www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Wednesday 20 April 2011

POLIS BERPANGKAT ASP. MENIPU. Orang Awam Diminta Berhati-Hati

Satu sindiket menyamar polis kononnya dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dikesan memperdaya mangsa melalui panggilan telefon.
 
Difahamkan, dalam kejadian terbaru 11 April lalu, seorang pegawai pemasaran berputih mata selepas kerugian RM10,000 akibat tertipu dengan sindiket terbabit yang dipercayai menyamar sebagai pegawai JSJK Bukit Aman berpangkat asisten superintendan (ASP).

 
Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai ASP Foo dari nombor telefon 03-2266xxxx yang mendakwa pihaknya menemui maklumat akaun bank milik mangsa dikesan mempunyai kaitan dengan kegiatan wang haram.

Menurutnya, taktik lelaki berkenaan yang menyatakan kesalahan mangsa terbabit dalam kegiatan wang haram adalah serius dan wang dalam akaunnya kemungkinan akan dibekukan sekiranya tidak memberi kerjasama menyebabkan mangsa bingung.

“Pada mulanya, mangsa tidak mengendahkan panggilan itu sebelum menerima satu lagi panggilan daripada seorang lelaki yang menggelarkan diri sebagai Tuan Leong yang turut memaklumkan perkara yang sama selang beberapa jam kemudian,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online