BN Sarawak semakin lemas dengan tsunami rakyat. Selepas Raja Petra disihirkan Rosmah semalam, hari ini bekas PM iaitu Tun Mahathir pula digunakan untuk menyihir Taib Mahmud. Setelah Najib dan Muhyiddin gagal memaksa Taib untuk berundur kini mereka menggunakan kudrat Mahathir. Tapi Mahathir pun bukan ada "power" sebab Mahathir bukan PM dan bukan ahli Umno pun. Cakap Presiden Umno pun Taib tak endahkan apatah lagi cakap orang yang diluar Umno. Mahathir baru keluar Umno dan tidak diketahui sama ada beliau telah mengisi borang masuk Umno semula atau tidak? Taib tak takut Mahathir.
Parti PBB yang diterajui Taib tidak ada kena mengena dengan Umno. Umno jangan cari pasal nak menyibuk berkenaan dalaman Sarawak. Jika Umno berdegil paksa Taib letak jawatan dan berundur, Taib boleh ugut Najib, Taib boleh bawa PBB masuk dan sokong PR. Jika ini benar-benar dilakukan Taib, Najib akan tersingkir dari Putrajaya. Muhyiddin akan terpelanting ke Batu Pahat. Hishamuddin akan ditangkap Polis sebab KDN akan dijaga Mat Sabu selepas itu. Sebab inilah, Najib takut kepada Taib. Gunakanlah siapa sahaja, Taib takkan takut? Taib ialah "power man" di Sarawak.
Mahathir hanya mampu bermadah dan bersendaloka dengan Taib. Lihatlah kenyataan lembut Mahathir buat Taib.Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud supaya 'belajar daripada sejarah' apabila membuat keputusan mengundurkan diri.
Meskipun tidak memberikan jawapan langsung apabila ditanya sama ada Taib harus berundur, Mahathir memberi beberapa contoh kekalahan BN kerana pemimpin negeri enggan melepaskan jawatan masing-masing.
"Ada satu MB yang berkeras mahu terus berkuasa dan kita hilang negeri itu. Jika kita belajar daripada sejarah, kita tidak akan lakukannya lagi,” katanya kepada wartawan selepas melancarkan persidangan pelancongan Islam di ibu negara.
Walaupun Mahathir tidak menamakan menteri besar itu, adalah dipercayai beliau merujuk kepada Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, yang menerajui Terengganu dari 1974 hingga 1999.
PAS mengambil-alih negeri itu pada pilihan raya umum 1999 dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi menteri besar.
Seorang lagi menteri besar yang dijadikan contoh Mahathir adalah Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo, yang menerajui Selangor dari 2000 hingga 2008, apabila negeri itu dirampas oleh Pakatan Rakyat.
Mahathir juga tidak cenderung untuk mengulas apabila ditanya mengenai kemungkinan keputusan pilihan raya negeri Sarawak Sabtu ini dengan ura-ura Pakatan Rakyat mampu menafikan kemenangan dua perita untuk BN.
"Saya fikir BN akan menang," katanya dan enggan mengulas apabila soalan berkaitan terus diajukan oleh wartawan.

Mahathir hanya berfikir sahaja BN akan menang tapi yang Mahathir tidak terfikir yang PR akan merampas Sarawak sebagaimana dia tak terfikir Selangor terlepas ke tangan PR dalam pilihanraya 2008 yang lalu. Kenapa Mahathir tidak terfikir pasal itu? Sebab dia sudah tua? Sebab dia kan Melayu danMelayu mudah lupa?
0 comments:
Post a Comment