"Bagi perdana menteri lagi ramai lebih meriah," kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika diminta mengulas hasrat mereka yang mengumumkan untuk berdepan dengan Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak di kerusi Parlimen Pekan dalam piliha raya umum akan datang.
"Apapun ini proses pilihan raya umum. Tak penting buat komen. Perkara disebutkan (oleh) orang politik kadang-kadang jadi, kadang-kadang tak jadi," katanya dalam sidang media pagi ini.
Muhyiddin merujuk kepada hasrat Presiden Parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan mahu menentang Najib di parlimen Pekan yang diwakili perdana menteri sekarang.
Pengumuman itu menyusul selepas sokongan Mursyidul Am PAS kepada Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilaporkan sedia bertanding di mana-mana kerusi termasuk Pekan.
Bagaimanapun, Zaid berkata beliau akan berbuat demikian sekiranya Abdul Hadi membatalkan hasratnya itu.
0 comments:
Post a Comment