www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Wednesday 9 March 2011

SHAH RUKH KHAN DAN ALI RUSTAM LAGI...

MOHD Ali bersalaman dengan Shah Rukh di Bandar Baru Sungai Udang, Melaka, kelmarin.Semalam, si artis terkenal yang bernama Shah Rukh Khan ini telah bertandang ke Melaka rupa-rupanya. Duduk bersantai dengan si Ali Rustam di Bandar Baru Sg.Udang. Itulah penangan Ali Rustam yang juga peminat nombor satu Shah Rukh Khan. Dan yang peliknya beliau sentiasa di sambut oleh Ketua Menetri Melaka. Siapakah Shah Rukh Khan ini sampai disambut mesra oleh ketua sebuah kerajaan negeri? Naik tarafkah Shah Rukh Khan umpama seorang Menteri dari India? Begitulah senario setiap kali kedatangan makhluk Tuhan ini ke negeri Melaka. Beliau akan disambut mesra oleh si Ali Rustam dengan layanan yang terbaik. Umpama sahabat karib yang selalu mempunyai perasaan dan naluri yang sama.

Khabarnya dia akan menjalankan sebahagian penggambaran sebuah filem di Melaka. Filem DON 2 arahan Farhan Akhtar dengan kos bernilai hampir RM50 juta itu bakal disiarkan serentak di 32 negara pada 23 Disember ini.


Penggambaran di Malaysia hanya memakan masa sebulan sahaja dan di Melaka hanya mengambil masa lima hari sahaja untuk set penggambaran di Sungai Udang. Pelakon tempatan yang membintangi filem ini termasuklah Ady Putra.

Turut berlakon dalam filem tersebut adalah dua pelakon wanita yang paling top dalam arena perfileman bollywood iaitu Priyanka Chopra dan Larra Dutta. Larra Dutta bergandingan dengan datuk manakala Priyanka bergandingan dengan Shah Rukh Khan

Sesiapa yang nak tumpang dengan semangkuk dengan Ali Rustam, daftarlah nama anda segera untuk menjadi pelakon pembantu. Kesian rakyat Melaka dengan karenah KM yang tak habis-habis meminati si artis boolywood ini. Bersiapsedialah untuk menyimpan rambut panjang seperti pelakon pujaan KM anda.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online