www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Showing posts with label KASTAM. Show all posts
Showing posts with label KASTAM. Show all posts

Thursday, 21 April 2011

POLIS KATA SEBAB KEMATIAN PEGAWAI KASTAM AKIBAT CEDERA PARAH SELEPAS JATUH. Bukan Terjatuh. Siapa Yang Menjatuhkan?

KUALA LUMPUR 21 April – Polis hari ini mengesahkan kematian pegawai kanan Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 6 April lalu adalah disebabkan kecederaan parah akibat jatuh dari lokasi tinggi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, siasatan menyeluruh itu dilakukan oleh polis dengan kerjasama pihak hospital, Jabatan Kimia dan ahli patalogi.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan mengikut laporan kematian mengejut (SDR). - Utusan

P/S: Sebab kematian telahpun diketahui, maka pihak Polis perlu tahu bagaimana Allahyarham boleh "jatuh" dari bangunan SPRM Kuala Lumpur. Apa maksud jatuh? Terjatuh? Dijatuhkan? Ditolak? Dicampak?

Penjelasan terperinci perlu dikeluarkan demi keadilan keluarga dan semua orang yang mengharapkan keadilan terlaksana.

Read rest of entry

Wednesday, 13 April 2011

KENAPA KHIR TOYO,LIONG SIK,KONG CHOY TAK BUNUH DIRI? Harta Ahmad Hanya Sekelumit....

Pendedahan oleh peguam Allahyarham Ahmad Sarbani mengenai jumlah harta dan aset yang arwah milikki tidak memungkinkan beliau akan membunuh diri. Kenapa Khir Toyo atau Ling Liong Sik atau Chan Kong Choy tidak membunuh diri sedangkan jumlah rasuah mereka mencecah ratusan juta? Kenapa tidak ada orang yang membunuh mereka? Persoalan yang menjadi persoalan terhadap kematian Beng Hock dan Ahmad Sarbini.

Jika Khir Toyo kuat berpegang pada ajaran Islam maka beliau tidak akan berbuat demikin, maka samalah juga dengan si arwah yang mempunyai nilai keperibadian Islam yang mungkin lebih baik dari Khir Toyo. Kenapa media mengesyaki beliau membunuh diri? Siapakah yang mengarahkan plot drama membunuh diri dalam media kerajaan? Inilah yang perlu diperjelaskan agar rakyat tidak akan memandang serong kepada keluarga simati.

Keluarga Penolong Pengarah Cawangan Import, Eksport dan Kawalan Sempadan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang ditemui mati di tingkat satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jalan Cochrane, 6 April lalu, mengemukakan beberapa maklumat baru bagi membuktikan Allahyarham tidak membunuh diri.

Maklumat itu diberi kepada firma guaman iaitu Tetuan Awtar Ghazali Augustine & Co beroperasi di sini yang dilantik sebagai wakil keluarga Allahyarham sebelum diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Wakil firma guaman berkenaan, Ghazali Mohd Ramli, berkata keluarga Allahyarham menemui beberapa maklumat baru yang dipercayai boleh membantu siasatan polis bagi membuktikan kematian itu bukan membunuh diri, sebaliknya didakwa berunsurkan jenayah.

“Keluarga Allahyarham jelas tertekan dengan pelbagai spekulasi yang dibuat berhubung kematian Ahmad Sarbani terutama yang dilaporkan menerusi media cetak dan elektronik.

“Laporan berkenaan berbaur spekulasi kerana tiada sesiapa pun yang tahu apa sebenarnya berlaku pada hari kejadian berkaitan dengan diri dan kematian Allahyarham,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ghazali berkata, isteri Allahyarham pernah memberitahu mengenai pengakuan suaminya sebelum kejadian sama ada terbabit dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram.

“Ketika ditanya sama ada Ahmad Sarbani terbabit dalam kes berkenaan, Allahyarham menidakkan dakwaan itu.

“Justeru, keluarga mereka meminta semua pihak berhenti membuat sebarang spekulasi termasuk laporan media yang menggambarkan seolah-olah Allahyarham terbabit dalam kegiatan rasuah dan hidup dalam kemewahan serta mempunyai banyak aset,” katanya.

Pada sidang media sama, Ghazali turut melampirkan kenyataan media yang menyenaraikan aset dimiliki Allahyarham dan keluarganya iaitu:

– Tiga kereta iaitu Perodua Kancil yang dibeli pada 2001, Honda CRV terpakai (2004), Proton Pesona yang dibeli beberapa bulan lalu dan sebuah motosikal Modenas Kriss yang dibeli pada 1998.

