www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Friday, 20 May 2011

PKR DIHARAMKAN? SABOTAJ ROS ATAU UMNO?

KUALA LUMPUR, 19 Mei: Selepas Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang bertubi-tubi, dan akhbar Suara Keadilan ditarik permit penerbitan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini terus diberi tekanan dengan resiko pengharaman parti itu oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Sehubungan itu, Anwar menyifatkan tindakan ini sebagai langkah terdesak untuk mendera rakyat negara ini.

"Ini kerja pimpinan Umno yang terdesak dan terus mendera rakyat," katanya ringkas dalam siri temubual dalam "Question time' anjuran Yahoo Malaysia.

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail pula berkata, notis yang dikeluarkan di bawah Seksyen 13 ini bermakna pihak Pendaftar Pertubuhan telah "berpuashati' dengan dakwaan yang dilemparkan.

"Namun dakwaan karut ini jelas mengelirukan kerana Fasal 32.2.1 langsung tidak wujud di dalam perlembagaan KEADILAN. Walaupun ianya kesilapan ejaan, Fasal 32 tidak langsung berkaitan dengan isu disiplin dan Lembaga Disiplin," kata beliau dalam kenyataannya hari ini.

Dalam notis yang dihantar, mereka memberi alasan tindakan untuk mengharamkan parti itu disebabkan PKR telah melanggar beberapa fasa perlembagaan parti itu termasuk fasal 32.2.1.

Ianya juga dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung parti itu akhir tahun lalu dan kerana kononnya memecat seorang ahli tanpa dirujuk kepada Jawatankuasa Displin parti.

Sehubungan itu PKR diberi tempoh sehingga 9 Jun ini memberi penjelasan.

Menurut Saifudin, PKR telah menerima notis bertarikh 9 Mei 2011 ditandatangani oleh Datuk Abdul Rahman Othman, di bawah Kementerian Dalam Negeri di bawah Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 yang mengancam untuk membatalkan pendaftaran KEADILAN selepas 9 Jun 2011.

Notis telah dikirim menerusi pos berdaftar dengan salinan turut dihantar kepada Presiden dan Bendahari Agung.

Notis menyatakan pendaftaran KEADILAN akan dibatalkan selepas 9 Jun 2011 melainkan parti menyatakan sebab mengapa ia tidak wajar dibatalkan.

Dakwaan sebagaimana yang dinyatakan dalam notis adalah seperti berikut:

“Telah sengaja melanggar Fasal 32.2.1 ( sic ) Undang-Undang Berdaftar Parti kerana memecat keahlian Rajagopal  (sic) a/l Andaikallam pada 1/4/2009 ( sic ) dan 27/4/2009 tanpa terlebih dahulu disoalsiasat dan dibicarakan oleh Lembaga Disiplin”

Bagi Saifudin, pihak Pendaftar Pertubuhan turut melakukan kesalahan kerana rekod parti menunjukkan bahawa nama individu yang dinyatakan sebenarnya adalah Jayagopal a/l Andaikallam (No KP 520929-02-5709) dan bukannya Rajagopal a/l Andaikallam.

Tarikh pemecatan beliau dari parti adalah pada 27 April 2009 dan diputuskan dalam Majlis Pimpinan Pusat pada tarikh tersebut.

"Kami terkejut dengan dakwaan pihak Pendaftar Pertubuhan kerana bagaimana individu ini boleh dipecat sebanyak dua kali," katanya.

Bagi beliau, dakwaan dan campurtangan Pendaftar Pertubuhan dalam masalah dalaman parti ini ternyata sangat
tidak berasas dan tidak adil.

Perkara tentang disiplin dan prosedur berkaitannya adalah sepenuhnya masalah dalaman parti, tegas beliau.



( Kenapa PKR menjadi mangsa ROS? Adakah ROS akan berbuat demikian tanpa arahan daripada UMNO? Kenapa PKR harus dikuburkan dan dikafankan menjelang PRU13 yang semakin hampir? Kesemuanya untuk memusnahkan Anwar dan semua bakal calon PKR dalam PRU13. Jika ROS berjaya mengharamkan PKR, ke mana PKR akan pergi? Akan ikut KITA pimpinan Zaid Ibrahim? Akan masuk PAS? Masuk DAP? Kesemua ini merupakan perancangan jahat Umno untuk menghancurkan PKR dan Anwar. Awas, semua ahli PKR, bersedialah menghadapi Umno dan BN walaupun PKR terpaksa dikafankan oleh ROS……..lawan tetap lawan)

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online