Hal beruk jalanan ini bermula di Parlimen apabila KJ sendiri menggunakan kekebalan Parlimen dengan menggelar para demonstrator rakyat sebagai beruk jalanan. Kali ini istilah beruk jalanan bergema kembali di Parlimen apabila dibangkitkan oleh YB Dr.Hatta Ramli semasa dalam perbahasan isu DSA dan DNA dalam Parlimen baru-baru ini.
Dr.Hatta sebelum itu membawa kisah Nabi Allah, Yusuf a.s. yang dituduh cuba mencabul Siti Zulaikha dengan membawa bukti bahagian belakang baju Yusuf terkoyak. Kisah itu cuba dianalogikan untuk menjelaskan persamaan dalam tuduhan liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu.
"Kalau isunya main belakang, kenapa belah depan ada air mani, itu yang pelik," katanya.
Menurutnya, sesuatu bukti yang dibawa harus diteliti agar tidak tersalah membuat keputusan kepada tertuduh.Beliau juga menyelar tindakan pihak yang mengadakan demonstrasi menuntut Anwar menyerahkan DNA kepada mahkamah.
"Riuh satu negara demonstrasi sana-sini... Itu menghina mahkamah.. Dulu waktu kita demonstrasi isu rakyat, pemimpin Umno dari Rembau (Khairy Jamaluddin) kata beruk-beruk di jalanan.
"Sekarang siapa beruk dan monyet ni...oh DNA, DNA," katanya.
Sekarang rakyat berhak menjemput KJ untuk berucapa di mana-mana pentas rakyat bagi menggelar pemuda Umno atau NGO Umno atau Wanita Umno yang terlibat denganmana-mana demontrasi mendesak DSA menyerahkan DNA sebagai "beruk jalanan".
0 comments:
Post a Comment