– Tiga rumah iaitu dua apartmen masing-masing di Bukit Tinggi, Klang yang dibeli pada 17 April 2003 dengan harga RM65,872 dan di Puncak Alam, Mukim Ijok, Kuala Selangor yang dibeli pada 1998 bernilai RM68,988 serta rumah berkembar kluster di Saujana Impian, Sungai Buluh yang dibeli pada 2005 dengan harga RM230,000 menggunakan pinjaman perumahan kerajaan.

– Wang simpanan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) berjumlah RM35,000 iaitu wang dikeluarkan isteri Ahmad Sarbani daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja selepas mencapai usia 50 tahun. Sumber: http://www.bharian.com/

Jika dicampur semua harta si mati jumlah tidak pun mencecah RM 1/2 juta. Sebiji rumah banglo Agam Khir Toyo di Shah Alam sajaha bernilai lebih RM 6 juta. Itu belum nilai harta Khir yang lain-lain. Nilai banglo bagi setiap pemimpin Umno juga bernilai jutaan ringgit, jika tidak percaya SPRM boleh menziarahi banglo Shahrizat, Noh Omar, Hamid Albar, Ku Nan, Shafie dan yang lain-lainya. SPRM buatlah operasi 3B untuk semua menteri BN, beranikah?





Read rest of entry

Tuesday, 12 April 2011

TERKINI : POLIS ADA MAKLUMAT TERBARU? PEGAWAI KASTAM TIDAK MEMBUNUH DIRI, KATA PEGUAM

IPOH 12 April – Polis telah diberikan beberapa maklumat yang dipercayai dapat membantu siasatan terhadap punca kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur 6 April lepas.

”Terdapat beberapa perkembangan baru yang berkaitan dengan kematian Allahyarham khususnya terdapatnya klu dan keterangan bahawa kemungkinan besar Allahyarham tidak membunuh diri,” kata Ghazali Mohd Ramli, peguam yang mewakili keluarga Ahmad Sarbaini Mohamed.

Ahmad Sarbaini, 55, yang dijumpai mati di kawasan bangunan pejabat SPRM adalah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain berhubung kegiatan rasuah dan aktiviti penggubahan wang haram.

Bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, Ghazali berkata, beberapa petunjuk dan keterangan daripada orang perseorangan itu telah diserah kepada polis Ahad lepas.

Beliau berkata, berdasarkan daripada maklumat dan petunjuk yang diserahkan kepada polis itu terdapat percanggahan dengan apa yang telah dinyatakan oleh SPRM. – Bernama

p/s.  Rakyat berharap siasatan kematian Allahyarham Ahmad Sharbaini dilakukan dengan secepat mungkin. Siasatan mestilah adil, telus, pantas dan berintegriti. Jangan ada mana-mana pihak menyembunyikan fakta atau maklumat yang diperolehi. Keadilan amat penting bagi waris keluarga Allahyarham. Kita yakin pihakn Polis akan membua siasatan yang paling teliti kerana itulah khendak danharapan semua rakyat Malaysia.

Read rest of entry

Sunday, 10 April 2011

KASTAM DIAIB LAGI...TUDUHAN DILINDUNGI KARTEL MACAM SINDIKET DADAH.......Zahrain Biadap & Celupar

Sungguh mengaibkan apabila Kastam dituduh dilindungi "kartel" yang biasanya digunapakai untuk perlindungan sindiket dadah terbesar. Sudahlah Kastam dituduh menggelapkan duit sebanyak RM108 billion kini dituduh pula dilindungi kartel.

Mana nak letak muka Kastam? Disaat masih bersedih di atas kematian pegawainya Ahmad Sharbini kini dituduh dengan pelbagai tuduhan dahsyat pula. Sungguh menyakitkan hati. Kenapa Zahrain yang telah melompat keluar PKR begitu biadap? Apakah bukti yang beliau ada dengan menuduh Kastam sedemikian rupa?

Read rest of entry

Friday, 8 April 2011

BARU ANAK JANTAN. KASTAM WARNING SPRM..."Jangan Jentik Pegawai Kami".... Cabar Nazri Buat "Operasi 3B" Terhadap Menteri Kabinet.

Buku bertemu ruas ini begitulah perumpamaan perang panas antara KASTAN dan SPRM. Kastam bagi amaran kepada SPRM...:Jangan jentik atau pukul pegawai kami ketika disoalsiasat...". Tahniah kepada semua ahli kesatuan Kastam yang berani menjadi anak jantan. Ini bukanlah bermakna untuk melindungi mereka yang didapati bersalah kerana yang tidak jujur akan menerima hukuman jika dibuktikan bersalah tetapi ramai lagi pegawai Kastam yang amanah dalam menjalankan tugas mereka.

