Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yakin kerajaan akan melaksanakan sebahagian daripada tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) jika tuntutan mereka menjadi kepentingan orang ramai.
"Kerajaan kita sensitif. Jika sesuatu boleh dilakukan untuk kebaikan, kenapa tidak? Mereka (kerajaan) akan lakukannya,” katanya selepas merasmikan Forum Pelancongan Dunia Islam di Kuala Lumpur pagi ini.

Pergerakan BERSIH 2.0 diterajui 62 NGO dengan tujuah mengadakan satu perhimpunan sebelum petisyen mereka kepada Yang di-Pertuan Agong supaya campur tangan dalam memulakan reformasi sistem pilihan raya negara.
Petisyen itu akan mengusulkan beberapa permintaan:
Petisyen itu akan mengusulkan beberapa permintaan:
- Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21
- Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar
- Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali
- Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang
- Tempoh kempen minimum 21 hari
- Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya
- Menghapuskan rasuah pilihan raya
0 comments:
Post a Comment