www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Sunday, 10 April 2011

RAIS "AMAH" MERACAU RAYU RAKYAT SARAWAK KENANG BUDI.....HIPOKRIT...! Masa Bersama 46 Rais Lupa Budi Umno


KUCHING: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata beliau yakin rakyat Sarawak tetap akan bersama kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam mengharungi pilihan raya negeri 16 April ini.

Rais berkata ini berdasarkan pemerhatian beliau sekian lama, rakyat Sarawak adalah golongan yang tidak lupa budi. "Orang Sarawak tidak akan lupa budi, budi pembangunan dan budi perjuangan bersama," katanya kepada wartawan selepas melancarkan saluran baru siaran televisyen "TVi" di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kuching di sini, Ahad.

Apabila ditanya mengenai suasana pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 ini, Rais secara berseloroh berkata:

"Saya tak fikir ada tsunami apa-apa, sebab gunung berapinya tidak ada. Ia cukup damai".

Menurutnya BN sentiasa bersabar dengan tindakan pihak tertentu yang melemparkan pelbagai tuduhan terhadap parti itu dan menurutnya BN akan memberikan penjelasan berhubung semua tuduhan berkenaan. http://www.mstar.com/

 

p/s. Siapa yang tak kenal Rais Yatim dengan isu skandal bersama amahnya. Kini Rais merayu serta melutut kepada rakyat Sarawak untuk memenangkan Taib dan BN dalam PRN.

Rais ni kenangbudi ke orangnya? Dulu dia jadi MB Negeri Sembilan, kemudian bersama Ku LI masuk 46, pada masa itu setiap hari dia balon Umno yang pernah meemberikan dia jawatan dan rezeki sebagai MB. Pada masa itu dia kenang budi kerajaan Umnokah? Dia bakar jambatan bersama Umno? Dia ingat Mahathir lupakah saat Rais menjadi sasau tidak mengenang budi Umno. Kini Rais nak tunjuk alim dengan meminta rakyat Sarawak mengenang budi kerajaan. Cakap tak serupa bikin.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online