 Amaran Kastam buat SPRM ini pasti membuatkan Nazri kecut perut melihat dua agensi penting kerajaan bertelagah sesma mereka. Ini semua berpunca dari kelemahan pemerintahan BN. Nari sibuk menuduh pegawai Kastam rasuah tapi apa jadi dengan Menteri Kabinet BN, kenapa tidak dibuat Operasi 3B buat  Menteri Kabinet, Nazri berani ke?

Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung berharap anggotanya tidak akan "dipukul atau dijentik" ketika disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presidennya, Ibrahim Ahmad berkata demikian ketika mengulas mengenai insiden melibatkan seorang anggotanya, Ahmad Sarbani Mohamed, yang ditemui mati di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Rabu lalu.

"Kita minta (ketua pesuruhjaya) SPRM beri jaminan supaya pegawai yang disiasat tidak dipukul atau dijentik.

"Kita mahu (siasatan) ikut prosedur. Kita minta SPRM lebih profesional dan bertanggungjawab

Menjawab soalan, Ibrahim berkata, setakat ini belum ada laporan polis melibatkan anggota dikasari SPRM.

"Ini cuma kebimbangan kita. Kita tidak mahu (berlaku) paksaan dan kita tidak mahu (anggota kastam) dipukul.

"Kita tak pernah nak bersengketa dengan mana-mana agensi kerajaan. Kita hanya bekerja untuk memungut hasil negara," katanya lagi dalam satu sidang media di Kompleks Kastam Kelana Jaya petang ini.

Kebimbangan itu turut diulas oleh presiden Persatuan Pegawai Kanan Kastam, Mohd Noor Yusoff yang menjelaskan bahawa belum ada sebarang aduan dibuat berhubung perkara itu.

"Kita tidak ada (terima aduan), cuma pegawai-pegawai kanan yang ditahan itu tahu hak mereka.

"Kalau ada kes-kes dipukul, dipaksa, diugut, itu diluar jangkaan.

"Kita mengharapkan SPRM menjalankan siasatan dengan adil kerana mereka ini belum dituduh, cuma membantu siasatan," katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut meminta media supaya membetulkan laporan berhubung insiden melibatkan Allahyarham Ahmad Sarbani.

"Kita juga berharap nama Allahyarham dapat dibersihkan daripada perkataan 'membunuh diri.'

"Beliau sangat jujur. Kita ingin nama beliau dibersihkan," katanya lagi dalam sidang media itu.
Read rest of entry

"PEDIHNYA OPERASI 3B SPRM" : KELUARGA BERSEDIH, KASTAM BERKABUNG, SPRM BERHANTU.....

Suasana pilu menyelubungi saat-saat akhir jenazah Allahyrham semasa urusan pengkebumian di tanah perkuburan Islam Kota Damansara. Mengalir air mata kebanyakan daripada hadirin yang pastinya adalah kaum keluarga serta rakan setugas Allahyarham. Apakah iktibar yang telah dipelajari oleh semua pihak? Kini nilai nyawa manusia menjadi taruhan dalam siasatan SPRM.

Begitulah petanda bahawa kejadian tragik yang seolah-olah dinampakkan sebagai "membunuh diri" oleh beberapa media adalah suatu yang amat menjengkelkan. Tidak ada imankah simati semata-mata untuk membunuh diri di bangunan SPRM? Sanggup beliau datang berpuluh batu ke bangunan SPRM untuk membunuh diri beliau?

Mustahil berlaku dengan keadaan keperibadiaan beliau yang dikatakan selalu menjaga solat dan beliau juga adalah orang Melayu yang sudah tentulah Islam, maka dengan istilah Islam dan Melayu inilah maka setiap insan pasti tahu apakah hukumnya membunuh diri. Kita harapkan itu bukanlah kejadian yang sebenarnya berlaku. Yang penting ialah tubuhkanlah badan penyiasat yang adil dan telus untuk menyiasat kejadian yang sebenar. Jika perlu tubuhkanlah sebuah suruhanjaya bebas demi menegakkan keadilan kepada semua pihak.

