Tuesday, 21 February 2012
MEMALUKAN...BUKTI UMNO TAKUT BERDEBAT DENGAN ANWAR.
,
Author: tukartayarbaru
|
Filed Under:
ANWAR
|
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dilaporkan berkata BN sedia berdebat, menjelaskan bahawa kenyataannya itu t idak bermaksud merealisasikan debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya bukan maksudkan sokong atau mahu realisasikan debat antara Perdana Menteri dan Anwar. Saya juga tidak rela PM buang masa berdebat kosong dengan Anwar. Banyak lagi urusan penting yang perlu beliau selesaikan.
“Saya sebut sebelum ini kita bersedia berdebat, tetapi bergantung kepada topik yang mahu diperdebatkan. Kita juga ada Timbalan Perdana Menteri, Naib Presiden Umno, Majlis Tertinggi Umno, Ketua Pemuda dan Ketua Wanita. Mereka juga boleh berdebat dengan pembangkang,” kata Tengku Adnan yang dipetik akhbarSinar Harian hari ini.
Ahad lalu, The Star melaporkan Tengku Adnan, sambil menyifatkan perdebatan sebagai sesuatu yang ‘sihat’ berkata parti pemerintah itu sentiasa bersedia untuk mengambil bahagian dalam perbahasan seperti mana yang dilakukan antara presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng pada Sabtu lalu.
Sehubungan itu, setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution pada sidang akhbarnya semalam, meminta Tengku Adnan berperanan sebagai orang tengah bagi mengaturkan perdebatan antara Najib dan Anwar.
Dalam satu lagi perkembangan, SUPP yang berpangkalan di Sarawak dilaporkan menerima cabaran debat dari DAP.
Menurut akhbar Sarawak, United Daily, presiden baru SUPP Datuk Seri Peter Chin, bersetuju menerima cabaran dari ADUN Piasau Ling Sie Kiong, tetapi beliau masih belum menerima jemputan rasmi dari wakil DAP itu.
Chin berkata bahawa Ling perlu menulis surat rasmi menyatakan topik perbahasan, penganjur dan menetapkan syart-syarat serta butiran berkaitan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Analisis Isu kemewahan hidup isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hangat kembali dan terkini isu perbelanjaa...
-
Isu video panas Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda Umno kini menjadi bualan ramai. Banyak pihak yang ingin menontonnya untuk melihat k...
-
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak perdana menteri ekoran kenyataanya bahawa "mencari kebenaran" adalah pali...
-
SENARAI MENTERI BN YANG MELANCONG KE SARAWAK MINGGU INI. SILA TANDAKAN (X) JIKA ANDA MENEMUI MEREKA DI SARAWAK PADA 15 DAN 16 APRIL 20...
-
Sah, Tan Sri Abdul Taib Mahmud melarikan diri sebentar tadi. Perkara ini amat memeranjatkan PM Najib yang pastinya tidak dapat menghalang p...
-
GENTING HIGHLANDS 21 Ogos - Jumlah korban dalam nahas bas terjunam ke gaung ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur ...
-
Kelantan dijangka menerima Raja Perempuan setelah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, memberi gambaran bahawa baginda bakal berkahwin. Titah...
0 comments:
Post a Comment