Sejurus kenyataan penganjur Bersih yang dibuat dalam sidang akhbar di Dewan Perhimpunan Cina tidak jauh dari stadium berkenaan tersebar menerusi SMS dan Twitter...gema bantahan terus bergema.
Pelbagai pihak termasuk Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan,Setiausaha Perhubungan BN Wilayah Persekutuan dan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan tidak setuju ia diadakan di Stadium Merdeka.
Patriot yang dinaungi oleh Pemuda UMNO Malaysia juga menyertai bantahan itu.Ketua Penyelarasnya Datuk Seri Rizal Merican berkata ini kerana Stadium Merdeka ada nilai sejarah yang cukup mulia kepada rakyat Malaysia.
Beliau mempersoalkan kenapa tidak buat di negeri-negeri yang di perintah pakatan pembangkang seperti di Stadium Shah Alam.
Ahmad Maslan juga memberi pandangan sama.
Ahmad Maslan juga memberi pandangan sama.
Pengerusi Bersih Datuk ketika ditanya kenapa tidak terima tawaran Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pakai Stadium Shah Alam kata Stadium Merdeka lebih sesuai kerana akses pengangkutan dan sebagainya.
Syed Ali yang juga Setiausaha UMNO Wilayah Persekutuan geram habis melihat game Bersih ini.
Beliau menegaskan sepatutnya setelah dapat mengadap Yang diPertuan Agong Selasa mereka serahkan saja memorandum mengenai SPR kepada Seri Paduka.
“Tak payah nak berhimpun.Nak berhimpun apa lagi....sekarang nak pula Stadium Merdeka.No way.Pihak berkuasa jangan luluskan.Itu tempat sangat bersejarah bagi kita semua,”ujarnya.- OLEH ROSLAN BIAN. petikan dari : agendadaily.com
TTB : "Inilah drama terbaik lakonan juak-juak Umno bagi tahun 2011. Semuanya dah tak takut pada PM Najib, Kenapa? Sebab Najib tak berupaya mengawal BERSIH 2.0. Mereka marah juga sebab Najib yang gatal mulut "offer" buat kat stadium. Setelah penganjur BERSIH 2.0 memilih Stadium Merdeka, maka Najib mati akal, mati kutu, tak boleh nak elak dah.................Najib kena kotakan janji sebab semua rakyat tahu "offer" guna stadium oleh Najib.
Tapi ada Menteri kabinet Najib dan orang Umno sendiri yang tak berapa setuju dan ada yang tak setuju langsung dengan idea lembut Najib. Apa nak buat nasi dah jadi bubur. Maka melalak lah mereka macam orang bodoh kononnya untuk menjaga nama baik Stadium Merdeka. Mereka dah hilang akal gamaknya. Orang berhimpun dengan baik dan aman, bukannya nak pergi berperang nak gulingkan kerajaan. Kan Polis akan turun berpuluh ribu ramainya, jika ada anaisr jahat yang buat dajjal, Polis sila tangkap, pasti yang ditangkap ialah kawan mereka sendiri yang menyamar macam peserta bersih 2.0.
Orang Umno, janganlah membodohkan diri tak tentu pasal, Najib dah kata OK so janganlah nak menyalak macam orang hilang akal. Tak lama lagi BN akan tumbang, cepat-cepatlah selamatkan akaun bank anda..........)
0 comments:
Post a Comment