Kepada SPRM pula, adakah cukup dengan menggantung dua orang pegawai bertugas sudah cukup menunjukkan rasa pertanggungjawaban  terhadap kelalaian dalam masa bertugas? Rakyat sudah bosan dengan ketidakcekapan SPRM menjalankan tugas apatah lagi hanya pegawai sahaja yang menjadi kambing hitam.  Sepatutnya Ketua Pesuruhjaya SPRM iaitu Datuk Seri Abu Kassim yang sepatutnya digantung tugas jika tidak boleh dipaksa meletak jawatan sekalipun. Beliau adalah kepala atau ketua SPRM maka beliau harus bertanggungjawab. Ini kes kematian kali kedua di bangunan SPRM yang melibatkan kes kematian iaitu kes yang sangat besar pada pandangan masyarakat umum.

Adakah Nazri terasa bangga kerana berjaya mempertahankan jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM apabila terdapat desakan untuk beliau meletak jawatan atau digantung tugas? Kenapa Nazri ingin bermusuh dengan pegawai Kastam? Adakah diminda beliau menyatakan bahawa semua pegawai kastam melakukan aktiviti rasuah? Maka sebab itulah Nazri mengugut pegawai kastam jika mereka menyertai demo untuk menyatakan rasa keprihatinan dengan menuntut segera penyiasatan yang adil? Kenapa Nazri beria-ia sangat membela KP SPRM? Nazri tak sedar ke bahawa nama Malaysia menjadi harum dengan kes kematian di pejabat SPRM ini? Nazri buta matakah apabila semua dunia memperlekehkan SPRM? Hanya Nazri ada jawapannya.

Bagi pihak Kastam pula, buatlah sesuatu demi kebaikan semua  pihak, bersihkanlah nama daripada cemuhan Nazri dan masyarakat yang menyatakan Kastam sebagai lubuk rasuah. Buktikan kepada masyarakat segala kerja anda adalah yang terbaik untuk semua. Bagi pegawai Kastam yang akan melalui proses soalsiasat dengan SPRM maka janganlah biarkan pegawai Kastam pergi seorang diri, pegawai ini mestilah ditemani pegawai yang lain ataupun disediakan seorang peguam kerajaan demi untuk menjaga keselamatan pegawai kastam daripada berulang  kejadian terjatuh bangunan tinggi dan menyebabkan kematian.

Bagi keluarga Allahyarham, bersabarlah dengan ujian Allah. Setiap kehidupan pasti ada saat kematian. Saya percaya semua rakyat Malaysia amat bersimpati dengan keluarga simati. Kami  pasti akan bertindak serta berdoa agar siasatan yang adil dan telus dapat dilakukan segera oleh kerajaan demi menjamin kebenaran akan ditegakkan.

Kelmarin, pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Ahmad Sarbani Mohamed ditemui mati di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini.

Ahmad, 56, penolong pengarah cawangan import eksport dan kawalan sempadan KDRM Selangor adalah antara pegawai kastam yang ditahan SPRM pada 1 April lalu di pejabat kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang. Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebelum mayatnya ditemui di gelanggang badminton di tingkat satu. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Apakah jaminan kerajaan dalam kes kematian ini? Sudah dua kali kejadian kematian membunuh diri atau dibunuh berlaku di bangunan SPRM. Maka apakah langkah efektif yang boleh dilakukan agar nyawa pegawai kerajaan yang disiasat tidak lagi menjadi taruhan?

Jika kedua-dua simati dapat dibuktikan terlibat dengan kes salahlaku rasuah sekalipun tapi takkanlah sampai mereka untuk membunuh diri kecuali ada sesuatu kes yangg lebih besar diselindungi oleh mereka? Kenapa ramai lagi yang disoalsiasat SPRM tidak pun membunuh diri? Mesti ada sesuatu yang berhantu di SPRM?


Read rest of entry

Monday, 4 April 2011

DUIT PILHANRAYA BN? SPRM SERANG KASTAM....SELEPAS INI PDRM? JPJ? Hishamuddin Sila Letak Jawatan...!

Serangan mengganas SPRM terhadap pengambilan balik wang haram dalam operasi di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia menjadi persoalan pelik? Kenapa di buat disaat pilihanraya Sarawak? Adakah duit yang dikumpul SPRM akan digunakan kerajaan untuk membiayai segala janji-janji pilihanraya di Sarawak? SPRM kini menjadi  "AHLONG" berlesen yang ditakuti oleh semua kakitangan Kastam dan juga agensi penguatkuasa yang lain seperti PDRM, JPJ dan sebagainya. Menteri yang bertanggungjawab taknak letak jawatan ke?

