundi muda dan bandar dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Dalam pilihan raya, kita melihat pengundi bandar mengundi calon-calon berbeza kaum seperti pengundi Cina mengundi calon-calon PAS.
“Dalam tempoh lima tahun akan datang, kita akan melihat lebih banyak kawasan luar bandar akan dimodenkan.
“Parti berdasarkan kaum sudah ketinggalan. Ia merupakan perkara yang lepas.
“Barisan sepatutnya menjadi sebuah parti yang tunggal,” katanya pada sidang media di sini, Rabu
Read rest of entry

KABINET HARAM 2013? AKIBAT SUMPAHAN HARAM JADAH RAKYAT BUAT NAJIB........


KUALA LUMPUR: Pelantikan lima senator yang belum mengangkat sumpah sebagi anggota kabinet baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sesi 2013 adalah tidak sah dan boleh dicabar.

Pandangan itu dikemukakan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak yang dipetik Sinar Harian Online.



Mohamed Mustafa berkata, dalam Perlembagaan Negara, melalui Perkara 43, anggota kabinet hanya boleh dipilih mana-mana Majlis Parlimen iaitu Dewan rakyat ataupun Dewan Negara.


Beliau merujuk kepada perlantikan dua menteri dan tiga timbalan menteri iaitu berstatus senator yang belum mengangkat sumpah.


Mereka adalah Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Datuk Paul low Sengg Kwan (Kedua-duanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri) serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorty (Pemimpin Hindraf), Timbalan Menteri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (Kementerian Perdagangan dalan Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Loga Bala Mohan Jaganathan juga Timbalan Menteri dari Kementerian Wilayah Persekutuan.


Mengulas lanjut beliau berkata lantikan hanya berjalan apabila Menteri atau Timbalan Menteri dilantik mengangkat sumpah sebagai Senator dan ia jelas tertulis di dalam Perkara 43(1)(b) dalam kes Menteri dan Perkara 43A(1) dalam kes Timbalan Menteri.




"Jika dua Menteri dan tiga Timbalan Menteri itu tidak mengangkat sumpah sebagai Senator, ini bermakna pelantikan mereka tidak sah dan boleh dicabar.




"Perkara ini amat jelas dan terkandung di dalam Perlembagaan Negara melalui Perkara 43 iaitu lantikan hanya berjalan apabila Menteri atau Timbalan Menteri dilantik mengangkat sumpah sebagai Senator," jelas beliau.
Read rest of entry

Tuesday, 21 May 2013

NAJIB SEMAKIN TAKUT KEPADA MAT TAIB . GAJINYA KINI LEBIH TINGGI DARI NAJIB....MEMALUKAN


KUCHING: Bernama hari ini melaporkan, gaji bulanan ketua menteri Sarawak akan naik tiga kali ganda mula 1 Januari 2012 iaitu dari RM13,000 ke RM39,000 sebulan.

Turut dinaikkan tiga kali ganda adalah gaji timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak.

Ia dilakukan di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.

Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh berkata semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat.

"Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya.

Wong berkata rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas.

Dengan kenaikan gaji ini, ketua menteri Sarawak mempunyai gaji yang lebih besar dari Perdana Menteri.
Read rest of entry

SAH UTUSAN BODOH DAN RASIS : KINI ORANG CERDIK SOKONG BOS AIRASIA-X SEBAGAI WIRA



Ahli perniagaan Datuk Seri Kalimullah Hassan tampil mempertahankan ketua pegawai eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani, yang dikecam hebat Utusan Malaysia kerana mengkritik pemberitaan akhbar milik Umno itu.

Kalimullah, dalam tulisannya di Twitter malah menyanjung tindakan dan sikap Azran dan menyifatkan eksekutif muda di syarikat penerbangan tambang murah itu sebagai “warga Malaysia sebenar”.

“Hanya orang yang taksub akan melihat komen seperti yang diutarakan Azran Osman-Rani itu sebagai (komen) menyakitkan hati,” kata Kalimullah dalam tulisan bertarikh 18 Mei.

