BARU-BARU ini kita dikejutkan dengan berita yang agak luar biasa tentang biduanita terkenal tanahair Datuk Shahrifah Aini rupa-rupanya tidak pernah mengundi seumur hidupnya, rujuk sini [Free Malays].
Rentetan peristiwa itu terdapat desas-desus yang mengatakan Datuk Shahrifah Aini akan menyertai Parti Islam, PAS dan mengumumkannya secara rasmi pada bulan Julai ini.
Nampaknya berita itu dilihat ada kredibilitinya apabila Sinar Harian turut memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen daripada Parti Islam, PAS kawasan Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang turut menyebutnya.
Malah turut disebut juga seorang lagi penyanyi terkenal tanah air, Ning Baizura yang juga dikatakan akan menyertai Parti Islam, PAS tidak lama lagi [Sinar].
Kebelakangan ini semakin ramai golongan artis yang sudah tidak takut lagi untuk menyatakan pendirian politik mereka kepada umum jika menyokong Pakatan Rakyat.
Tidak seperti beberapa tahun dahulu, di mana golongan ini kebanyakannya hanya berani menyatakan pendirian politik mereka jika menyokong Umno dan Barisan Nasional. Satu perkembangan baik buat negara.
Sebelum ini penyanyi terkenal Aishah dan pelakon drama Waris yang sedang hangat ditayangkan di televisyen, Hairie Othman menyertai PAS.
source: http://milosuam.blogspot.com/2012/07/penyanyi-ning-baizura-dan-shahrifah.html#ixzz1zQiCvH6o
0 comments:
Post a Comment