www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Saturday 16 April 2011

TERKINI : TAIB MAHMUD ANGKAT SUMPAH SEBAGAI KETUA MENTERI SARAWAK KALI KE-7

 
 

KUCHING: Tan Sri Abdul Taib Mahmud malam Sabtu mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak dihadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Kuching, Sarawak setelah Barisan Nasional memenangi dua pertiga majoritIipada piliahn raya negeri Sarawak ke 10. -BERNAMA
Read rest of entry

AL-FATIHAH : PETUGAS PAS KELANTAN MENINGGAL DUNIA DI SARAWAK


Seorang petugas PAS, Mohammad Izan Yaakob, telah meninggal dunia secara mengejut di bilik gerakan induk PAS, dekat Pusa di Beting Maro tengahari tadi.

Ia berlaku, ketika Mohammad Izan dari Machang, Kelantan, sedang berbual di bilik gerakan tersebut.

Jenazah Allahyarhm difahamkan akan diterbangkan ke Kelantan hari ini juga.

Calon PAS yang sedang perjalanan dari rumah ibunya di Spaoh (kira-kira 30km) turut menziarahi jenazah Mohammad Izan.



Read rest of entry

TERKINI : BN MENANG 55 KERUSI, HILANG 8 KERUSI

Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching.



 ContestedWon
PBB 35 35
SUPP 19 6
PRS 9 8
SPDP 8 6
.
DAP 15 12
PKR 49 3
PAS 5 0
.
PCM 6 0
SNAP 26 0
IND 41 1
 ContestedWon
PBB 35 35
SUPP 19 6
PRS 9 8
SPDP 8 6
.
DAP 15 12
PKR 49 3
PAS 5 0
.
PCM 6 0
SNAP 26 0
IND 41 1
Read rest of entry

SARAWAK TAK AKAN MAJU DI BAWAH BN. BERUBAHLAH SEKARANG RAKYAT SARAWAK, TUMBANGKAN BN HARI INI 16 APRIL 2011

KUCHING, 16 April: Sarawak tidak akan berubah jika terus berada di bawah pemerintahan Kerajaan BN berdasarkan kepada prestasi lebih 30 tahun BN memerintah negeri terbesar itu selama ini.

Buktinya, masih terdapat di banyak kawasan, keadaan infrastruktur negeri itu seperti bentuk kediaman, kemudahan air dan bekalan tenaga elektrik yang jauh lebih ketinggalan dari negeri Pakatan Rakyat di Semenanjung.

Dalam satu jawapan menerusi satu siaran radio yang dikemukakan oleh seorang pengulas penyokong kerajaan, Datuk Seri Zaini Ujang yang juga bekas Pengerusi Bernama, beliau berkata, kegagalan membangunkan negeri Sarawak selama 30 tahun ini disebabkan faktor geografi negeri itu.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pemanggil yang menyatakan 'tidak cukup lagikah peluang 30 tahun diberikan kepada BN untuk melakukan pembangunan berterusan, berapa peratus yang sudah berjaya dan perlu berapa ratus tahun lagi?

Soalan ini tidak dijawab dengan sepenuhnya termasuk tidak menyebutkan langsung peratus kejayaan seperti diminta oleh pemanggil dan tidak dijawab berapa ratus tahun diperlukan BN untuk membangunkan Sarawak.

Menurut Zaini, tidak dapat dinafikan terdapat kawasan-kawasan yang jauh dari bandar dan pedalaman yang masih tidak mempunyai aliran tenaga elektrik dan bekalan air bersih.

"Semuanya ini adalah disebabkan faktor geografi Sarawak," jelasnya sedikit tergagap.
Katanya, kerajaan negeri lebih memberi keutamaan kepada mereka yang dekat dengan bandar berbanding yang hanya 50 keluarga tetapi terletak jauh di pedalaman atau dari bandar.

Berbalik kepada keadaan sebenar di Miri, sebagai contoh. Dalam kedudukan 10 km sahaja dari Bandaraya Miri, terdapat banyak kampung yang boleh disenaraikan tidak mempunyai kemudahan tenaga elektrik dan aliran air bersih secara meter persendirian.

Persoalannya, jika masalah geografi menjadi punca utama tidak sampainya dua bekalan utama itu kepada rakyat, bagaimana dengan jarak sejauh 10km itu? Ataupun segala hasil mahsul Negeri Sarawak dibolot oleh kroni Ketua Menteri dan pemimpin BN menyebabkan negeri tidak dapat memberikan manfaat sama kepada rakyat jelata.

Ribuan penduduk dan rakyat Sarawak yang memiliki kad pengenalan sah yang tinggal berpuluh tahun di Kampung Pasir, Kampung Api Api, Kampung Batu Satu Jalan Lutong - Batu Baram, Kampung Muhibbah, Kampung Masjid Kuala Baram, sebagai contoh.

Perkampungan mereka ini terletak di pinggir Bandaraya Miri. Bukan jauh di pedalaman. Tidak timbul langsung masalah geografi. Ada yang menitiskan air mata derita bila menceritakan hal kehidupan mereka dan bertanya; kenapa boleh jadi begini ke atas mereka?

Sebab itu, tidak tahan dengan duka nestapa yang selama ini disembunyikan di lipatan paling bawah dalam hati setiap penduduk, namun dalam pilihan raya ke 10 16 April (esok), mereka sudah tidak boleh sabar.

Revolusi politik tetap akan mereka lakukan. Mereka berazam tidak akan memberikan lagi undi keemasan mereka selama ini kepada pemimpin yang sejak sekian lama tidak mengutamakan rakyat di dalam perkiraan politik mereka lebih dari 30 tahun berlalu.

Zaini juga berkata, jika sesuatu projek pembangunan di Semenanjung boleh dilakukan dalam beberapa juta tetapi kerana faktor geografi, pengangkutan dan sebagainya, menjadikan projek yang sama tidak boleh dibuat di Sarawak.

Begitulah mentaliti pemimpin BN memerintah Sarawak khususnya. Lebih 30 tahun pembanngunan negeri tidak mampu dilakukan semata-mata kerana jumlah keluasan negeri itu, Dun Belaga sebesar Negeri Pahang, menjadikan sampai bila-bila pun Sarawak tidak akan maju.

Rakyat yang ditemui berkata, jika selama ini mereka memberi peluang kepada BN dalam beberapa kali pilihan raya, kini sudah sampai masanya, mereka memberi peluang pula kepada Pakatan Rakyat untuk memimpin Negeri Sarawak atau paling kurang, menafikan penguasaan 2/3 BN.