Jika di KASTAM melibatkan rasuah dan pengumpulan harta haram bernilai lebih RM10 billion, maka berapa billion pula yang dilesapkan PDRM? JPJ? Berapa billion hasil wang rasuah selama ini yang dibiarkan oleh SPRM? Kenapa dok sibuk mencari wang haram ini semasa pilihanraya Sarawak? Tidak salah menggunakan wang haram itu untuk belanja pengurusan kerajaan tetapi cara penggunaan itu tidak bermoral kerana ia melibatkan parti yang bertanding? Adakah kepentingan seperti ini tidak salah bagi SPRM? Mana salah, sebab SPRM bekerja untuk kerajaan BN.  

Dalam laporan yang diterima setakat ini seramai 62 pegawai KDRM ditahan kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain. Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mereka membabitkan 53 pegawai lelaki serta sembilan perempuan berusia antara 24 dan 56 tahun. Daripada jumlah itu, seramai 17 pegawai termasuk seorang berjawatan pengarah ditahan reman, katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.




"Semalam, tiga beg dijumpai di rumah pegawai yang mengandungi wang tunai berjumlah RM625,250, lima ketul jongkong emas bernilai kira-kira RM50,000 dan dua pucuk pistol tiruan bersama 241 butir peluru," katanya.



Katanya di rumah Pengarah Kastam yang ditahan dan masih direman ketika ini, pihaknya menemui wang tunai berjumlah RM65,000, mercun dan bunga api serta rokok kretek. "Kita masih menyiasat harta yang dimiliki pengarah berkenaan kerana dalam beberapa akaun miliknya mempunyai ribuan malahan jutaan ringgit, ada yang berjumlah sehingga RM2.1 juta manakala satu akaun lagi RM500,000, itu masih dalam siasatan," katanya.
"Malah, kami turut menemui wang yang banyak dalam akaun pegawai, pelaburan amanah saham bernilai RM200,000 termasuk jam tangan berjenama mewah daripada emas," katanya.
Mustafar juga mendedahkan terdapat pegawai yang mengaku menerima suapan antara RM100 hingga RM500 untuk setiap borang K1 iaitu borang pengisytiharan Kastam sejak lima bulan lalu.  "Kita juga mengesan sejumlah RM10,000 setiap bulan dimasukkan ke dalam akaun dan terdapat tujuh transaksi sudah dijalankan.
"Antara penemuan daripada operasi itu ialah simpanan dalam akaun bank sehingga hampir setengah juta, RM850,000 di dalam akaun amanah saham dan kereta mewah.
Mengulas mengenai tangkapan itu, Mustafar berkata operasi membabitkan lima pelabuhan utama negara termasuk Pelabuhan Klang yang menyaksikan tangkapan teramai iaitu 48 orang. Pelabuhan lain ialah Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pasir Gudang, katanya.
"Kes yang disiasat mengikut Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganas 2001 adalah berjumlah RM1.2 bilion. Selain itu, sejumlah RM602 juta dibekukan, RM382 juta(disita) sementara RM31.2 juta lagi dilucutkan hak sebagai harta," katanya dalam siding akhbar di Putrajaya Sabtu.
Mustafar berkata fokus utama pelaksanaan operasi itu ialah bagi mendapatkan kembali hasil pendapatan kerajaan dan membersihkan amalan rasuah pada kalangan warga Kastam.
Katanya siasatan pasukan petugas khas yang diketuai SPRM itu juga mendapati secara keseluruhannya lebih RM10 bilion telah diseludup keluar menerusi penghantaran wang secara tidak sah.
 
Dari maklumat yang diperolehi, pegawai SPRM setiap negeri terpaksa tidur di pejabat secara bergilir-gilir. Bukan untuk menangkap hantu Beng Hock tetapi untuk menjaga duit tunai yang disita dan dirampas dari semua pegawai Kastam yang dikatakan mencecah jutaan ringgit tunai. Mungkin SPRM negeri takut pejabat mereka disamun serta dirompak oleh Pendekar Bujang Lapok maka kawalan keselamatan perlu dibuat hatta terpaksa tidur di pejabat sekalipun.
 
Selepas ini SPRM dijangka mengganas lagi, siapakah mangsa mereka? Mungkin SPRM akan menggeledah PDRM? Atau JPJ? yang mungkin juga mereka akan jumpa ada pegawai agensi tersebut yang tidur beralaskan wang tunai. Siapa tahu? Siapa Menteri yang menjagi agensi keselamatan ini? Taknak bertanggungjawab kah? Apa kamu buat sebelum ini? Tidur di Parlimen ke? Jika anak jantan...Hishamuddin perlu meletak jawatan....
 
 

Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online