KUALA LUMPUR – Penglibatan anak bekas Perdana Menteri, Datin Marina Mahathir dalam perhimpunan Bersih 2.0 diyakini hanya disebabkan pendiriannya mahu melihat negara mengamalkan sistem demokrasi lebih telus dan terbuka, kata adiknya, Datuk Mukhriz (gambar) yang juga seorang anggota kerajaan.
Mukhriz berkata, meskipun bapa mereka, Tun Dr Mahathir bekas pemimpin nombor satu Barisan Nasional (BN) manakala beliau sendiri timbalan menteri, setiap individu ada pendirian dan cara berfikirnya tersendiri.
“Saya tidak nampak beliau sokong pembangkang melainkan hanya untuk melihat sistem pilihan raya kita yang lebih telus, itu saja. Saya juga tidak dengar beliau ada melaung reformasi atau seumpamanya,” katanya.
Sebagai wakil kerajaan Barisan Nasional (BN) pula, kata Muhriz, beliau akan sentiasa memihak kepada pendirian BN.
Mengenai Bersih 2.0, Mukhriz berkata, adalah lebih sesuai lapan tuntutan pihak berkenaan dibincangkan secara terbuka di Parlimen.
“Kita ada saluran untuk berbincang. Wakil pembangkang pun ramai di Parlimen, jadi lebih baik perkara itu dibawa berbincang. Itu platform terbaik untuk kita mengubah atau menambah baik amalan demokrasi di negara kita, bukan dengan cara demonstrasi jalanan yang menyusahkan banyak pihak,” katanya.
Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perda�gangan Antarabangsa dan Industri berkata, apa yang dilakukan pihak berkenaan hanya menimbulkan konflik sekali gus menjejaskan pelaburan dan ekonomi negara.

0 comments:
Post a Comment