Read rest of entry

PAS : KITA TANDING 5, NAK MENANG JUGA 5. KATA YB.NASHA

MATANG JAYA, 15 April: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, PAS bertanding untuk menang disemua lima kerusi yang ditandingi.

Sambil meraikan pandangan yang mengatakan PAS mungkin akan menang di tiga dari lima kerusi yang ditandingi, beliau berkata "Kita tanding lima kita nak menang lima".

Beliau yang juga Pengarah PRN Sarawak berkata, PAS sedang membina keyakinan yang tinggi memandangkan momentum sokongan rakyat diluar jangkaan.
(Gambar: Nasharudin bersama PJ PAS Sarawak, Adam Ahid)
Mengulas desas desus Pakatan Rakyat bakal menafikan dua pertiga kerusi BN, beliau berkata terlalu banyak andaian yang dibuat terhadap Pakatan Rakyat.

"Kalau berdasar cakap-cakap, bukan sahaja Pakatan boleh nafi dua pertiga kerajaan negeri, malah ada yang kata kerajaan BN akan tumbang pilihan raya kali ini,"katanya lagi.

Namun ujarnya lagi, perkara itu tidak mustahil kerana isu besar yang menjadi kebencian seluruh rakyat Sarawak adalah isu Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Sebab itulah katanya, peningkatan penerimaan rakyat terhadap Pakatan untuk kali ini agak mendadak dan luar biasa berbanding pilihan raya negeri 2006.

Dalam siri kempen bertemu pengundi, beliau berkata kebencian rakyat terhadap Taib dapat dilihat dengan jelas khususnya dalam isu berkaitan tanah adat yang dirampas.

Berdasarkan faktor itu, beliau meletakkan keyakinan bahawa Pakatan mampu membuat kejutan pada pilihan raya kali ini.

"Kita telah datangkan 'full force' untuk ambil alih kerajaan negeri Sarawak," tegasnya.


http://www.harakahdaily.net/
Read rest of entry

GELOMBANG MERAH MELANDA SARAWAK MALAM TERAKHIR. MUHYIDDIN DEMAM......

Keadaan menjadi kelam-kabut di perhimpunan anjuran DAP di Kuching lewat petang tadi apabila apabila polis menyerbu ke atas pentas untuk menghentikan pengasas DAP Sarawak, Chong Siew Chiang daripada berucap.

Para penyokong segera membentuk perisai manusia untuk menghalang kemaraan anggota polis yang ketuai OCPD Kuching, Mun Kok Keong.

Berlaku tolak menolak antara penyokong DAP dan anggota polis, sehinggalah pihak polis berhenti mengasak.

Pada satu ketika, Mun datang hampir kepada Chong menyebabkan para penyokongnya mara ke hadapan untuk menghalang pegawai polis itu daripada menghampiri pemimpin mereka.

Suasana bergegar dengan laungan "Ubah" dan "DAP" dan keadaan kembali senyap selepas pengerusi majlis meminta mereka supaya bertenang.

Chong Snr ceramah in kuchingAtas sebab-sebab yang tidak dinyatakan, pihak polis beredar dari pentas tersebut, disambut dengan kegembiraan para hadirin yang jumlahnya mencecah 20,000 orang.

Apabila ditanya sama ada mereka membenarkan polis menghentikan majlis tersebut, mereka membalas dengan laungan "Tidak!"

[Baca berita penuh]

Sementara itu, di Sri Aman, unit tujuh anggota anti-rusuhan dan kira-kira 20 anggota polis lain mengawal kawasan di depan pusat operasi DAP di situ, untuk menghalang perhimpunan parti itu malam ini.

Crowd outside dap sri aman ceramahPolis menafikan permit kepada parti itu untuk mengadakan perhimpunan akhir malam ini atas alasan ceramah tidak dibenarkan di kawasan terbuka di Sri Aman.

Bagaimanapun, DAP nampaknya sudah bersiap sedia untuk meneruskan perhimpunan tersebut.

Orang ramai semakin bertambah memenuhi kawasan lapan di situ. Sehingga jam 7.40 malam, jumlah dianggarkan sekitar 400 orang.

“Ini double standard, mengapa perhimpunan di Kuching dan bandar-bandar lain dibenarkan? Ini kan masa pilihan raya," kata ahi parlimen DAP Klang, Charles Santiago yang turut berada di situ.

Dap ceramah in MiriDAP Sri Aman gagal mendapatkan permit polis untuk mengadakan ceramah di tempat terbuka sepanjang tempoh berkempen dalam pilihan raya negeri Sarawak ini.

Ceramah terbukanya yang pertama diadakan dua malam lalu, juga diganggu oleh polis, tetapi dibenar diteruskan selepas puas berunding.

Pada jam 7.40 malam, Santiago merayu kepada seorang pegawai polis supaya membenarkan ceramah itu diteruskan untuk tempoh satu jam sahaja.

Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga beusaha untuk memujuk Santiago supaya membatalkan ceramah tersebut kerana tidak mendapat permit.

Cops break up kuching ceramahKetegangan meningkat, dan suara-suara kedengaran dari kalangan
orang ramai yang nampaknya tidak sabar dengan apa yang berlaku, dengan melaungkan "Kami mahu ceramah" dan "Undi roket untuk perubahan".

Selepas berunding, DAP akhirnya mengalah dan bersetuju untuk memindahkan ceramah tersebut ke sebuah restoran berhampiran.

Calon DAP bagi kerusi Simanggang, Leon Donald memberitahu orang ramai bahawa ceramah tersebut terpaksa dipindahkan ke Restoran Alisan berhampiran.

Polis mengumumkan melalui pembesar suara bahawa ia adalah satu perhimpunan haram, dan mengarahkan orang ramai beredar dalam masa lima minit.

http://www.malaysiakini.com/
Read rest of entry

DUA ARTIS TERKENAL DIKENAKAN WARAN TANGKAP....Inilah Mereka...

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur memerintahkan waran tangkap disempurnakan terhadap pelakon Norman Hakim dan pasangannya Memey yang menghadapi pertuduhan berkhalwat tiga tahun lalu setelah mereka gagal hadir ke mahkamah hari ini.

Hakim Salehan Yatim mengarahkan waran itu dikeluarkan selepas pasangan itu tidak mengemukakan alasan atau sebab yang kukuh kenapa mereka tidak hadir.

Dalam prosiding itu, peguam Munirah Abu Bakar yang mewakili pasangan itu, memberitahu mahkamah beliau menerima panggilan telefon daripada Norman pagi tadi memberitahu beliau tidak dapat hadir ke mahkamah kerana tidak sihat.

Bagaimanapun, katanya, Norman tidak memberi sebarang sijil cuti sakit.