Beliau yang pernah memimpin akhbar New Straits Times sebagai ketua pengarang kumpulan juga menyatakan rasa hairan dengan sikap yang ditunjukkan Utusan dalam isu Azran itu.

“Kadang-kadang, saya terfikir dari celah batu mana sesetengah personaliti Utusan ini muncul,” katanya, pada 8 Mei.


Dalam satu lagi tulisan, juga pada 8 Mei, beliau turut menyatakan rasa gembira apabila melihat rakyat Malaysia bersatu mengutuk “sikap rasis” Utusan.

"Amat mengujakan apabila melihat rakyat Malaysia bersatu dalam mengutuk (sikap) rasis Utusan yang terang-terangan dan berterusan," katanya.


Kenyataan berkenaan dipercayai merujuk kepada laporan muka depan Utusan bertarikh 7 Mei dengan tajuk besar "Apa lagi Cina mahu?"
Azran juga mula mendapat perhatian Utusan apabila beliau meluahkan rasa jengkelnya terhadap isu perkauman dalam laporan akhbar berkenaan.

Dalam tulisan di laman sosial Facebook dan Twitter, Azran dilaporkan turut mengkritik Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) sebagai pertubuhan tidak relevan yang menyebabkan orang Melayu berfikiran sempit
Read rest of entry

SEBAB APA ADNAN MEROYAN KETUAI 6 JAWATANKUASA ? SENDIRI FIKIRLAH...


KUANTAN - Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini mengumumkan senarai portfolio Anggota Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang.
   
Adnan sendiri mempengerusikan enam jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran; Jawatankuasa Pelaburan dan Perindustrian; Jawatankuasa Hal Ehwal Orang Asli dan Kebajikan Masyarakat; Jawatankuasa Badan-badan Bukan Kerajaan; Jawatankuasa Perancangan, Kewangan, Tanah, Perhutanan dan Sistem Penyampaian Awam; dan Jawatankuasa Khas Perpaduan.
   

Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin (Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan)
   
Datuk Mohd Soffi Abd Razak (Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar).
   
Datuk Wan Rosdy Wan Ismail (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran)
   
Datuk Shafik Fauzan Sharif (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani).
   
Datuk Shahiruddin Ab Moin (Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan)
   
Datuk Abu Bakar Harun (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda)
   
Datuk Mohd Johari Hussain (Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan)
   
Norol Azali Sulaiman (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas)
   
Datuk Shahaniza Shamsuddin (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia)
   
Syed Ibrahim Syed Ahmad (Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas). - Bernama
Read rest of entry

Monday, 20 May 2013

MB KEDAH TUNJUK BELANG PERTAMA? MUKHRIZ TAK LAYAN GUNA STADIUM WALAUPUN MAHFUZ MERAYU

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir tidak akan membenarkan parti pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Selasa ini kerana perhimpunan seperti itu tidak wajar diadakan.

Katanya walaupun beliau berpendapat mana-mana pihak boleh mengadakan perhimpunan tetapi pengisiannya perlu diteliti sebelum diberikan kebenaran.
"Perhimpunan ini yang telah diadakan di beberapa tempat di seluruh negara bertujuan menimbulkan rasa benci di kalangan peserta terhadap kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat untuk tubuhkan kerajaan Persekutuan serta di Kedah ini. Ini suatu yang tak boleh diterima. 
   
"Kalau setakat nak berhimpun takde masalah. Ini kandungan ucapan oleh pemimpin pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan dakwaan tidak berasas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Kesyukuran peringkat negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di sini hari ini.

