www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Monday, 20 February 2012

SEMUA CERAMAH ANWAR DIGANGGU BUKTI UMNO SEMAKIN NAZAK


Kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan kemek dan rosak akibat terkenan balingan batu dan didakwa ditendang sekumpulan lelaki yang didakwa sebagai penyokong Umno semasa ceramahnya di kawasan Parlimen Sembrong, Johor malam semalam.

NONEMenurut Keadilan Daily Online, ceramah Anwar yang dijadualkan itu juga diganggu dengan penyokong Pakatan dilempar dengan mercun, telur, botol, Mereka juga dilontarkan dengan kata-kata kesat.

“Saya saksi di tempat kejadian,” kata seorang penyokong Pakatan, Julailey Jemadi melalui twitternya yang dipetik akhbar rasmi PKR itu.

Namun laporan itu tidak menyebut dengan jelas, jumlah mereka yang terbabit dan di mana Anwar berada semasa kejadian. Bagaimanapun ketua umum PKR itu dilaporkan tidak cedera.
Ia menyebut pimpinan PKR Johor akan membuat laporan polis dalam tempoh terdekat.

NONEParlimen Sembrong sebelum ini kenalpasti antara kubu kuat Umno dan ia diwakili oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Sejak kebelakangan ini, ceramah-ceramah pembangkang dan juga pro-Pakatan seringkali diganggu dan ia dipercayai sebahagian daripada taktik menakut-nakutkan masyarakat terutama dalam usaha menguasai sokongan orang Melayu.

Pada 21 Januari lalu, perhimpunan NGO Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Klang  terpaksa dibatalkan apabila sekumpulan belia bermotosikal menyerbu majlis itu sehingga menyebabkan seorang peserta cedera.

Pada 11 Februari lalu pula, seramai 15 aktivis pelajar terpaksa diiringi polis bagi meninggalkan Kampung Idaman, juga di Klang apabila sekali lagi kumpulan remaja bermotosikal menggangu majlis mereka yang mahu menuntut kebebasan akademik.

NONESelain dewan tempat ceramah diselerakkan dan kerusi dipecahkan, kumpulan samseng itu juga  membaling batu dan merosakkan sebuah kereta.
Ceramah Anwar di Felda Tun Ghafar di Alor Gajah, Melaka, pada petang 13 Februari lalu pula dicemari oleh kekecohan di antara penyokong PKR dan BN.
Pada kejadian itu, penyokong BN dikatakan tiba-tiba muncul dengan kira-kira 20 hingga 30 motosikal serta puluhan lagi kereta bagi mengganggu ceramah tersebut.
NONEMalah, sejurus sebelum ceramah bermula, sekumpulan penyokong Umno didakwa tellah menampar seorang lelaki ahli PKR yang cuba meletakkan bendera parti sebagai persiapan ceramah. 

Jumaat lalu, Anwar terpaksa membonceng motosikal berikutan banyak sekatan polis bagi menghalang rakyat mengikuti ceramahnya di Parlimen Pekan yang diwakili Najib.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online