www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Showing posts with label SPR. Show all posts
Showing posts with label SPR. Show all posts

Monday, 28 November 2011

SEBAB APA PR SUKAR TAWAN PUTRAJAYA? INI ANGKARA SPR, LIHAT KERJA KOTOR MEREKA.

Seorang pesara menjadi tumpuan pihak pembangkang sewaktu pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya, apabila beliau meminta mereka supaya melupakan sahaja niat untuk menawan Putrajaya di bawah sistem pilihan raya yang ada sekarang.

Dengan berbekalkan cetakan slaid pembentangannya, Ng Chak Ngoon (kanan) yang menyifatkan dirinya sebagai
seorang pesara, membentangkan kepada anggota panel PSC dengan graf yang menunjukkan 222 garisan, dengan setiap satu lebih tinggi daripada yang lain.

Graf itu, kata Ng  di sesi pendengaran di Kota Kinabalu semalam, digariskan mengikut jumlah pengundi kawasan pilihan raya bagi pilihan raya umum 2008.

"Semua di sebelah kiri (biru) dimenangi oleh BN, di sebelah kanan (merah) dimenangi oleh pembangkang. Kawasan pilihan raya BN sangat kecil dan kawasan pembangkang sangat besar. Jadi, apa yang berlaku di sini?"

Beliau mendakwa, ia bukan secara kebetulan yang semua orang di kawasan yang besar suka pembangkang dan semua orang di kawasan pilihan raya kecil suka BN.

NONESebaliknya, Ang mendakwa kawasan BN dipecahkan menjadi
kawasan yang lebih kecil untuk menambah bilangan ahli parlimen mereka.

Menurutnya, kawasan pilihan raya yang paling kecil - Putrajaya yang diwakili BN - hanya mempunyai 6,008 pengundi - tetapi kerusi Kapar - yang dimenangi pembangkang - mempunyai 112.224 pengundi, iatu 17 kali lebih daripada Putrajaya.

"Jika kita pecahkan Kapar kepada saiz Putrajaya, anda akan mempunyai 17 ahli parlimen dari Kapar dan bukannya seorang sahaja."

Jika semua kerusi sama saiznya, kata Ng, pilihan raya umum lepas akan menyaksikan keputusan di mana BN dan Pakatan Rakyat hanya akan mempunyai perbezaan tujuh kerusi di Parlimen dan bukannya 140 dan 82 seperti dalam keputusan sebenarnya.

Beliau juga menganggarkan jika sesebuah parti bergantung kepada semua kerusi kecil untuk memegang kuasa, maka ia hanya akan memerlukan 15.4 peratus daripada jumlah undi untuk membentuk majoriti di Parlimen.
 
www,malaysiakini.com
 
Read rest of entry

Monday, 15 August 2011

GEMPAR...... SPR KUDA TUNGGANGAN UMNO ATAU DIPERKUDAKAN UMNO?


KOTA BHARU, 15 Ogos: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang ada pada hari ini tidak mendapat kepercayaan awam, bahkan dalam tindak tanduk mereka dianggap ‘lebih Umno’ daripada ‘Umno’.

Bahkan keadaan itu, mengikut dakwaan  Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk’ Wan Abdul Rahim Abdullah (gambar) menyebabkan SPR sangat memalukan oleh kerana ‘tidak mendapat kepercayaan awam’.

“Dan ini bercanggah dengan Perkara 114 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah masa melantiknya itu memandang kepada mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihan Raya ‘yang mendapat kepercayaan aswam’.
 
“SPR yang ada pada hari ini memang ‘tidak mendapat kepercayaan awam’ apabila ianya selalu dipertikaikan, selalu membuat hujah-hujah dan penjelasan yang berat sebelah, yang memang rakyat tidak memberikan kepercayaan kepada SPR,” ujarnya.

