www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Friday, 20 May 2011

JAWATAN KETUA PEMUDA PAS. KENAPA KOMPROMI? Bertandinglah...........

KUALA LUMPUR, 20 Mei: Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan (gambar) dijangka mengekalkan jawatannya selepas tiga lagi calon lain membayangkan tidak akan bertanding jawatan tersebut.

Terbaru, calon terakhir yang ditunggu membuat keputusan, iaitu ketua penerangan dewan itu, Suhaizan Kaiat, juga mengumumkan tidak akan bertanding jawatan tersebut.

"Setelah mempertimbang pelbagai jawatan yang ditawarkan oleh ahli-ahli PAS seluruh negara maka saya membuat keputusan untuk menawarkan diri bertanding secara harmoni dan penuh ukhuwah jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat dan AJK PAS Pusat," katanya yang membuat pengumuman melalui blognya awal pagi ini.

Semalam, dua lagi calon iaitu timbalan ketua pemuda PAS sekarang ini, Azman Shapawi Abd Rani dan Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Mohd Firdaus Jaafar, telah menyatakan hasrat tidak akan bertanding jawatan tersebut.

Azman seperti laporan Harakahdaily semalam berkata, beliau tidak akan bertanding jawatan ketua pemuda sekiranya Nasruddin berhasrat mempertahankan jawatan yang disandangnya kini itu.

Firdaus pula semalam memaklumkan hanya akan bertanding merebut kerusi nombor dua dewan itu sekaligus menolak untuk bertanding ketua pemuda.

Dengan pengumuman Suhaizan yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Johor itu, bermakna sah Nasruddin mempunyai laluan selesa untuk mengekalkan jawatan yang sedang disandangnya.

Bagaimanapun keputusan rasmi calon yang akan bertanding hanya akan diketahui selepas 26 Mei ini.

Semalam, Dewan Pemuda PAS Pusat mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan isu berkaitan pemilihan yang akan diadakan awal bulan depan.

Mengulas pertemuan malam tadi itu, Nasruddin ketika dihubungi berkata, pertemuan itu tidak menjurus kepada perbincangan untuk berkompromi terhadap mana-mana jawatan yang dipertandingkan.

"Malam tadi kita membuat keputusan terbuka.

"Kita serah kepada semua perwakilan untuk menentukan siapa yang mereka mahu pilih.

"Dalam masa yang sama, semua calon juga bebas sama ada mahu bertanding atau menarik diri,"katanya.

Keputusan itu ujarnya lebih baik sebagai menghormati kepercayaan ahli akar umbi yang telah membuat pencalonan.


( Kenapalah nak kompromi sedangkan itulah suara akar umbi maka bertandinglah secara sihat....... jika setiap pencalonan nak berkompromi maka pada sesi pemilihan Dewan Pemuda Pas dua tahun lagi maka jawatan Ketua Pemuda tak perlu dibuat dalam mesyuarat pemuda kawasan atau negeri sebab dah tau dah jawapannya...mesti kompromi... Betul atau tidak hanya kepimpinan Pemuda yang boleh menjawabnya. Atas dasar apa kompromi ini dilakukan tiada akar umbi yang tahu....Akar umbi hanya patuh pada arahan atasan dan wala' ini akan sentiasa menjadi benteng dalam setiap pemilihan muktamar yang akan datang. Mungkin juga prestasi Ust.Nasaruddin yang baik maka beliau telah dikekalkan......dan juga beliau akan diletakkan bertanding dalam PRU13 di kawasan Parlimen yang selamat kerana jawatan Ketua Pemuda mestilah bergelar YB barulah gah dalam menghadapi suasana politik masakini.)



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online