www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Thursday, 7 July 2011

NAJIB TIPU : SAH BUKAN STADIUM MERDEKA, BERSIH 2.0 KE MANA? JALANRAYA? STADIUM KSS KG.BARU MILIK SELANGOR?


KUALA LUMPUR: Kabinet semalam memutuskan tidak membenarkan perhimpunan haram BERSIH diadakan di Stadium Merdeka atau Stadium Negara, Sabtu ini, atas alasan kumpulan itu masih haram, selain faktor keselamatan. 

Keputusan itu dibuat selepas Jemaah Menteri mendapat pandangan dan nasihat Jabatan Peguam Negara.

Mengulas keputusan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata syarat ditetapkan ialah pemohon mestilah persatuan yang berdaftar dan BERSIH masih lagi pertubuhan haram yang tidak pernah didaftarkan.

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan Yayasan Usahawan Wanita Cina Malaysia di Dewan Persatuan Hokkien di Klang, semalam, Najib berkata, kebenaran berhimpun di stadium, Sabtu ini seperti diminta penganjur juga bergantung kepada polis.

“Kita serah pada pihak berkuasa, terutama polis untuk menentukan dari segi keselamatan dan sebagainya jika ada permohonan rasmi (daripada penganjur)... mereka kena mematuhi syarat seperti pihak yang memohon mestilah persatuan yang berdaftar,” katanya.

Sementara itu, ditanya bilakah pertemuan antara beliau dengan Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga akan diadakan, Najib berkata: “Saya tak kata saya akan jumpa dia, saya kata pihak berkuasa... kerajaan, kerajaan bermaksud sesiapa saja.... kerajaan tidak spesifik merujuk kepada saya,” katanya yang mengesahkan belum menerima sebarang surat daripada BERSIH untuk bertemu kerajaan.

Menteri Penerangan Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, yang mengumumkan keputusan Kabinet itu di sini berkata, sebarang permohonan atas nama BERSIH tidak akan dilayan kerana ia tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Oleh itu, lebih baik mereka (BERSIH) mencari stadium di negeri dikuasai pembangkang seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang ataupun Selangor.

“Pandangan ini (tidak benarkan penggunaan Stadium Merdeka dan Stadium Negara) dizahirkan pada mesyuarat Kabinet, pagi ini (semalam) dan selaku Menteri Penerangan saya wajar menyampaikan keputusan itu,” katanya.

Menjawab soalan sama ada kerajaan sedia mempertimbangkan permohonan untuk menggunakan stadium jika ia dibuat individu atau pertubuhan berdaftar, Rais berkata, ia terserah kepada polis.

Terdahulu, pada satu sidang media di sini, Ambiga berkata susulan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan kenyataan Najib, kelmarin, pihaknya bersetuju untuk mengadakan perhimpunan Sabtu ini di Stadium Merdeka.

Katanya, selepas perhimpunan dua jam iaitu dari jam 2 hingga 4 petang, satu delegasi 10 ahli pertubuhan haram BERSIH akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pada sidang media berasingan di Bukit Aman, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, menegaskan perhimpunan dirancang BERSIH, termasuk di dalam stadium dianggap haram selagi penganjur tidak mendapat permit polis.

Beliau memberi amaran polis akan mengambil tindakan, termasuk menahan mereka yang menyertai sebarang perhimpunan tanpa permit polis.

“Sehingga jam 5 petang ini (semalam), kami tidak menerima permohonan permit daripada BERSIH. Saya minta mereka membuat permohonan segera dan polis akan memproses secepat mungkin.

“Mengikut undang-undang, penganjur perlu mengemukakan permohonan untuk permit seminggu sebelum tarikh perhimpunan diadakan, namun dalam kes ini polis sedia memberi keistimewaan dengan menyegerakan proses permohonan mereka,” katanya.

Ditanya sama ada polis akan meluluskan permohonan untuk perhimpunan di stadium, Khalid berkata: “Kita tengok macam mana, sama ada permohonan itu lengkap kerana stadium bukan di bawah kawalan polis. Kalau tuan punya tempat bagi, langkah keselamatan akan diambil supaya tidak berlaku kerosakan kepada harta benda... yang penting buat permohonan dulu.”

 TTB. ( MEMANG SAH KAKI TIPU, JANGAN HARAP KERAJAAN AKAN BENARKAN BERSIH 2.0 BERHIMPUN DI STADIUM MERDEKA, LEBIH BAIK HURU-HARA DARI MEMBENARKAN BERSIH DI SANA. APA PILIHAN YANG ADA? SAMA ADA JALANRAYA? ATAU PADANG BOLA KELAB SULTAN SULAIMAN DI KG.BARU MILIK KERAJAAN SELANGOR? YANG PASTI HIMPUNAN BERSIH TETAP DIBUAT DI KUALA LUMPUR, SHAH ALAM TERLALU JAUH.)

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online