Katanya Norman turut memberitahu beliau bahawa Memey berada di luar kawasan yang menyebabkan dia tidak boleh hadir ke mahkamah.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 35, dan Memey atau nama sebenarnya, Suhaizah Suhaimi, 23, yang juga seorang pelakon, didakwa berkhalwat di pejabat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, pada jam 3 pagi 30 Oktober 2008.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) dan Seksyen 29(1)(b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Salehan menetapkan 29 Julai ini bagi keputusan sama ada pasangan itu didapati bersalah atau tidak terhadap tuduhan itu dan memerintahkan kedua-duanya hadir pada tarikh berkenaan.

Pihak pendakwaan menutup kes itu pada Oktober tahun lalu selepas hampir dua tahun perbicaraan kes berkenaan yang memanggil lapan saksi pendakwaan termasuk bekas pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor, Azhar Noordin, 42.

Terdahulu, pendakwa Hasrul Hafiszi Ahmad Kamal memohon waran tangkap terhadap pasangan itu dikeluarkan atas alasan mereka sepatutnya mengutamakan kes mahkamah berbanding perkara lain.

- Bernama
Read rest of entry

Friday 15 April 2011

TERKINI :BAHAYA DI SARAWAK, CALON BN LEPASKAN TEMBAKAN. TERDESAK KALAH? Polis Sedang Menyiasat

<><><><>
<>
<><><><>
Polis Daerah Sri Aman hari ini mengesahkan menerima laporan satu insiden melibatkan tembakan senjata api yang dilepaskan oleh seorang calon BN.

Calon BN bagi DUN Bukit Begunan itu, Mong Dagang didakwa melepaskan tembakan yang mengenai seorang individu, dipercayai seorang pegawainya.

Bagaimanapun, setakat ini masih belum jelas sama ada tembakan yang dilepaskan itu dibuat dengan sengaja ataupun tidak kerana siasatan polis masih berjalan.

"Kita siasat bawah Akta Senjata Api. Lepas siasat, kita akan serah laporan pada pihak atasan," kata Ketua Polis Daerah Sri Aman ASP Mat Jusoh Muhamad kepada Malaysiakini.

"Jika dibuat secara sengaja, ada unsur jenayahlah. Tetapi perkara ini masih dalam siasatan dan saksi-saksi akan dipanggil (membantu siasatan)."

Menurut Mat Jusoh, pihaknya menerima aduan berhubung insiden tersebut yang berlaku pada minggu lalu.

Usaha Malaysiakini menghubungi Mong setakat ini belum berhasil.

Pagi ini, wakil rakyat DAP Jeff Oii menghebahkan perkara itu melalui Twitter dan meminta pengesahan daripada pengikutnya di laman sosial itu.

"Dengar-dengar calon BN (bagi kerusi) N26 Bukit Begunan lepaskan tembakan dan cederakan setiausahanya. Boleh sahkan perkara ini? (Ada) risiko dikeluarkan kelayakan (bertanding)," tulisan anggota parlimen Jelotong itu dipetik.
Kempen: Ada laporan, 'bukan serius'


Ketika ditanya kenapa DAP mahu menjadikan perkara itu isu dalam tempoh berkempen, Jeff menjelaskan, oleh kerana ia didakwa melibatkan pihak bertanding dalam pilihan raya, rakyat mestilah dimaklumkan.

"Calon mestilah bebas daripada sebarang dakwaan jenayah. Polis mestilah mengesahkan sama tembakan yang dilepaskan itu bebas daripada unsur jenayah kerana ia melibatkan pihak yang bertanding (dalam pilihan raya).

SPR juga mesti dimaklumkan secepat mungkin dan perkara ini mesti dihebahkan kepada pemilih sebelum hari pengundian. Jika beliau didapati bersih, ia mesti diumumkan," katanya kepada Malaysiakini.

Bukit Begunan, kawasan majoriti Iban antara kubu kuat BN dalam pilihan raya negeri kali ini. Mong sebagai penyandang menghadapi persaingan tiga penjuru dengan calon PKR dan SNAP.

Sementara itu, mengulas tentang perjalanan kempen yang tinggal tidak sampai 24 jam lagi, Mat Jusoh berkata ia masih berjalan dengan aman tanpa sebarang insiden.

Ditanya tentang laporan yang diterimanya setakat ini, beliau mengakui ada menerima beberapa laporan tetapi bukan melibatkan perkara yang serius.

http://www.malaysiakini.com/

P/S. SPR dan PDRM perlu bertindak segera demi menjamin keselamatan calon, pengundi dan semua orang awam. Kita mahukan janji SPR yang menyatakan inilah pilihanraya terbaik untuk berusaha secara maksimum spanjang hari mengundi esok demi menjamin keselamatan pengundi. 
Read rest of entry

MALAYSIAKINI MESRA BN SELEPAS DIGODAM. KENAPA?

Malaysiakini dilihat mesra BN selepas pulih daripada digodam. Ini bukan tuduhan tetapi analisis terhadap beberapa isu penting terkini terutama ramalan kerusi panas bagi PR dan BN. Penulis mohon semua bloggers menkaji perbandingan ini. Kita mengharapkan Malaysiakini tetap seperti dulu. Banyak laporan daripada Malaysiakini digunapakai dan diulas oleh bloggers PR. Penulis beranggapan Malaysiakini mesra kepada BN dan PR untuk menyejukkan hati.

1. LAPORAN MALAYSIAKINI SEBELUM INI.

Tajuk : Pakatan Mampu Rampas 24 Kerusi, 19 lagi "50-50"

Memasuki pusingan kedua dalam kempen pilihan raya Sarawak - yang dianggap paling sengit dalam sejarahnya - sokongan pada BN dijangka meningkat di saat-saat akhir walaupun menerima tamparan hebat di kawasan bandar pada permulaanya.

Menurut pengamatan pelbagai sumber, walaupun bakal hilang banyak kerusi, BN masih mempunyai peluang cerah mengekalkan penguasaan dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana sentuhan terakhirnya.

"Dalam kempen di beberapa hari terakhir ini, semua kemungkinan boleh berlaku. BN masih ada strategi 'carpet bombing' melalui pengumuman projek segera dan pemberian imbuhan pilihan raya terutamanya di kawasan bandar," kata pemerhari politik Dr Jeniri Amir.

Pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak itu juga berkata, walaupun penduduk bandar menunjukkan perubahan yang luar biasa dengan menyokong Pakatan, berdasarkan tred dalam pilihan raya sebelum itu, bola akan kembali bertukar ke kaki BN semula.

"Masyarakat luar bandar masih dilihat mempunyai pemikiran simple minded," katanya kepada Malaysia.

