www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Thursday 5 July 2012

LAGI SELEBRITI MASUK PAS 14 JULAI INI? ADAKAH BELIAU.........?


PAS Wilayah Persekutuan akan meneruskan momentum kejayaan Himpunan Hijau di negeri-negeri dengan penganjuran Xpresi Hijau dan Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat PAS Wilayah Perskeutuan. 


Kali ini PAS Wilayah Perseketuan memilih lokasi ditengah-tengah badaraya Kuala Lumpur sebagai pusat penganjurannya.

Himpunan ini akan diadakan pada Sabtu, 14 Julai 2012, dan bertempat di dua lokasi berasingan. 

Pada sebelah siangnya, Xpresi Hijau akan menggamit warga kota dengan Konvoi Motosikal anak-anak muda Kuala Lumpur mengelilingi bandaraya. 

Program akan bermula seawal jam 9 pagi dan akan bergerak mengikut kawasan-kawasan menjelajah Kuala Lumpur. 

Dijangkakan 1000 buah motosikal serta 200 buah kereta akan memenuhi segenap pelusuk Kuala Lumpur dengan pakaian serba hijau serta bendera PAS di kenderaan masing-masing. 

Antara tetamu utama yag bakal hadir pada program Xpresi Hijau ini adalah Yasir Said, bekas juara Cub Prix Asia bersama dengan pimpinan Alternative Riding Club (ARC) serta pimpinan-pimpinan PAS WP. Prof Dr Nik Zain akan turut hadir menyampaikan ucapan kelak.

Di sebelah malamnya pula, PAS WP akan menganjurkan kemuncak Himpunan Hijau Menuju Putrajaya. 

Lokasi Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru yang mempunyai nostalgianya tersendiri akan menjadi tuan rumah kepada puluhan ribu warga kota yang menyertai Himpunan ini. 

Dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, disusuli pula Munajat Warga Kota Hadapi PRU ke 13 yang akan dipimpin oleh Dr Khairuddin Aman Razali At Takiri, Setiausaha Dewan Ulama’ PAS Pusat.

Selepas solat Isyak pada jam 9.00 malam, kemuncak program bermula dengan pidato daripada pimpinan-pimpinan PAS Pusat. 

Antara pimpinan PAS Pusat yang akan hadir adalah Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man – Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Hj Ahmad – Ajk PAS Pusat, Mazlan Aliman – AJK PAS Pusat merangkap Presiden ANAK, Ustaz Nasrudin Hassan- Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Timbalannya Ustaz Nik Mohd Abduh, Setiasuaha Sdr Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Balasubramaniam - Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Selain mereka, PAS WP juga menjemput Datuk Adnan Ibrahim, bekas Pengarah Pelajaran Perak- Datuk Ramli Buyung, Naib Presiden Kanan Felcra Bhd, Abdullah Ali- lagenda bolasepak negara, Kamal Bachaa- bekas Ahli MKT PPP, serta Cikgu Nazri Nordin – bekas AJK UMNO Bahagian Gopeng. 

Artis terkenal seperti Hairi Othman dan Zulkifli Ismail akan turut memeraihkan majlis ini nanti.

PAS WP juga meneruskan fenomena penghijrahan artis dan tokoh politik dan pegawai kerajaan ke dalam PAS. 

Dijangkakan ada beberapa tokoh penting serta selebriti terkenal akan diisytihar menyertai PAS dalam majlis tersebut. 

Seluruh ahli PAS, penyokong serta rakyat dijemput untuk menghadiri himpunan Hijau ini dengan memakai baju berwarna hijau bagi memeriahkannya.







Read rest of entry

Wednesday 4 July 2012

SAKSIKANLAH... MCA PIJAK UMNO YANG SUDAH HILANG AKAL.




KOTA BHARU: Pemuda Umno bolehlah dianggap sebagai dayus jika terus berdiam diri ekoran ejekan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek (gambar) kepada seorang Adunnya di Johor.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Fadli Shaari berpandangan, Umnokhususnya pergerakan pemudanya tidak wajar berdiam diri sahaja apabila tuduhan sebegini dilontarkan kepada ADUN Umno hanya kerana mencadangkan hukum hudud di Johor. 

