KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan desas-desus mengatakan beliau adalah individu yang mengatur pertemuan antara Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk Ambiga Sreenevasan dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 5 Julai lalu.
Beliau berkata, pada hari tersebut, beliau meminta berjumpa Ambiga untuk menasihatinya bahawa Tuanku telah mengeluarkan titah khas dan seluruh rakyat Malaysia termasuk Ambiga perlu akur kepadanya.
Menurutnya, pada perjumpaan tersebut, beliau juga mengingatkan Ambiga perhimpunan seperti ini bukanlah budaya rakyat negara ini kerana percaya pelbagai masalah boleh muncul sekiranya perhimpunan Bersih 2.0 menjadi tidak terkawal.
“Saya harap tiada lagi perhimpunan seperti ini dianjurkan kerana kita tidak mahu malapetaka seperti di negara-negara lain terjadi di negara ini.
“Tuhan begitu baik dengan negara kita, tiada gempa bumi, tiada gunung berapi, tiada taufan dan tiada bencana alam lain, jadi kenapa kita mahu menimbulkan keadaan huru-hara dan masalah dalam negara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Pelancongan Dunia Islam di sini semalam.
Beliau berkata, pada perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, pihak polis melakukan tugas yang baik kerana berjaya menghalang dan mengawal perhimpunan ini menjadi lebih besar.
“Tugas polis bukannya mudah, tetapi mereka bertindak dengan penuh hati-hati. Saya bersyukur tiada perkara buruk berlaku,” katanya.
Ditanya mengenai kesan perhimpunan ini pada pilihan raya umum yang akan datang, Tun Abdullah yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas menegaskan mungkin ada kesan, imej pentadbiran Perdana Menteri mungkin tercalar kerana ia melibatkan pendapat awam.
“Mungkin ada kesan, tetapi saya percaya kerajaan perlu dan boleh mencari jalan mengatasinya,” katanya.
Mengulas mengenai dakwaan kerajaan tidak mempedulikan tuntutan Bersih 2.0, Tun Abdullah menolak andaian tersebut kerana kerajaan sejak dahulu lagi sentiasa melihat tuntutan ini dan mengkajinya.
“Kerajaan sentiasa melihat tuntutan ini kerana tahu ia adalah untuk kebaikan dan kepentingan awam, jadi dakwaan yang mengatakan kerajaan tidak mempedulikan tuntutan ini adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

0 comments:
Post a Comment