Menurut sumber-sumber yang dekat dengan kerajaan, bacaan semasa menunjukkan, sebanyak 28 kerusi masih memihak kepada BN, 19 mampu dirampas pembangkang dan 24 lagi peluangnya masih '50-50' antara kedua-dua pihak yang bertanding.

Jika dilihat dari aspek kaum pula, undi Cina kini memihak kepada Pakatan, Melayu dan Melanau masih menyokong BN manakala masyarakat Iban pula mula sedikit demi sedikit berpindah daripada BN kepada pembangkang.

Bacaan ini selari dengan pemantauan NGO pengkaji "kepercayaan politik" Zentrum Future Studies yang mendapati sokongan masyarakat luar bandar kepada BN merosot dari 80 kepada 61 peratus.

2. LAPORAN MALAYSIAKINI HARI INI

Daripada 71 kerusi yang menjadi rebutan dalam pilihan raya negeri Sarawak Sabtu ini, BN dijangka memenangi 43 kerusi, manakala 28 lagi merupakan kerusi panas, dengan Pakatan mendahului di 19 kerusi dan sembilan lagi 50-50.
Ia diasaskan kepada maklumat dalaman Umno, yang merupakan parti utama menunjangi jentera kempen BN dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Pakatan memerlukan sekurang-kurangnya 24 kerusi untuk menafikan.BN majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Semua ini tidak selari dengan ramalan serta analisis politik yang dilakukan oleh Zentrum yang diketuai oleh Prof.Madya Abu Hassan dan analisis Dr.Dzulkefli Pengarah PPP Pas Pusat.


PERBANDINGAN ANGKA

SEBELUM :

BN : 28    PR :  19    PANAS : 24 ( Peluang 50-50 )

SELEPAS  :

BN : 43    PANAS  ; 24 ( Peluang 50-50 / 19 condong PR )


Hanya jauhari yang mengenal manikam. Diharapkan laporan yang sedia ada akan memberikan fakta dan input berguna buat bloggers. Malaysiakini merupakan media alternatif terbaik setakat ini. Mohon semua pembaca memberikan idea jika perlu berkenaan isu ini. Ini adalah lontaran tajuk atau isu yang boleh dipanjangkan. Tiada prejudis kepada mana-mana pihak.




Read rest of entry

NAJIB ARAH SINGKIR TAIB SEORANG SAHAJA. "JANGAN KERANA NYAMUK SEEKOR KELAMBU DIBAKAR"

MIRI 14 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan rakyat Sarawak supaya tidak memperjudikan diri dan masa depan mereka dengan memilih pakatan pembangkang pada pilihan raya negeri ke-10 Sabtu ini.

Tegas beliau, dengan cuma sehari sahaja tempoh berkempen esok, impian rakyat Sarawak untuk melihat negeri mereka terus dibangunkan oleh Barisan Nasional (BN) tidak harus dipersia-siakan dengan membuat pilihan bijak memberi semula mandat kepada kepimpinan negeri sedia ada.

"Saya berkeyakinan penuh BN akan membentuk semula kerajaan negeri Sabtu ini tetapi kita memerlukan sokongan yang padu pada hari pengundian nanti.

"Saya tidak kata BN sempurna tetapi kita akan cuba menjadi yang lebih baik serta memperbaiki kesilapan yang ada dengan dalam dua tahun ini sahaja negara telah menunjukkan peningkatan ekonomi.

"Tentang peralihan kepimpinan negeri (Sarawak), saya sendiri akan pastikan berlaku proses transisi itu. Justeru, jangan emosional dan jangan kerana 'nyamuk seekor, kelambu dibakar', ini (pilihan raya negeri) soal masa depan Sarawak yang lebih besar," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang dihadiri lebih 5,000 orang di Jalan North Yu Seng di sini malam ini. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0415&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

P/S. Tinggag 24 jam lagi, Najib semakin tertekan sehingga terpaksa menyindi Taib yang masih tidak mahu mengumumkan tarikh sebenar beliau nak lepaskan jawatan KM Sarawak. Najib kata Taib macam nyamuk. Semua orang memang bencikan nyamuk lebih-lebih lagi nyamuk aedes. Jika Taib dari keturunan nyamuk aedes lagi besarlah kebencian rakyat kepada beliau. Najib pun benci Taib, tak percayalah tanyalah sang nyamuk.

Read rest of entry

10 ARTIS TERKENAL MAHU IKUT JEJAK BOB LOKMAN.

   
KUALA LUMPUR, 14 April: Kira-kira 10 lagi artis terkenal kini turut tertarik dan ingin mengikuti jejak langkah pelakon dan penulis lirik Bob Lokman menjalani hidup yang lebih baik dan menyokong perjuangan Islam dan politik yang dibawa PAS.

Artis-artis tersebut termasuk lelaki dan wanita dan termasuk yang terkenal dalam genre nyanyian, lawak, lahir dari Akademi Fantasia dan dari kategori pengarah.

Pelakon Bob Lokman ketika mendedahkan perkara itu menegaskan, mereka sekarang sememangnya sudah bersedia untuk mengikuti jejak langkahnya dan sedang berusaha memperdalami ajaran Islam menerusi kelas pengajian Islam yang diusahakan bersama rakan-rakannnya.

Menurut beliau, selain mengikuti kelas-kelas agama, artis-artis itu juga kini sudah seringkali mengikuti pengajian agama daripada tokoh-tokoh agama tanah air di beberapa buah masjid.

Katanya, selain mahu turut berubah kepada kehidupan lebih Islamik, artis-artis itu juga mahu turut berminat untuk terlibat dengan perjuangan Islam yang dibawa PAS.

"Bagaimanapun, mereka masih belum bersedia untuk mendedahkannya kepada masyarakat buat masa ini kerana mahu menunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

"Mereka mahu mengikuti jejak langkah saya kerana tertarik dengan perjalanan hidup saya sekarang. Hasrat mereka itu telah dinyatakan sendiri oleh mereka kepada saya baru-baru ini secara jujur," katanya ketika menyampaikan tazkirah di pejabat Harakah, di sini, hari ini.

Di samping mengakui tertarik dengan perjalanan hidup beliau sekarang, artis-artis itu juga turut berminat untuk mendapatkan kekuatan jiwa.

Sambil menyebut satu persatu nama-nama artis tersebut, beliau menegaskan, untuk membolehkan seseorang artis itu meninggalkan dunia glamour seperti yang dilakukan oleh beliau sekarang bukanlah sesuatu yang mudah.