Beliau yang juga mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan menarik perhatian kepada contoh (amalan) yang berlaku pada negara luar termasuk di India, Pakistan dan Bangladesh di mana mantan Hakim dan peguam dilantik sebagai ahli SPR.

“Dan mereka itu dari sudut disiplin kerjanya tidak tertakluk patuh kepada kerajaan oleh kerana mereka bukan dari 'goverment serving'.

“Dan kuasa yang diberikan kepada SPR di sana ialah sehinggakan mereka itu menjadi ‘kerajaan sementara’, apabila Parlimen mereka dibubarkan dan parti yang berkempen, maka yang menjadi ‘kerajaan sementara’ itu ialah SPR.

“Jadi begitu hebat tugas dan tanggungjawab serta kepercayaan rakyatnya kepada SPR.

“Dan kalau dibandingkan dengan Malaysia ini, memang jauh ketinggalan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra dan Make Colek Ahli Parlimen Kota Bharu bersama Bloggers dan Facebookers di pekarangan Pejabat PAS Kawasan Kota Bharu, (Berek 12) di sini malam tadi.

Turut hadir dan menjadi ‘fasilitator’ mantan Ketua Pemuda Umno Ketereh, Sabri Shafei yang juga aktivis facebooker  ‘Umno Tumpas’.

Majlis dihadiri lebih 100 orang bloggers dan facebookers. Turut hadir ahli Minda Evolusi Rempit Anak Kelantan (MERAK).

Wan Rahim mengulas perkembangan terbaru politik negara membabitkan SPR di mana kepimpinan PAS Pusat mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR agar meletakkan jawatan kerana dianggap gagal menjalankan tugasnya.

Ini ekoran pendedahan ketirisan yang berlaku dalam daftar pemilih yang tidak bersih di samping kegagalan mempertahankan SPR sebagai badan bebas sebagai mana desakan dibuat Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Wan Rahim menyeru kepada ahli-ahli SPR supaya kembali kepada Perkara 114 (2) Perlembagaan Persekutuan.

“Dan membuat suatu anjakan bahawa mereka perlu menjalankan tugas dengan lebih telus, bertanggungjawab dan tidak memihak serta paling penting bagi ‘mendapat kepercayaan awam’,” katanya.
Read rest of entry

Tuesday, 26 July 2011

PENGUNDI HANTU, AKHIRNYA DIAKUI OLEH SPR....Hapuskan Mereka....

Setelah 16 hari selepas Himpunan Bersih 2 maka akhirnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Bin Wan Omar telah mengaku bahawa terdapatnya  klon kepada kad pengenalan pengundi yang terdapat dalam daftar pemilih sah yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).  Secara tidak langsung Datuk Wan Ahmad telah mengaku  bahawa pengundi hantu benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR yang sah.

Kenyataan beliau telah dikeluarkan oleh The Star bertarikh 24hb Julai 2011 di bawah tajuk  ”EC: Help us purge ‘clones’ from electoral roll”. Datuk Wan Ahmad pula meminta parti politik dan Individu tertentu tampil memberi maklumat kepada SPR untuk membersihkan daftar pemilih.

Ini merupakan kenyataan “U Turn”  SPR mengenai pengundi hantu yang selama ini tidak pernah diakui malah menuduh Pakatan Rakyat(PR) mengada-adakan cerita untuk melunturkan kayakinan rakyat kepadanya. Pembersihan daftar pemilih adalah termasuk dalam tuntutan Bersih 2.0. Pengakuan SPR ini merupakan suatu kejayaan kepada Bersih 2.

Pengakuan SPR ini adalah berdasarkan kepada data yang saya telah keluarkan pada  khamis 21hb Julai 2011 bahawa Mariam Binti Su memiliki dua kad pengenalan berbeza iaitu 720616025472 dan 720610025738 tetapi mempunyai satu nombor kad pengenalan lama yang sama iaitu A2278510. Beliau memiliki dua hak mengundi di Dun Kuala Ketil, Parlimen Baling.