Bernama melaporkan Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar hari ini merayu supaya Mukhriz membenarkan pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan berkenaan di Stadium Sultan Abdul Halim.
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata pihaknya sebelum ini telah mengemukakan surat permohonan kepada pihak pengurusan stadium tersebut namun ditolak dan tidak dibenarkan untuk mengadakan perhimpunan berkenaan.
Katanya pihaknya hari ini akan menghantar surat rayuan kepada Mukhriz selaku Pengerusi Perbadanan Stadium Kedah agar membenarkan mereka melakukan himpunan tersebut atas dasar 'demokrasi'. 
Mukhriz berkata jika perhimpunan itu dibenarkan dan dakwaan-dakwaan itu diulangi, beliau khuatir ia akan mengelirukan rakyat dan mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat.

"Kita dah terlalu lama berpolitik. Jadi biarlah selepas PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13) yang paling sengit, kita satukan balik rakyat. Tidak perlu panjang-panjangkan lagi dan timbulkan rasa marah rakyat. Bagi saya, jawapannya adalah TIDAK (untuk benarkan stadium itu digunakan). Saya juga dapat nasihat daripada polis, permit tidak akan dikeluarkan ," katanya.
Read rest of entry

KENAPA KETUA POLIS BARU BERAT SEBELAH? KATA LIM KIT SIANG


GEORGE TOWN: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyelar Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana didakwa bersifat berat sebelah dalam menyiasat kenyataan berbaur hasutan.
Menurut beliau, walaupun banyak laporan polis dibuat, polis masih belum mengambil tindakan terhadap bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah berhubung kenyataan yang didakwa bersifat perkauman itu.
"Namun Khalid mahu menyiasat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dengan mendakwa kami terlibat dalam konspirasi untuk mewujudkan huru-hara pada pilihan raya umum," kata Lim.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata demikian selepas melawat bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang menjalani pembedahan memotong kakinya berikutan komplikasi penyakit kencing manis di Hospital Pulau Pinang di sini, Ahad.
Read rest of entry

Thursday, 16 May 2013

PANAS..TOLAK JAWATAN TIMBALAN MENTERI. MP SARAWAK KECEWA MUNGKIN SERTAI PR?


SIBU - Anggota Parlimen Julau Datuk Joseph Salang telah menolak pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dalam barisan baharu Kabinet Persekutuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.


Salang, yang juga naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), ketika dihubungi berkata jika beliau perlu memilih antara menjadi timbalan menteri dan keluarganya, maka "saya memilih keluarga saya".

Katanya beliau mungkin mempertimbangkan jika ianya adalah jawatan yang lebih tinggi atau jawatan menteri penuh.

"Saya fikir adalah lebih baik memberi laluan kepada orang lain untuk jawatan timbalan menteri," katanya yang menjadi timbalan menteri Penerangan, Komunikasi
dan Kebudayaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.

Pada PRU13, Salang mempertahankan kerusinya dengan menewaskan calon Parti Pekerja Sarawak, Wong anak Judat dan Andy Wong Hong Yu dari PKR dengan majoriti 5,955 undi.

Sementara itu, penyokong Salang di Julau kecewa apabila wakil rakyatnya itu tidak diberi jawatan menteri penuh walaupun berkhidmat sebagai timbalan menteri
di tiga portfolio berlainan sebelum ini.

"Memandangkan pengalaman luas, komitmen, dedikasi dan keikhlasan beliau, kita jangka beliau dinaikkan pangkat tetapi beliau telah diberi jawatan yang agak rendah, " kata Desmond Sunok, seorang jurucakap kumpulan itu.

Beliau berkata Salang juga telah menghubunginya atas keputusan untuk tidak menerima jawatan baharu itu. - Bernama
Read rest of entry

Wednesday, 15 May 2013

TERKINI : SAH KABINET NAJIB LESU. ADAKAH UNTUK 6 BULAN SAHAJA SEBELUM DIAMBIL MUHYIDDIN?