"Selain memerlukan pengetahuan agama yang mendalam dari sudut fekah, seseorang itu juga amat perlu mengamalkan tarikat yang muktabar bagi mendapatkan kekuatan jiwa agar tidak mudah goyah apabila ditimpa pelbagai ujian," katanya.

Beliau juga secara jujur mengakui, rezekinya sekarang tidak pernah berkurangan sejak meninggalkan dunia glamour, malah makin bertambah apabila sering menerima pelbagai undangan dari pelbagai pihak untuk mengadakan ceramah.

Malah, dalam masa terdekat, walaupun telah meninggalkan dunia glamournya, beliau juga masih menerima tawaran berlakon dari beberapa buah syarikat dengan bayaran puluhan ribu ringgit.

Sebahagiannya terpaksa ditolak kerana ia tidak selari dengan perjalanan hidupnya sekarang yang bukan lagi menjalani hidup untuk keseronokan, tetapi untuk mengabdikan diri kepada Allah dalam erti kata yang sebenarnya.

"Jangan takut untuk berubah menjalani kehidupan yang lebih baik, rezeki kita tak akan berkurangan, malah bertambah. Jangan juga kata bila kita dah memilih untuk menjadi lebih baik tak akan ada tawaran berlakon lagi. Sebaliknya tawaran itu datang mencurah-curah.


"Malah saya sendiri pula yang terpaksa menolaknya (kerana tidak sesuai)," jelas beliau sambil mengakui tidak mengalami sebarang tekanan dari sebarang pihak ekoran perubahan hidupnya sekarang.

http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2799:10-artis-terkenal-mahu-ikut-bob-lokman-&catid=34:primary&Itemid=56
Read rest of entry

Thursday 14 April 2011

PUTRAJAYA KOSONG? MENTERI KABINET MELANCONG KE SARAWAK 15-16 APRIL 2011? Sila Kenalpasti Mereka

SENARAI MENTERI BN YANG MELANCONG KE SARAWAK MINGGU INI. SILA TANDAKAN (X) JIKA ANDA MENEMUI MEREKA DI SARAWAK PADA 15 DAN 16 APRIL 2010.

Jika semua ada 30 Menteri berkempen untuk BN Sarawak, pergi bersama isteri masing-masing (30 orang), setiausaha sulit,peribadi,sulit, dll (30 x 10=300), KSU dan KP (30 x 10=300), Timbalan Menteri,Menteri Besar,Ahli Parlimen Bn,Exco BN,Pimpinan BN (300). Jumlah keseluruhan 1,000 orang pegawai kerajaan serentak ke Sarawak untuk berkempen bagi BN. Berapa banyak wang perbendaharaan Malaysia dibelanjakan untuk tambang jet, kapalterbang pergi dan balik, tuntutan bertugas luar negeri, elaun perjalanan, elaun makan, lojing, kerja lebih masa, BERAPA? 

Belum campur peruntukan dan projek segera yang diumumkan oleh setiap Menteri, TPM dan PM? Berapa agaknya duit rakyat dibawa dan ditabur ke Sarawak? SPRM boleh siasat ke?


(Sila klik sini untuk pembesaran imej)
SILA TANDAKAN ( X ) JIKA ANDA MENEMUI MEREKA DI SARAWAK.

Perdana Menteri : Datuk Seri Najib Razak                                ( X )

Timbalan Perdana Menteri :Tan Sri Muhyiddin Yassin            ( X )

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon                                                 ( X )
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz                                         (    )
Senator Datuk Seri Idris Jala                                                         ( X )
Senator Tan Sri Nor Mohamed Yakcop                                        ( X )
Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom                                       ( X )


Kementerian Kewangan


Menteri I: Datuk Seri Najib Tun Razak                                         ( X )
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah        (    )


Kementerian Pelajaran
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin                                              ( X )


Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien                      ( X )


Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Dr Rais Yatim                                              ( X )

Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air
Menteri: Datuk Seri Peter Chin Fah Kui                                    ( X )


Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal                                    ( X )


Kementerian Pengajian Tinggi
Menteri: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin                           (    )


Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed                                    ( X )

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri: Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili                       ( X )


Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas                             ( X )


Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Kong Cho Ha                                              ( X )


Kementerian Pelancongan
Menteri: Datuk Seri Dr Ng Yen Yen                                            ( X )

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Noh Omar                                                    ( X )


Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi                            ( X )

Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor                                       ( X )

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Tan Sri Bernard Giluk Dompok                                     ( X )


Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Liow Tiong Lai                                             ( X )


Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek                                      ( X )


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob                                     ( X )

Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Dr S Subramaniam                                              ( X )

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Wira Chor Chee Heung                                        ( X )


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil                       ( X )


Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman                                                   ( X )


Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar
Menteri: Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin       ( X )
Read rest of entry

TERKINI : PESTA MENABUR WANG BERMULA DI SARAWAK

Tinggal 36 jam lagi sebelum hari pengundian dalam pilihan raya Sarawak, Pakatan Rakyat bakal berdepan cabaran paling sukar setelah sepuluh hari berkempen – 'politik wang' di kawasan luar bandar.

Bukan lagi rahsia, BN dikatakan sentiasa bersandar kepada imbuhan pilihan raya pada saat-saat akhir pengundian, taktik yang tidak mampu ditandingi gabungan PKR, DAP dan PAS.

Seorang kapitan daripada kawasan majoriti Iban di Sri Aman mendakwa, petugas BN akan menabur wang tunai kepada pengundi di rumah-rumah panjang pada malam 15 April bagi mempengaruhi undi pada hari sesudahnya.

“Saya dengar kali ini mereka beri RM50 untuk seorang pengundi,” katanya sambil mendakwa jumlah itu cukup bagi pengundi Iban di kawasan itu yang pendapatan bulanan mereka antara RM100 hingga RM300.

NONE“Bulan lalu saya sudah kumpulkan senarai di kawasan saya dan berikan pada agen BN. Mereka akan mengedarkannya hari ini atau esok. Saya masih perlu kemaskini senarai itu.”

Jawatan kapitan atau pemimpin masyarakat Cina merupakan jawatan lantikan kerajaan yang dicadangkan oleh wakil rakyat BN setempat. Mereka mendapat elaun RM850 sebulan. Jawatan yang hampir sama bagi masyarakat Iban dipanggil tuai rumah (ketua rumah panjang).
Pembelian undi sudah mula
Pakatan juga mendakwa di banyak kerusi 'panas' di kawasan luar bandar pembelian undi sudah berlaku.

NONEDi Ba'kelalan - pengurus kempen PKR Paul Bian mendakwa setiap keluarga mendapat antara RM1000 to RM2000 – dakwaan melibatkan jumlah wang tertinggi setakat ini. PKR menurunkan pengerusi majlis pimpinan negerinya Baru Bian, di kerusi ini.

