www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Thursday, 7 July 2011

STADIUM MANA? NAJIB MAIN WAYANG PERSENDA RAKYAT


KUALA LUMPUR 6 Julai - Kabinet tidak akan membenarkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menganjurkan perhimpunan di Stadium Merdeka, Stadium Negara atau Stadium Nasional Bukit Jalil kerana ia bukan pertubuhan yang sah di sisi undang-undang, selain atas faktor ketenteraman awam.

Menurut Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, perkara itu tidak seharusnya dibenarkan kerana Bersih bukan parti politik atau badan yang diiktiraf.

"Kabinet berpandangan bahawa Bersih bukan pertubuhan sah dan perkara itu turut diperakukan oleh Pejabat Peguam Negara.

"Kami mengambil kira keselesaan dan ketenteraman awam kerana Bersih bukan pertubuhan sah dari segi undang-undang," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Selain itu, menurut Rais, perhimpunan tersebut juga tidak dibenarkan dianjurkan di negeri-negeri yang ditadbir Barisan Nasional (BN).

Katanya, adalah lebih baik sekiranya Bersih meneruskan perhimpunan itu di negeri yang ditadbir pembangkang seperti Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.

"Mereka ada pilihan di Shah Alam dan beberapa negeri lain yang ditadbir oleh pembangkang, tetapi bukan di negeri dikuasai BN," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Wan Nor Azinah Zaniby Wan Hashim berkata, pihak yang ingin menggunakan stadium untuk majlis tertentu perlu membuat permohonan mengikut prosedur yang ditetapkan pihak pengurusan sesebuah stadium.

Katanya, berdasarkan prosedur stadium perlu ditempah sebulan sebelum majlis berlangsung dan mesti mendapatkan surat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan atau polis bagi majlis dilangsungkan di dalam stadium.

"Selain itu, pihak penganjur perlu mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan oleh pengurusan stadium seperti tidak merosakkan barang di dalam stadium. Perkara ini merupakan prosedur biasa untuk mengguna atau menganjurkan majlis di stadium.

"Sekiranya ada hari-hari tertentu stadium kelihatan kosong bukan bermakna tiada aktiviti berlangsung, tetapi mungkin waktu tersebut telah dikhaskan oleh pihak pengurusan untuk menyelenggara stadium," katanya

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online