Berikut adalah senarai menteri dalam kabinet yang diumumkan Najib


Perdana menteri: Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Jabatan Perdana menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Bahrom
Datuk Seri Idris Jala
Datuk Seri Abdul Wahid Omar 
Tan Sri Joseph Kurup
Puan Hajah Nancy Shukri
Joseph Entulu
Paul low Seng Kuan
Datuk Seri Shahidan Kassim 

Timbalan Menteri di JPM
Datuk Razali Ibrahim 
P Waythamoorthy


Menteri Kewangan 1:
Datuk Seri Najib Tun Razak

Menteri Kewangan II
: 
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah 


Timbalan Menteri Kewangan:
Datuk Ahmad Maslan                               

Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi:
Menteri 1: Tan Sri Muhyiddin Yassin, 
Menteri 2: Tan Sri Idris Jusoh    
                                           
Timbalan Menteri: 
Yap Kain Ching 
P Kamalanathan 
 
Menteri Pertahanan:
Datuk Seri Hishammuddin Hussein 
Timbalan: Datuk Rahim Bakri
                                                       
Menteri Dalam Negeri: 
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan: Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar 

Menteri Pengangkutan: 
Datuk Seri Hishammuddin (pemangku) 

Menteri Pelancongan:
Datuk Seri Nazri Abdul Aziz 

Menteri Luar Negeri:
Datuk Anifah Aman                                               

Timbalan Menteri Luar:
Datuk Hamzah Zainudddin
  
Menteri Kerja Raya:
Datuk Fadhilah Yusof 
Timbalan: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin


Menteri Kesihatan: 
Datuk Dr S Subramaniam

Menteri Belia dan Sukan:
Khairy Jamaluddin    

                               
Timbalan menteri:
Datuk M Saravanan

Menteri Sumber Manusia:
Datuk Richard Riot

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal-Ehwal Pengguna:
Datuk Hassan Malek

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri:
Datuk Mustapa Mohamad                      

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani:
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi:
Ewon Ebin
Timbalan: Datuk Abu Bakar Mohd Diah
                           
Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli:
Datuk Seri G Palanivel

Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau:
Datuk Seri Maximus Ongkili    

Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar:
Datuk Shafie Apdal                        

Menteri Industri Perladangan dan Komoditi:
Datuk Douglas Uggah Embas

Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar:
Datuk Abdul Rahman Dahlan  


Perdagangan Perdagangan Antarabangsa dan Industri:
Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan: Datuk Hamim Samuri

Menteri Komunikasi dan multimedia: 
Datuk Seri Ahmad Shabery

Menteri Wilayah Persekutuan: 
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan: Loga Balamohan

Menteri Pembangunan Wanita:
Datuk Rohani Abdul Karim 
Timbalan: Datuk Azizah Mohd Dun



Read rest of entry

Tuesday, 14 May 2013

SAKSIKAN KABINET 2013 NAJIB : LESU TAK BERMAYA? SINAR HARIAN SILAP MENILAI.............


SHAH ALAM - Namakanlah apa sahaja sama ada Kabinet Transformasi atau sebarang nama lain, barisan jemaah menteri pasca PRU13 seharusnya adalah pasukan terbaik dan paling mantap untuk memperkasakan semula BN menghadapi PRU14.

Ini kerana tanpa barisan terkuat, sukar bagi kerajaan untuk menangkis serangan pembangkang yang turut membariskan barisan bertenaga bagi mengasak BN yang sudah masuk penggal kedua bertahan tanpa majoriti dua pertiga.


Di pihak rakyat pula, kita semua tertunggu-tunggu, siapakah yang bakal mengisi barisan terkuat itu? Kalangan pemerhati menjangka Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumum senarai itu hari ini atau selewat-lewatnya esok.

Meskipun menamakan anggota Kabinet adalah prerogatif Perdana Menteri (untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong), namun sebagai pelanggan kepada kerajaan, kita juga mempunyai hak untuk menyuarakan harapan malah menyediakan senarai bayangan siapa yang kita fikir layak berada dalam senarai itu.

Pada masa yang sama, kita juga fahami kriteria dan aspek yang perlu diberi pertimbangan Najib selaku ketua parti dan juga ketua kerajaan yang memenangi pilihan raya bukan dengan majoriti yang benar-benar kukuh.

