www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday 26 April 2011

UTUSAN BETUL, AKHBAR CINA YANG SALAH? BN DIAMBANG PERPECAHAN

HARI ini nampaknya bukan sahaja pemimpin DAP dan parti pembangkang lain cuba menempelak akhbar Utusan Malaysia kerana tulisan Awang Selamat dan kolum Cuit, Zaini Hassan, tetapi ia turut disertai oleh parti MCA dan akhbar berbahasa Cina. Kononnya pendapat tersebut bersifat anti nasional.

Tulisan Awang Selamat dalam ruangan pojoknya di Mingguan Malaysia menyentuh mengenai sikap pengundi Cina. Zaini Hassan dalam Cuitnya pula menyarankan UMNO harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa - 1Melayu, 1Bumi." (Utusan Malaysia 20 April 2011).

Tidak ada salahnya pengarang Utusan Melayu ini memberi pendapatnya tentang semangat nasional bangsanya kerana semangat 1Melayu 1Bumiputera adalah bahagian teras bangsa Malaysia itu sendiri.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika ditanya apakah tindakan yang akan diambil ke atas Mingguan Malaysia menjawab, "Itu hanya idea, kita lihat akhbar The Star, mereka juga bercakap mengenai pelbagai sentimen dalam politik negara, kita lihat juga akhbar berbahasa Cina, saya pantau laporan mereka mengenai sentimen politik negara adalah begitu teruk sekali."

Jadi usah hendak memburuk-burukkan Utusan Malaysia sahaja. Kalau kita selalu membaca ruangan Isu-isu akhbar Cina di dalam Utusan Malaysia dapat dirasai betapa rasisnya sesetengah tulisan mereka. Akhbar-akhbar Cina paling kerap meniup sentimen perkauman.

Mungkin masalah ini berlaku kerana ramai wartawan akhbar-akhbar Cina ini tidak menguasai bahasa Melayu dan tidak fasih berbahasa Inggeris. Malah tidak kurang yang tidak mahir dengan pengetahuan am mengenai undang-undang, perlembagaan dan pentadbiran negara. Mereka menimbulkan sentimen kebencian kepada pihak berkuasa kerana mereka sendiri tidak memahaminya.

Akhbar-akhbar Cina ini hanya menyokong apa sahaja agenda yang menguntungkan kaum mereka. Jadi laporan mereka berat sebelah dan berunsur menghasut kebencian kepada pihak berkuasa, kerajaan, UMNO dan Utusan Malaysia.

Kita dapat lihat betapa tidak sensitifnya akhbar Cina terhadap kestabilan negara dan keharmonian antara kaum.

Contoh terbaru ialah laporan yang disiarkan dalam akhbar Sin Chew Daily News pada 22 April 2011 (Jumaat) dalam ruangan Oponion Corner muka surat 36 yang memperkatakan tentang Utusan Malaysia - 1Melayu - BN?

Mentang-mentang kebanyakan orang Melayu tidak tahu membaca tulisan Cina maka akhbar itu dan akhbar lain juga senang-senang menghentam, menghina, memburuk-burukkan maruah dan kedudukan orang Melayu.

Saya cukup sakit hati apabila anak saya yang boleh baca Mandarin membacakan tajuk akhbar Sin Chew - "Pengetahuan Politik Sifar" tulisan Tay Ting Hien, iaitu Timbalan Editor akhbar itu yang ditujukan kepada Utusan Malaysia.

Saya tak ingin lepaskan apa yang terpendam di dalam hati ini, biar pembaca yang mengamati setiap patah perkataan yang telah diterjemahkan ini.

Ting Hien bermula dengan menulis "dalam kepala otak Awang Selamat dan Zaini, terlalu ringkas tidak tahu di tahap mana? Berkisar pada persoalan-persoalan yang nilainya berharga 2 sen."

Barisan Nasional (BN) kehilangan kerusi di kawasan Bandar di Sarawak, penulis Utusan Melayu Awang Selamat yang mempunyai kedudukan dalam Utusan Malaysia menulis: "orang-orang Cina tak sokong BN, pihak kerajaan tak perlu ambil perhatian terhadap keperluan orang-orang Cina, ini adalah kenyataan dari "peti undi."

"Seterusnya yang paling pandai mainkan isu ialah Zaini Hassan, dalam skrip editorial beliau, galakkan kempen 1Melayu 1Bumi, bagi memperkukuhkan kuasa kepimpinan orang Melayu."

Di dalam dunia ini di mana lagi yang boleh cari sesuatu alasan pendirian seperti itu? Aduh! Sudah tentu itu ialah Utusan Malaysia.

Begitu juga dengan akhbar Nanyang Siang Pau (20 April 2011, Rabu) dalam ruangan Opinion Yuanlun ms A16 bertajuk Kenapa Awak Masih Tak Faham-Faham Perasaan dan Jiwa Saya? tulisan Tiong Kim Fatt.

Penulis bebas itu mempersoalkan BN sudah memerintah lebih setengah abad, kenapa masih begitu bodoh mentadbir negara ini?

"Kenapa hanya nampak perkara-perkara untung kecil di depan mata sahaja, kenapa tidak menjana polisi jangka panjang? Selepas mendapat keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak, pada dasarnya pihak pemerintah masih belum lagi sedar apa yang perlu mereka lakukan," tulis Kim Fatt.

Terkini, gesaan oleh Timbalan Ketua Publisiti MCA, Loh Seng Kok untuk memboikot akhbar Utusan Malaysia dianggap melampau. Salahkah tindakan Utusan untuk membangkitkan semangat perpaduan di kalangan orang Melayu.

Saya sokong kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa merasmikan mesyuarat agung Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM) yang meminta pemimpin MCA terlebih dahulu memastikan akhbar berbahasa Cina tidak memainkan isu yang menyentuh perkauman seperti mana pendekatan politik yang dilakukan oleh DAP.

Seperti biasa, sekiranya akhbar Utusan Malaysia cuba membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan hala tuju dan nasib bangsanya, pasti akhbar ini dicop sebagai rasis. Sedangkan akhbar Cina juga membuat pelbagai tuntutan yang kadangkala menyentuh isu perkauman.

Kalau itu dianggap memperjuangkan hak dan kepentingan kaum Cina, begitu juga dengan pendekatan Utusan. Kenapa Utusan dituduh rasis dan akhbar Cina bukan rasis?

Sebagai orang media, akhbar Cina harus menanamkan semangat perpaduan kaum dan bukan asyik melabelkan Utusan rasis dan kaum Cina sahaja yang betul.

Kerajaan sedia maklum masalah kebebasan akhbar-akhbar Cina di negara ini. Kita sudah lama bersabar. Soalnya sampai bila Kementerian Dalam Negeri terus ingin berlembut?

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online