"Di manakah maruah pemimpin Umno yang sanggup melihat sebegini hina label yang diberikan kepada pemimpin mereka?" kata Ahmad Fadli dalam kenyataannya hari ini.

Menurut beliau, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menggesa Umno khususnya kepimpinan pemudanya agar tidak menjadi dayus dengan berdiam diri terhadap label yang dilontarkan oleh Presiden MCA itu.

Ini ekoran kenyataan Chua Soi Lek kepada salah seorang ADUN Umno Johor sebagai out of his mind  atau hilang akal. 

Ia berikutan cadangan ADUN tersebut, Datuk Ayub Rahmat yang disuarakan di dalam Dewan Undangan Negeri Johor minggu lalu agar Johor menjadi negeri yang pertama melaksanakan hudud mendahului Kelantan.

Perkataan hilang akal, katanya, juga boleh diertikan sebagai gila dan kurang siuman itu merupakan satu perkataan yang sangat serius dan ia dilontarkan oleh presiden sebuah parti secara terbuka dan disiarkan di dalam akhbar The Star melalui laman webnya pada 3 Julai 2012. 

Bahkan di dalam masa yang sama Chua Soi Lek menyebut dengan tegas bahawa 'MCA will definitely object' (MCA dengan pastinya akan membantah).

Fadli (gambar) bertanya, di mana pula NGO-NGO pro Umno yang selama ini mendakwa kuat menyokong perjuangan memartabatkan Melayu, Islam dan Raja?

"Kenapa tidak diadakan perarakan dan tunjuk perasaan besar-besaran membantah kenyataan Chua Soi Lek ini?" soal beliau.

Bagi pihak PAS, katanya, kenyataan-kenyataan telah dikeluarkan oleh pemipin utama PAS menyokong cadangan ADUN Umno Johor ini. 

"Namun di pihak Umno, kelihatan pemimpin-pemimpin utama diam menikus 'dijerkah' oleh Presiden MCA," sindir Fadli yang juga Setiausaha Akhbar MB Kelantan.

Beliau seterusnya bertanya, di mana keris tajam Umno yang sering dijulang ke udara dengan penuh semangat perwira mempertahankan maruah Melayu itu? 

"Sudah tumpul berkarat atau hilang kudrat untuk dijulang lagi?" terjah beliau.

Jika Umno khususnya pergerakan pemudanya terus berdiam diri dalam isu ini, DPPNK berpandangan amat sesuai Umno dan seluruh kepimpinannya disifatkan sebagai dayus dan tidak bermaruah.







Read rest of entry

Monday 2 July 2012

TERKINI..... SHARIFAH AINI SERTAI PAS JULAI INI?


BARU-BARU ini kita dikejutkan dengan berita yang agak luar biasa tentang biduanita terkenal tanahair Datuk Shahrifah Aini rupa-rupanya tidak pernah mengundi seumur hidupnya, rujuk sini [Free Malays].


Rentetan peristiwa itu terdapat desas-desus yang mengatakan Datuk Shahrifah Aini akan menyertai Parti Islam, PAS dan mengumumkannya secara rasmi pada bulan Julai ini.



Nampaknya berita itu dilihat ada kredibilitinya apabila Sinar Harian turut memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen daripada Parti Islam, PAS kawasan Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang turut menyebutnya.



Malah turut disebut juga seorang lagi penyanyi terkenal tanah air, Ning Baizura yang juga dikatakan akan menyertai Parti Islam, PAS tidak lama lagi [Sinar].






Kebelakangan ini semakin ramai golongan artis yang sudah tidak takut lagi untuk menyatakan pendirian politik mereka kepada umum jika menyokong Pakatan Rakyat.



Tidak seperti beberapa tahun dahulu, di mana golongan ini kebanyakannya hanya berani menyatakan pendirian politik mereka jika menyokong Umno dan Barisan Nasional. Satu perkembangan baik buat negara.



Sebelum ini penyanyi terkenal Aishah dan pelakon drama Waris yang sedang hangat ditayangkan di televisyen, Hairie Othman menyertai PAS.


source: http://milosuam.blogspot.com/2012/07/penyanyi-ning-baizura-dan-shahrifah.html#ixzz1zQiCvH6o
Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online