Situasi ini memerlukan beliau benar-benar teliti termasuk untuk mencegah api rasisme yang sudah mula ditiupkan oleh pihak tertentu sehingga mencetuskan apa yang dipanggil tsunami Cina pada pilihan raya lalu.

Sehubungan itu, Kabinet baru ini seharusnya mampu untuk mengembalikan keyakinan rakyat dengan ciri-ciri keseimbangan yang boleh diterima oleh semua pihak.

Di Jabatan Pengarang Sinar Harian petang semalam, setelah jenuh berbincang dengan berbagai-bagai hujah untuk menyokong pilihan masing-masing, kami ketengahkan senarai anggota Kabinet Transformasi yang difikirkan layak.

Di Jabatan Perdana Menteri, barisan sedia ada yang terdiri daripada Datuk Seri Mohd Nazri Aziz, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili masih boleh dikekalkan dengan portfolio masing-masing.

Jamil Khir malah mempunyai kedudukan yang lebih kukuh berbanding penggal lalu kerana beliau kini tidak lagi bersandar pada kerusi Ahli Dewan Negara (Senator). Kejayaannya merampas kerusi Parlimen Jerai dari tangan Pas harus diberi pengiktirafan.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan pula sudah sampai masa untuk dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh, kekal di JPM. Walaupun MCA sebagaimana yang diumumkan oleh presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sudah membuat ketetapan untuk menolak jawatan dalam kerajaan, Sinar Harian berpendapat wakil parti itu yang menang tidak seharusnya dipinggirkan.

Pemimpin seperti timbalan presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pemuda, Datuk Dr Wee Ka Siong masih perlu diberi tempat dalam kerajaan. Mereka juga dilihat barisan pelapis yang berkeupayaan untuk menongkah tsunami Cina yang sedang melanda.

Tiong Lai harus diberi pertimbangan untuk menduduki portfolio tradisi MCA sebagai Menteri Pengangkutan manakala Dr Wee mengambil alih portfolionya sebagai Menteri Kesihatan.

Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel yang baru menang kerusi Parlimen Cameron Highlands pula boleh mengambil semula portfolio Kerjaraya yang sebelum ini cukup sinonim dengan Datuk Seri S Samy Vellu. Pada penggal lalu, kementerian itu dipegang oleh Umno menerusi Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Datuk S Subramaniam yang mengekalkan kerusi Parlimen Segamat, dikira paling sesuai untuk kekal juga sebagai Menteri Sumber Manusia. Dari Sabah, Datuk Anifah Aman dianggap cukup berkeupayaan untuk dikekalkan sebagai Menteri Luar.

Dari Sarawak pula selain mengekalkan Datuk Seri Douglas Uggah Embas sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Fadzillah Yusoff dikira layak untuk naik pangkat sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Sebelum ini, beliau timbalan menteri di kementerian berkenaan.

Bagi memperkasakan lagi bidang pertanian dan industri asas tani sekali gus mendekatkan lagi kerajaan dengan masyarakat luar bandar yang setia menyokong ketika pengundi bandar mula beralih arah, menteri yang diberi tanggung jawab itu juga seharusnya daripada kalangan pemimpin kanan parti. Untuk itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal dikira sesuai.

Ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menduduki kerusi yang sama dalam Umno, beliau juga pernah diberi portfolio ini pada era kerajaan Pak Lah. Dua lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, dijangka akan dikekalkan jawatan lalu.

Bekas Menteri Kerjaraya, Shaziman pula mungkin akan mengambil alih teraju Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ini kerana ketetapan MCA untuk menolak jawatan Kabinet dilihat paling banyak boleh diisi wakil parti itu hanya dua kerusi menteri.

Datuk Noriah Kasnon yang berjaya mengekalkan rekod cemerlang di kerusi Parlimen Sungai Besar, wajar diberi pertimbangan untuk naik pangkat sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Dalam pada itu, muka baru yang dikira tidak dapat tidak harus berada dalam Kabinet termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh.

