PETALING JAYA: Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Datuk Zaid Ibrahim pada Rabu, mengumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di Parlimen Kota Baharu, Kelantan.
Katanya, beliau akan bertanding di atas tiket parti Kita, bukan untuk parti PAS atau DAP seperti yang didakwa banyak pihak sebelum ini.
"Saya nak umumkan bahawa saya akan bertanding di Kota Baharu. Saya sudah buat keputusan.
"Saya tak akan bertanding untuk parti-parti lain. Banyak dasar-dasar yang bertentangan dengan Kita," katanya dalam satu sidang media khas yang diadakan di kediamannya, dekat sini, Rabu.
0 comments:
Post a Comment