Untuk dua minggu berturut-turut, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terus mengeluarkan khutbah Jumaat yang dilihat sebagai kempen anti-BERSIH menjelang perhimpunan besarnya esok.
Bagaimanapun, berbeza dengan minggu lalu, khutbah minggu ini yang berjudul "Rapuh Perpaduan Runtuh Keamanan", tidak menyebut secara langsung nama BERSIH 2.0 yang merupakan penganjurnya.
Mimbar sebaliknya sering menyebut tentang bahaya "musuh-musuh Islam" yang didakwa turut menggunakan "taktik menunjuk perasaan sebagaimana berlaku dalam peperangan Uhud".
"Hari ini sekali lagi pihak-pihak tertentu cuba meruntuhkan perpaduan yang terbina selama ini. Mereka cuba dengan pelbagai helah dan cara," khutbah itu dipetik.
Minggu lalu, khutbah Jakim mengeluarkan larangan itu buat kali pertama dengan menggunakan label yang keras seperti pengkhianat dan pelampau terhadap penganjur dan pesertanya.
Khutbah yang dibacakan di masjid-masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya itu mendakwa perhimpunan BERSIH haram diikuti umat Islam kerana boleh "mencampakkan manusia dalam kebinasaan".
Kemarahan umat Islam
Khutbah hari ini pula mendakwa golongan "pengkhianat pada agama, bangsa dan negara" itu pernah menimbulkan kemarahan umat Islam kerana mempertikaikan hak orang Islam dan memperalatkan sebahagian pemimpin Islam yang dikaburi keghairahan untuk mendapatkan kuasa.
"Mereka menghasut dengan menyemai perasaan tidak puas hati dan benci kepada pemerintah. Berbagai pendekatan mereka lakukan termasuklah melalui undang-undang dan mahkamah.
"Tidak cukup dengan itu, mereka mempengaruhi rakyat melahirkan perasaan benci dengan melaungkan slogan tertentu dengan berbagai cara," kata khutbah itu sambil mendakwa golongan itu bertopengkan keadilan dan ketulusan.
Dalam masa yang sama, mereka didakwa mempunyai agenda tersendiri untuk menghuru-harakan negara, melemahkan pemerintah dan perpaduan rakyat yang akhirnya membawa tanggapan di mata dunia bahawa negara ini tidak lagi aman.
Memasuki hari-hari terakhir sebelum perhimpunan besar esok, Pengerusi BERSIH 2.0 S Ambiga diserang hebat di media-media arus perdana dengan pelbagai isu, antaranya berkaitan kes murtad Lina Joy, majlis antara agama dan didakwa menerima dana asing.
'Pemerintah pelindung Allah'
Sementara itu, mimbar Jumaat juga mengambil peluang mengingatkan bahawa "pemerintah adalah pelindung Allah SWT di muka bumi ini".
"Mimbar ingin mengingatkan bahawa teraturnya urusan agama dan dunia tidak akan berlaku tanpa kewujudan pemerintah dan kesetian rakyat, malah keadaan masyarakat akan menjadi kacau bilau dan saling berbalahan antara satu sama lain.
"Justeru Islam telah menetapkan hukuman yang berat kepada sesiapa sahaja yang cuba memporak-perandakan pemerintah, kehidupan umat dan kesejahteraan negara," khutbah itu dipetik.
Khutbah Jumaat Jakim itu juga memuatkan sebuah hadis riwayat Muslim yang menyebut sesiapa yang ingin memecahbelahkan perpaduan umat hendaklah dipancung dengan pedang.
Ia juga mengingatkan kepada titah khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin agar rakyat tidak terlalu terikut-ikut dengan amalan negara luar.
Titah Seri Paduka pada 3 Julai lalu itu merintas kepada pertemuan BERSIH 2.0 mengadap baginda dan bersetuju mengadakannya di stadium dan bukan di jalan raya.
Friday, 8 July 2011
MIMBAR JUMAAT DIGUNA LAGI ANTI BERSIH........... UMNO TERDESAK
,
Author: tukartayarbaru
|
Filed Under:
BERSIH
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Analisis Isu kemewahan hidup isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hangat kembali dan terkini isu perbelanjaa...
-
Isu video panas Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda Umno kini menjadi bualan ramai. Banyak pihak yang ingin menontonnya untuk melihat k...
-
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak perdana menteri ekoran kenyataanya bahawa "mencari kebenaran" adalah pali...
-
SENARAI MENTERI BN YANG MELANCONG KE SARAWAK MINGGU INI. SILA TANDAKAN (X) JIKA ANDA MENEMUI MEREKA DI SARAWAK PADA 15 DAN 16 APRIL 20...
-
Sah, Tan Sri Abdul Taib Mahmud melarikan diri sebentar tadi. Perkara ini amat memeranjatkan PM Najib yang pastinya tidak dapat menghalang p...
-
GENTING HIGHLANDS 21 Ogos - Jumlah korban dalam nahas bas terjunam ke gaung ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur ...
-
Kelantan dijangka menerima Raja Perempuan setelah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, memberi gambaran bahawa baginda bakal berkahwin. Titah...
0 comments:
Post a Comment