Meskipun kali pertama, Khairy harus diberi pertimbangan untuk lantikan sebagai menteri penuh. Kementerian paling sesuai dengannya jika bukan Belia dan Sukan ialah di Angkasapuri (Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan).

Idris pula sebagai Menteri Pelajaran. Ini mengambil kira kesan besar yang ditinggalkannya di Terengganu menerusi pelbagai program kecemerlangan seperti program Ulul Albab yang kemudian diteruskan di MRSM sejak beliau memegang jawatan Pengerusi Mara. Juga kejayaannya mengilhamkan Sekolah Imtiaz yang menggabungkan pendidikan Islam dan sains di bawah Yayasan Terengganu (YT).

Dari Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid dijangka paling sesuai untuk isi portfolio sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Ini sebagai hadiah kepada Umno Kedah yang berjaya ambil alih pemerintahan negeri daripada PR dan sehubungan itu, usaha untuk menggiatkan pembangunan kawasan luar bandar negeri itu harus diberi perhatian.

Dari Wilayah Persekutuan, Datuk Johari Abdul Ghani dijangka akan mengisi slot sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Ini menepati isu yang perlu diperjuangkannya sebagai Ahli Parlimen Titiwangsa di mana isu Kampung Baru menjadi fokus sejak sekian lama.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dijangka kekal dengan portfolionya. Mungkin kejutan, Datuk Saifuddin Abdullah yang tewas pada pilihan raya lalu masih diperlukan. Malah beliau wajar dilantik Senator dan Menteri Pengajian Tinggi memandangkan keupayaannya mendekati dan memahami golongan pelajar universiti sebagai langkah mendekatkan mereka dengan kerajaan.

Menidakkan Saifuddin dengan fungsi itu seolah-olah membiarkan jurang pelajar dan kerajaan semakin melebar. Datuk Seri Noh Omar hampir pasti kekal dalam Kabinet dengan portfolio Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Datuk Seri Mustapa Mohamed mungkin sebagai Menteri Kewangan manakala Datuk Seri Husni Hanadzlah ke MITI. Dalam pada itu, pada barisan timbalan antara yang boleh diketengahkan termasuk Datuk Irmohizam Ibrahim, juga Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Rahim dijangka mengisi salah satu kerusi timbalan menteri. Ya, benar agak ramai muka lama masih berada dalam Kabinet ramalan Sinar Harian.

Inilah transformasi di mana peralihan harus dibenarkan berlaku secara lancar dan teratur daripada yang lama kepada yang baru. Dalam beberapa tahun, mungkin sesingkat dua tahun akan datang, mungkin akan ada peralihan lagi.
Read rest of entry

Friday, 3 May 2013

HENING DAN SYAHDU SUASANA MUNAJAT JAM 3.00 PAGI DI KELANTAN.


KOTA BHARU: Puluhan ribu rakyat Kelantan bermunajat mulai jam 3.30 pagi tadi hingga Subuh bagi memohon kepada Allah agar di selamatkan kerajaan Islam negeri Kelantan dan menjaga agamaNya di seluruh negara.

Munajat itu berlangsung di Stadium Sultan Muhamad dalam suasana penuh shahdu apabila ia berlangsung dalam hujan renyai-renyai.

Ini ekoran serangan yang bertalu-talu dari pelbagai penjuru bagi memastikan Kelantan yang selama ini menjadi kubu parti Islam hancur.

Ia digambarkan melalui doa yang dibacakan sendiri oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

"Ya Allah Ya Tuhanku. Aku tak berdaya lagi untuk menjaga agamaMu di Kelantan dan di Malaysia kerana amat kuat serangan yang datang dengan pelbagai cara.

"Oleh itu aku minta kepada Mu pertahankan agamaMu sebagamana Engkau pertahankan rumahMu dari serangan.

"Hancurkanlah mereka sebagaimana hancurnya tentera Abrahah seperti daun kayu dimakan ulat," kata Tuan Guru Nik Aziz dalam doa itu.


Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online