www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Sunday, 28 April 2013

TUN M PIJAK KEPALA UMNO. INI EPISOD PERTAMA?


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sedia menjadi 'peguam' kepada Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa sekiranya dibicarakan oleh Lembaga Disiplin Umno berhubung tindakan tidak menyerahkan kertas pencalonan di Parlimen Pasir Mas pada hari penamaan calon 20 April lalu.
Dr Mahathir berkata, kalau ada pertandingan tiga penjuru di Parlimen itu, Che Johan yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan calon Bebas, Datuk Ibrahim akan kalah sementara PAS yang memperoleh kemenangan.
Katanya, beliau kagum dengan sikap Che Johan itu kerana dalam apa jua perkara, pengorbanan adalah penting dan sekiranya tidak sanggup berkorban maka akan berhadapan dengan kegagalan.
"Dalam politik perlu ada pengorbanan untuk berjaya. Tetapi dia (Che Johan) nak dikenakan tindakan Lembaga Disiplin (Umno) pula. Tak adil, saya akan jadi peguamnya.
"Kalau lembaga disiplin akan membicarakannya, saya akan jadi 'peguam'nya untuk pertahankan Che Johan," katanya.
Dr Mahathir berkata, demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra di perkarangan rumah Che Johan di sini, Ahad.
Turut hadir ialah isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Che Johan, calon Bebas-Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, calon BN-DUN Tendong, Datuk Hanapi Mamat dan Pengarah Pilihan Raya BN Kelantan, Datuk Hassan Harun.
Dr Mahathir berkata, orang-orang seperti Che Johan seharusnya ada untuk berkorban demi kemenangan parti.
"Yang utama ialah parti yang bertanding. Parti kita ialah Barisan Nasional. Untuk jayakan parti ini maka pengorbanan perlu dibuat oleh orang-orang tertentu," katanya.
Menurut Dr Mahathir, beliau yakin ramai yang kecewa kerana tidak terpilih sebagai calon yang kemudiannya lupa jasa parti dan membuat tindakan yang tidak bertanggungjawab.
"Inikan pula mereka yang dipilih tetapi berkorban untuk jadi calon. Dia (Che Johan) boleh teruskan jadi calon tapi dia buat perhitungan.
"(Dia) kaji kesan daripada tindakannya adalah menguntungkan atau merugikan. Apa guna berjuang untuk Umno, Barisan Nasional tetapi untuk mencari kekalahan," katanya yang menyifatkan keputusan Che Johan adalah bijak demi kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online