Orang Sarawak lebih pandai dari orang Umno yang bodoh di Semenanjung. Sebab itulah Umno yang bodoh tidak dibenarkan membuat cawangan mereka di bumi Sarawak disebabkan kebodohan mereka sendiri. Rakyat Sarawak telah melihat sendiri batang tubuh Anwar semasa siri kempen PR di sana. Mereka telah membuat kawad cam pada Anwar, adakah sama Anwar yang sedang berceramah dengan Anwar dalam video seks atau lelaki Y. Rakyat Sarawak telah menjadi hakim bahawa Anwar yang mereka lihat tidak sama dengan Anwar dalam video Datuk T. Rupa-rupanya rakyat Sarawak lebih cerdik dari Zahrain, Zukfefli Noordin, dan semua pencacai Umno di Semenanjung.
Rakyat Sarawak telah ditipu media milik BN selama ini. Sebab itulah mereka sendiri turun berduyun-duyun di Kuching, Miri dan di mana sahaja tempat Anwar berceramah untuk memberikan sokongan padu tidak berbelah bagi kepada Anwar. Orang Umno telah dibodohkan Datuk T tetapi rakyat Sarawak tidak mahu menjadi bodoh macam orang Umno.
Sebab itulah Umno sampai hari ini tidak dapat bertapak di Sarawak. Seorang calon Umno pun takde dalam PRN Sarawak tapi yang paling menyibuk di Sarawak ialah Presiden Umno dan Timbalan Presiden Umno. Itulah sebenarnya kebodohan Umno yang diperhatikan oleh rakyat Sarawak.
0 comments:
Post a Comment