Selain politik wang, PKR juga mendakwa mereka bergelut memeriksa daftar pemilih kerana percaya lebih separuh daripada pengundi kawasan itu dipindahhkan dari tempat pengundian mereka.

NONEDakwa Paul lagi, terdapat risalah menyatakan Baru membuat untung besar dengan menjadi peguam kepada penduduk kampung yang menghadapai masalah dengan tanah adat (NCR) masing-masing.

BN juga dilihat bertali-arus menyerang kawasan berkenaan dengan ramai tokoh heavyweight mereka seperti Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Shafie Apdal dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual melawat kawasan itu hari ini.
Sampaikan cek

Paul bagaimanapun percaya, Baru yang bertanding kali ketiga mempunyai kelebihan kali ini berikutan “kempen awalnya”

Suriyati Abdullah pkr Balingian mukah jubilant crowd“Kami bermula amat awal untuk mendidik pengundi. Saya yakin kami mendapat sokongan 60 peratus pengundi,” kata Paul lagi.

Di Belaga, sokongan pada BN didakwa mula kukuh apabila Menteri Pembangunan Tanah Sarawak Datuk James Masing menyampaikan cek dan hak milik untuk rumah panjang di Sungai Asap sebagai pampasan untuk penempatan semula tanah mereka.

Bagaimanapun, aktivis setempat dan penulis blog Wing Miku mendakwa, BN masih mempunyai masalah ekoran pampasan yang diberikan didakwa hanya separuh daripada apa yang dijanjikan manakala hak miliknya pula hanya selama 60 tahun.

NONESungai Asap ialah tempat penempatan semula untuk penduduk yang terjejas oleh pembinaan empangan Bakun sebelum ini.

Di Beting Maro - kerusi paling berpotensi dimenangi PAS - parti Islam itu masih risau terhadap 'pembelian' undi yang didakwa melanda sejak beberapa hari lalu.
RM200 satu pintu

"Ada di satu tempat, RM200 diberi untuk satu pintu. Jadi, ada yang turut minta jumlah yang sama daripada PAS untuk menukar undi. Saya tidak beri. Ini rasuah.

NONE"Saya tanya, hari ini dia beli RM200, esok dia ambil tanah harga RM2 juta. Kamu hendak RM200 atau mahu pertahan tanah?" kata seorang petugas PAS, Jamaludin Ishak.

Menurutnya lagi, PAS setakat ini yakin akan memenangi 10 peratus undi Iban manakala undi Melayu, peluang masih terbuka untuk kedua-dua pihak bertanding.

Sementara itu, di Saribas pula, selain berterusan turunnya tokoh heavyweight BN, petugas PKR turut mendakwa usaha mempengaruhi undi melalui pemberian wang dan babi di rumah panjang sudah berlaku.

NONE"Kita harap, sebagai counter attack, kita boleh bawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berceramah di malam terakhir. Bukan lama, 30 minit sudah cukup (untuk pertahan sokongan)," kata pengarah pilihan raya PKR Saribas Abang Kassim Abang Bujang.

Menurutnya, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam dan Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Noh Omar dijadual berada di Saribas untuk berkempen di saat-saat akhir.

Setakat ini, Abang Kassim menambah, PKR berada hanya sedikit di depan dengan kedudukan 51-49.

http://www.malaysiakini.com/news/161541
Read rest of entry

TERKINI SARAWAK: ZENTRUM RAMAL BN KECUNDANG!

KUCHING, 14 April: Jika betullah kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies, kerajaan BN Sarawak bakal jatuh dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini apabila Zentrum meramalkan, BN hanya akan mendapat 24 kerusi Dun.

Pakatan Rakyat pula, Zentrum meramalkan akan mendapat 27 kerusi, Snap 13 kerusi manakala selebihnya calon bebas iaitu tujuh kerusi.

Hasil ini diperolehi berdasarkan kajian Zentrum melalui projek Sarawak Election (SELECT 2011) - iaitu Prediksi Period 2 oleh badan yang dipimpin oleh Dr Abu Hassan Hasbullah itu.
(Rajah: Sarawak Election (SELECT 2011) - Prediksi Period 2: Kedudukan parti)

Kajian itu meramalkan, PAS akan menang di tiga dari lima kerusinya iaitu N24 Beting Maro (PAS 53%, BN 47%), N22 Sebuyau (PAS43%, BN 40%, Bebas 17%) dan N3 Tanjong Datu (PAS47%, BN 35% dan Bebas 18%).

Dua lagi kerusi PAS adalah N20 Sadong Jaya (PAS 41%, BN 43% dan Bebas 16%) dan N15 Muara Tuang (PAS48% dan BN 52%).

Kajian itu juga meramalkan, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud akan kalah di Balingian di tangan sepupunya, Datuk Salleh Jafarudin (BN 33%, PR 30% dan Bebas 37%).

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian pula diramalkan kajian ini akan menang di Ba'kelalan (PR64% dan BN46%).
Keputusan ini berdasarkan laporan prediksi period 2 yang dibuat oleh Zentrum PRN Sarawak 2011 yang disiarkan dalam lamannya di facebook hari ini.

Ia akan berubah bila-bila masa berdasarkan maklumat terbaru yang diterima oleh petugas kajian ini.


Namun begitu, ketepatan kajian ini agak meragukan untuk dibuat keputusan muktamad kerana semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor, ramalan yang dibuat oleh Zentrum tersasar apabila didapati calon Pakatan Rakyat dari PKR, Datuk Zaid Ibrahim kalah kepada calon BN Kamalanathan.

Padahal keputusan akhir kajian Zentrum menunjukkan calon PKR itu akan menang dengan majoriti tipis.

(Graf: Sarawak Election (SELECT 2011) - Prediksi Period 2: Bandingan Kaum)
Bagaimanapun, kajian ini bakal menjadi antara petunjuk awal ke manakah arah tuju pilihan raya Sarawak kali ini.

Sebelum ini, pengkaji PAS meramalkan, sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat manakala 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.

Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini.

Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan.

Read rest of entry

TAIB KEBAL? PRESIDEN UMNO NAJIB PUN DIA LAWAN INIKAN PULA MAHATHIR BUKAN AHLI UMNO

BN Sarawak semakin lemas dengan tsunami rakyat. Selepas Raja Petra disihirkan Rosmah semalam, hari ini bekas PM iaitu Tun Mahathir pula digunakan untuk menyihir Taib Mahmud. Setelah Najib dan Muhyiddin gagal memaksa Taib untuk berundur kini mereka menggunakan kudrat Mahathir. Tapi Mahathir pun bukan ada "power" sebab Mahathir bukan PM dan bukan ahli Umno pun. Cakap Presiden Umno pun Taib tak endahkan apatah lagi cakap orang yang diluar Umno. Mahathir baru keluar Umno dan tidak diketahui sama ada beliau telah mengisi borang masuk Umno semula atau tidak? Taib tak takut Mahathir.

