www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday, 5 July 2011

BERSIH 2.0 DI PUTRAJAYA? MENUNGGU KEPUTUSAN NAJIB SAHAJA


Benarkah BERSIH 2.0 akan dibuat di Putrajaya? Jika Kementerian Belia dan Sukan boleh himpun sejuta belia di situ maka BERSIH juga berhak berhimpun di tempat yang sama. Keputusan YDPA terhadap BERSIH 2.0 adalah sealiran dengan nada kebangkitan rakyat Malaysia. PM Najib terlalu lemah menyelesaikan masalah ini sehingga YDPA terpaksa bertindak segera demi keadilan seluruh rakyat. Najib sudah berjanji akan memberikan himpunan BERSIH 2.0 di stadium , persoalannya di stadium mana? Stadium Nasional Bukit Jalil adalah suatu alternatif....tapi muatkah stadium tersebut jika sejuta orang yang akan datang kelak?
 
Tempat yang muat dengan kapasiti sejuta orang ialah di PUTRAJAYA. Najib kena bagi kelulusan agar rakyat berhimpun di Putrajaya. Bukti kawasan Putrajaya muat untuk sejuta orang ialah bila Menteri Belia dan Sukan umum berjaya mengumpulkan sejuta belia pada bulan lepas pada program anjuran kementeriannya. Oleh itu PUTRAJAYA adalah lokasi yang sesuai untuk BERSIH 2.0 berhimpun. Beranikah Najib?

Jika BERSIH 2.0 dibenarkan dibuat di Putrajaya maka jalan untuk menakluki tampuk pemerintahan negara di JPM Putrajaya semakin hampir buat PR. Kita tunggu apa keputusan Najib? Ambiga sila jumpa Najib untuk kelulusan berhimpun di Putrajaya? Kerajaan boelh buat maka BERSIH juga boleh buat di tempat yang sama? Sila cari DS Shabery Chik?




0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online