Murugan A/L Subramaniam pula dilahirkan pada 02hb Oktober 1973 dan memiliki nombor kad pengenalan lama A2909056. Dua identiti Murugan A/L Subramaniam  memiliki tarikh lahir, nombor kad pengenalan lama, jantina, lokaliti, daerah mengundi, Dun, Parlimen dan Negeri yang sama. Hanya  4 digit terakhir kad pengenalan  iaitu 5201 dan 5877 yang membezakan identiti  Murugan A/L Subramaniam. No kad pengenalan  pertama Murugan A/L Subramaniam adalah 731002025877 dan kad pengenalan kedua adalah 731002025201. Sesiapa sahaja boleh menyemak  melalui laman web SPR http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/DaftarjBM.aspx.

Kes Mariam Binti Su dan  Murugan A/L Subramaniam  telah membuktikan dua kesalahan besar yang dilakukan oleh JPN dan SPR iaitu pertamanya Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) telah mengeluarkan satu kad pengenalan lama dimiliki oleh dua identiti.

Keduanya SPR telah membenarkan seorang pemilih memiliki hak mengundi lebih daripada sekali. Ini telah bertentangan dengan Perkara 119(1) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan “tiada sesiapa pun boleh mengundi dalam pilihanraya yang itu juga, dalam lebih daripada satu bahagian pilihanraya”.

Standard Operation Procedure(SOP) bagi kedua-dua jabatan Kerajaan ini perlu dikaji semula. Sistem komputer JPN dan SPR telah menggunakan SOP yang salah. Salah satu prinsip kepada konsep pengkalan data(database) sistem komputer adalah  tidak dibenarkan pertindanan  identifier  kad pengenalan lama  atau baru. Tetapi JPN telah membenarkan pertindanan kad pengenalan lama dan SPR pula menerima data yang salah tersebut untuk didaftarkan sebagai pemilih yang sah.

Inilah bukti kesalahan SPR dan JPN. Mana-mana pihak berhak untuk membuat laporan polis berhubung kecuaian (negligent) yang dilakukan oleh JPN dan SPR.

Walaupun bukti-bukti telah menunjukkan bahawa terdapat data bertindan yang telah dimasukkan dalam daftar pemilih yang sah tetapi malangnya SPR tiada hak dengan mudah untuk membatalkannya. Ia terpaksa melalui  proses yang rumit untuk membatalkannya. Ini kerana seksyen 14, Peraturan-peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) 1981 telah manyatakan  bahawa “ Daftar pemilih yang pada masa ini berkuat kuasa hendaklah menjadi keterangan prima facis bagi maksud menentukan sama ada seseorang berhak atau tidak berhak  untuk mengundi  dalam sesuatu pilihanraya dalam mana-mana bahagian pilihan raya”.

Jika pilihanraya di adakan pada waktu terdekat maka  pilihanraya umum ke-13 akan menggunakan daftar pemilih yang diragui.  Mana-mana parti yang menang dalam pilihanraya ke-13 tetapi mempunyai data-data pemilih yang meragukan mungkin boleh dibatalkan kemenangannya.  Ini merupakan sesuatu yang serius bakal akan berlaku. Oleh itu Pemuda PAS mendesak agar ditubuhkan suatu Suruhanjaya Diraja mengkaji sistem perjalanan pilihanraya dalam negara kita yang dilihat bermasalah.
 
-----------------------------------------

*Penulis adalah Pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi, Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Read rest of entry

Sunday, 17 April 2011

KEPUTUSAN MUKTAMAD KEDUDUKAN KERUSI PRN SARAWAK : SPR

Berikut adalah keputusan muktamad kedudukan kerusi yang dimenangi oleh parti yang bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10:

Jumlah Kerusi Yang Dipertandingkan - 71

Barisan Nasional - 55

DAP - 12

PKR - 3

Bebas - 1

PAS - 0

SNAP - 0

Parti Cinta Malaysia - 0
Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online