Parti PBB yang diterajui Taib tidak ada kena mengena dengan Umno. Umno jangan cari pasal nak menyibuk berkenaan dalaman Sarawak. Jika Umno berdegil paksa Taib letak jawatan dan berundur, Taib boleh ugut Najib, Taib boleh bawa PBB masuk dan sokong PR. Jika ini benar-benar dilakukan Taib, Najib akan tersingkir dari Putrajaya. Muhyiddin akan terpelanting ke Batu Pahat. Hishamuddin akan ditangkap Polis sebab KDN akan dijaga Mat Sabu selepas itu. Sebab inilah, Najib takut kepada Taib. Gunakanlah siapa sahaja, Taib takkan takut? Taib ialah "power man" di Sarawak.

Mahathir hanya mampu bermadah dan bersendaloka dengan Taib. Lihatlah kenyataan lembut Mahathir buat Taib.Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud supaya 'belajar daripada sejarah' apabila membuat keputusan mengundurkan diri.

Meskipun tidak memberikan jawapan langsung apabila ditanya sama ada Taib harus berundur, Mahathir memberi beberapa contoh kekalahan BN kerana pemimpin negeri enggan melepaskan jawatan masing-masing.

"Ada satu MB yang berkeras mahu terus berkuasa dan kita hilang negeri itu. Jika kita belajar daripada sejarah, kita tidak akan lakukannya lagi,” katanya kepada wartawan selepas melancarkan persidangan pelancongan Islam di ibu negara.

Walaupun Mahathir tidak menamakan menteri besar itu, adalah dipercayai beliau merujuk kepada Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, yang menerajui Terengganu dari 1974 hingga 1999.

PAS mengambil-alih negeri itu pada pilihan raya umum 1999 dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi menteri besar.

NONESeorang lagi menteri besar yang dijadikan contoh Mahathir adalah Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo, yang menerajui Selangor dari 2000 hingga 2008, apabila negeri itu dirampas oleh Pakatan Rakyat.

Mahathir juga tidak cenderung untuk mengulas apabila ditanya mengenai kemungkinan keputusan pilihan raya negeri Sarawak Sabtu ini dengan ura-ura Pakatan Rakyat mampu menafikan kemenangan dua perita untuk BN.

"Saya fikir BN akan menang," katanya dan enggan mengulas apabila soalan berkaitan terus diajukan oleh wartawan.
Mahathir hanya berfikir sahaja BN akan menang tapi yang Mahathir tidak terfikir yang PR akan merampas Sarawak sebagaimana dia tak terfikir Selangor terlepas ke tangan PR dalam pilihanraya 2008 yang lalu. Kenapa Mahathir tidak terfikir pasal itu? Sebab dia sudah tua? Sebab dia kan Melayu danMelayu mudah lupa?


Read rest of entry

SIAPA SIHIR RPK? SIAPA UPAH BUNUH ALTANTUNYA? Sila Jawab....

RPK semacam disihir oleh seseorang untuk menafikan kandungan Akaun Bersumpah sebelum ini. Lupakanlah RPK ni, rakyat nak tahu siapa yang upah dua orang Polis untuk membunuh Altantunya sehingga berkecai tulang-belulang menggunakan bom C4? Polis pun ambil upah bunuh orang ke? Yang inni PDRM kena jawab lah. 

Kalau bukan Razak Baginda siapa lagi? Yang peliknya kedua-dua Polis ni tak kenal pun Altantunya, jadi tiada sebab mereka nak bunuh Altantunya. Mereka boleh menjadi pembunuh jika diupah. Persoalannya siapa yang mengupah? Siapa yang jadi orang tengah? Razak Baginda sebagai orang tengah? Jika begitu siapa yang memberi upah? PDRM begitu payah nak cari siapa pembunuh sebnar Altantunya, Kenapa?

Bernama: Pengendali laman web , Raja Petra Kamaruddin yang menghilangkan diri sejak sekian lama, malam ini muncul dengan pengakuan bahawa beliau tidak pernah menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya  Shaariibuu.

Sebaliknya Raja Petra menegaskan, beliau berbuat demikian kerana didesak dan dipengaruhi oleh beberapa individu yang tidak mahu melihat Najib menerajui kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini, Raja Petra turut memberitahu Akuan Bersumpah (SD) yang beliau buat pada 18 Jun 2008 hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu.

Katanya, beliau menerima maklumat daripada individu-individu itu kononnya isteri Perdana Menteri berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh.

“Dalam SD saya, saya bercerita bahawa orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita.

“Pihak berkuasa perlu siasat dan panggil mereka ini. Itu yang saya tulis dalam SD. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata yang saya tahu isteri Timbalan Perdana Menteri (ketika itu) ada di tempat kejadian.

“Saya tidak cakap, saya tidak buat tuduhan seperti itu. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut lagi. Saya sebut nama-nama mereka semasa siasatan polis,” tegasnya.

Raja Petra, 60, menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei 2009 bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah Rosmah.

Benarkah ini RPK yang sebenar atau dia telah disihir oleh seseorang? Kenapa dia berpuusing 360 darjah di saat-saat genting BN yang nazak di Sarawak? Isu video tak jalan maka RPK digunakan untuk menyihir pengundi Sarawak. Sungguah lawak antarabangsa.



Read rest of entry

NAJIB HINA ORANG SARAWAK! BARU BIAN BAHAYA TAIB MAHMUD LAGI MEMBAHAYAKAN.

Kenapa Najib takut sangat Baru Bian? Kenapa kata Baru Bian ni bahaya? Taib Mahmud lagi membahayakan? Tanah rakyat dirompak? Duit rakyat di samun? Kroni menjadi kaya-raya? Kerta mewah berderet-deret? Rumah macam istana? Najib buta sejarah ke? Cuba Najib bandingkan antara Baru Bian dan Taib. Untuk memudahkan perbandingan antara kejahatan Taib dan kebaikan Baru Bian, Najib boleh rujuk sini.

Baru Bian belumpun merasa nikmat kerusi Ketua Menteri Sarawak tetapi Taib telah 32 tahun menguasai hasil bumi Sarawak. Baru Bian takde hasil rompakan duit rakyat Sarawak. Baru Bian tidak ada saham berbillion ringgit di luar negara? Baru Bian takde tanah seluas ribuan hektar di Sarawak. Baru Bian tidak pernah menjadi Pengarah mana-mana anak syarikat kerajaan negeri. Baru Bian tidak ada kenderaan mewah seperti rolls royce, mercedes dan lain-lain. Baru Bian tidak ada rumah mewah atau banglo agam. Baru Bian ialah seorang anak jati Sarawak, salah ke untuk belliau menjadi Ketua Menteri Sarawak. Baru Pian bukan ahli Umno, kalau ahli Umno memang sah Baru Bian tidak layak jadi KM.

Taib telah menguasai Sarawak sekian lama sebagai KM. Taib mempunyai tanah dengan keluasan puluhan ribu hektar. Taib mempunyai rumah mewah setaraf istana dan banglo-banglo untuk ahli keluarganya. Taib mempunyai saham bernilai billion riggit di luar negara. Taib mempunyai simpanan emas yang sangat banyak. Taib mempunya kereta mewah dari pelbagai jenis. Taib merompak duit rakyat siang dan malam bernilai billion ringgit. Taib menyamun tanah rakyat. Taib ugut pribumi asal Sarawak. Siapa yang tak kenal kejahatan Taib. Najib buta kah?

Lihat kenyataan celupar Najib malam tadi, KUCHING 13 April - Pembangkang tidak berpijak di bumi nyata apabila menamakan Baru Bian sebagai Ketua Menteri sekiranya mereka berjaya menawan negeri ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, perkara itu meletakkan seluruh rakyat negeri ini dalam bahaya kerana Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu langsung tiada pengalaman malah sudah beberapa kali kalah dalam pilihan raya.

"(Ini) orang yang tak ada pengalaman, jadi wakil rakyat pun belum ada pengalaman tiba-tiba nak jadi Ketua Menteri, logik tak?

"Orang tak ada pengalaman nak letak tempat macam itu, tunggulah akibatnya, tentu sekali Sarawak tidak akan maju kalau pembangkang menang, sebab itu kita tak boleh bagi pembangkang menang," katanya ketika berucap pada Program Khidmat Masyarakat 1Malaysia, di sini malam ini.

Najib buta mata ke? Cuba tengok Ali Rustam yang jadi KM Melaka? Dia tu berkelulusan SPM je, tak bahaya ke menjadi KM Melaka denan kebodohan yang dia ada? Memang bahaya sebab Melaka kini berhutang lebih RM 500 juta sebab Ali Rustam memang membahayakan. Najib lupa ke?

Read rest of entry

NAJIB KURANG AJAR! MENGHINA RAKYAT SARAWAK. TAIB DIPERBODOH, BARU BIAN DICACI....

Hasrat pembangkang calonkan Baru Bian bahayakan rakyat Sarawak (Bernama)

KUCHING 13 April - Pembangkang tidak berpijak di bumi nyata apabila menamakan Baru Bian sebagai Ketua Menteri sekiranya mereka berjaya menawan negeri ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, perkara itu meletakkan seluruh rakyat negeri ini dalam bahaya kerana Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu langsung tiada pengalaman malah sudah beberapa kali kalah dalam pilihan raya.

"(Ini) orang yang tak ada pengalaman, jadi wakil rakyat pun belum ada pengalaman tiba-tiba nak jadi Ketua Menteri, logik tak?

"Orang tak ada pengalaman nak letak tempat macam itu, tunggulah akibatnya, tentu sekali Sarawak tidak akan maju kalau pembangkang menang, sebab itu kita tak boleh bagi pembangkang menang," katanya ketika berucap pada Program Khidmat Masyarakat 1Malaysia, di sini malam ini.


"Kalau tak ada sokongan daripada Kerajaan Pusat, masuk akal tak Sarawak boleh maju?" tegasnya




NAJIB KEPANASAN LALU HINA DAN TIPU ORANG SARAWAK.

1. Sarawak akan maju tanpa kerajaan Pusat. Sudah lama Sarawak ingin keluar Malaysia tetapi mendapat halangan Pusat. Pusat yang berhutang dengan Sarawak, mana dia duit ROYALTI MINYAK? MANA NAJIB?

2. Najib dulu juga tiada pengalaman, tiba-tiba dilantik menjadi MB Pahang.

3. MB Negeri Sembilan juga tiada pengalaman sebagai YB, dia hanya ahli perniagaan, bertanding sekali pada 2004 terus jadi MB.

4. MB Melaka hanya berkelulusan SPM dilantik Umno jadi MB.

RAKYAT SARAWAK TIDAK BODOH SEPERTI KATA NAJIB. RAKYAT SARAWAK MANUSIA BERDIKARI.

AYUH SEMUA PENGUNDI SARAWAK, AJARLAH KECELUPARAN MULUT NAJIB. NYAH NAJIB DARI SARAWAK......!




Read rest of entry

Y.A.B. BARU PIAN KM SARAWAK BERSAMA KABINET BARU RAKYAT

(klik disini untuk pembesaran)

UMNO/BN mungkin duduk dalam keadaan tidak selesa jika kabinet ini benar-benar berlaku memandangkan tempoh pilihan raya cuma tinggal 2 hari lagi kerana proses pembuangan undi akan berlangsung pada 16 April 2011.

Seramai 213 calon akan berentap dalam pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini. Selepas proses penamaan calon selesai hari ini, kesemua 71 DUN akan dipertandingkan. Pada keseluruhannya, pertandingan itu menyaksikan dua pertandingan enam penjuru, dua pertandingan lima penjuru dan 17 pertembungan empat penjuru.

Manakala yang lainnya membabitkan pertandingan tiga penjuru di 22 kerusi dan pertembungan satu lawan satu di 27 kerusi. Selain BN yang bertanding di kesemua 71 kerusi, parti lain adalah DAP (15 kerusi), Snap (26), PKR (49), PAS (5), Parti Cinta Malaysia (PCM) enam dan 41 calon Bebas.

Pecahan calon mengikut jantina ialah 197 lelaki dan 16 wanita. BN meletakkan 67 calon lelaki dan empat wanita, PAS (tiga lelaki dan dua wanita), DAP (11 lelaki dan empat wanita), Snap (26 lelaki), Bebas (40 lelaki dan seorang wanita) PKR (45 lelaki dan empat wanita), PCM meletakkan lima calon lelaki dan seorang wanita.

Selepas proses penamaan selesai hari ini, pertandingan tiga penjuru membabitkan 23 DUN dan empat penjuru di 17 DUN. Dua kawasan berlaku pertandingan enam penjuru iaitu di Belaga dan Balai Ringin manakala pertandingan lima penjuru berlaku di Ngemah serta Jepak.

Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online