www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Friday 16 March 2012

BEKAS MENTERI UMNO SAHKAN BN BERI RASUAH MASA PILIHANRAYA. SPR DIAM JE KE?

Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang mendakwa BN menggunakan wang untuk meraih sokongan pengundi dalam pilihan raya.


NONE
Abdul Kadir berkata beliau juga tidak pernah menafikan kenyataan tersebut dalam pertemuan dengan sekumpulan pemimpin Umno bahagian Kulim-Bandar Baru pada 19 Februari lalu.



Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan seorang pemimpin Umno bahagian tersebut, Mat Saad Osman yang mendakwa Abdul Kadir menafikan kenyataan tersebut dalam pertemuan tersebut.


Mat Saad juga menuntut Abdul Kadir supaya menyaman portal berita berkenaan kerana menyiarkan berita tersebut.

Abdul Kadir bagaimanapun berkata, beliau tidak pernah menafikan kenyataannya itu dalam pertemuan berkenaan.

"Apa saya kata, saya tak nafi langsung. Setiap apa yang saya kata, mana boleh nafi.


"Tak perlu saman, tak perlu tarik balik... Sekarang semua orang cari (Mat Saad), marah dekat dia," kata Abdul Kadir lagi dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Portal The Malaysian Insider pada 17 Januari lalu memetik Abdul Kadir sebagai berkata perbuatan "membeli undi" itu dikenali sebagai taktik "bom."

Dalam laporan itu juga, Abdul Kadir dipetik sebagai berkata bahawa beliau sendiri telah mengalami pengalaman itu dan telah memberikan "RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi."


Bernama pada 10 Mac pula melaporkan, Abdul Kadir didakwa telah mengeluarkan kenyataan bahawa jumlah berkenaan dibayar kepada pengundi di kawasan Kulim-Bandar Baharu supaya mengundi BN pada pilihan raya lalu.


Abdul Kadir dalam sidang medianya hari ini bagaimanapun menjelaskan bahawa perkara itu dilakukan di sebuah negeri yang enggan dinyatakannya.


Mengimbau kembali peristiwa berkenaan yang didakwa berlaku pada 40 tahun lalu, Abdul Kadir yang menjadi exco Pemuda Umno ketika itu berkata beliau membantah amalan tersebut.

Tindakannya itu juga disokong secara "senyap-senyap" oleh mantan perdana menteri Tun Abdul Razak serta Tun Dr Ismail, kata Abdul Kadir lagi.

"Sebab dari awal kita tahu tidak elok... Jadi kita tak perlu panjang cerita ini, tak payah buat apa yang dilakukan sebelum ini," katanya.


Kadir berkata, beliau turut berasa sensitif apabila rakyat di kawasannya dikaitkan dengan "sebarang perkara yang tidak baik".



Kadir menyifatkan ahli-ahli Umno termasuk rakyat tanpa mengira kaum ataupun fahaman politik di kawasannya "ibarat manusia intan permata dan tersangat mulia".



"Kami di Kulim Bandar-Baharu tidak pernah dan tidak perlu membayar wang untuk membeli undi sama ada semasa pemilihan parti ataupun semasa pilihan raya umum.



"Ini saya tegaskan bersungguh-sungguh," katanya," katanya sambil menegaskan sepanjang penglibatan beliau dalam tempoh 30 tahun di bahagian itu, tidak pernah menggunakan duit untuk tujuan berkenaan.



"Bukan susah nak jadi popular, kita berkhidmat sepanjang masa, ikhlas dan tak perlu beri (rasuah) duit," katanya.



Read rest of entry

Wednesday 14 March 2012

"WASSATIYAH" SLOGAN SI PENIPU. BELANJA TUNANG ANAK PM RM 409,767.00. BELUM KAHWIN TU?

Pertubuhan Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) hari ini memberi ingatan berhubung sentimen rakyat pada waktu ini yang dilihat semakin resah dan marah dengan gaya hidup mewah yang ditunjukkan keluarga perdana menteri.

Presiden TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata perkara itu dilihat apabila rakyat pada waktu ini masih bergelut untuk menampung kos sara hidup namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula berbelanja "super mewah" untuk majlis pertunangan anak dengan kos mencecah RM409,767. 

"Inikah teladan seorang pemimpin yang beria-ia mewujudkan sebuah institusi bernama Institut Wasatiyyah untuk menyampaikan kempen kesederhanaan kepada seluruh dunia dalam semua aspek kehidupan," soal Mohd Azmi dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, TERAS amat terkejut dengan pendedahan mengenai perbelanjaan berkenaan, seperti yang disahkan oleh Hotel Shangri-La Kuala Lumpur – penyedia katering untuk jamuan bankuet yang berlangsung pada 17 Jun tahun lalu.

"Bukan sahaja ini akan menimbulkan persoalan di kalangan rakyat, malah Islam sama sekali melarang berbelanja secara membazir dalam majlis peribadi mereka," katanya lagi.

Tambahnya, perdana menteri tidak boleh sekadar memberi alasan untuk menonjolkan kemewahan keluarganya dengan mengatakan bahawa "ini wang peribadinya."

"TERAS ingin mengingatkan, inilah punca kebangkitan rakyat di Asia Barat yang telah menjatuhkan pemimpin mereka akibat tidak lagi dapat menerima gaya hidup keluarga pemimpin yang serba mewah sedangkan rakyat berkais-kais pagi, petang dan malam untuk hidup.

"Mungkin di peringkat awal tidak ada siapapun yang berani bangkit mempersoalkan kemewahan hidup pemimpin, tetapi bila kesabaran rakyat sudah sampai ke kemuncak, ledakan amarah rakyat telah menyaksikan satu demi satu pemimpin (negara berkenaan) tumbang," katanya.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah menafikan dakwaan bahawa bil majlis pertunangan itu dibayar oleh pihak kerajaan.


Bil berkenaan sebaliknya telah dibayar oleh Najib dan keluarga perdana menteri itu, menurut PMO dalam satu kenyataan.


Read rest of entry

Tuesday 13 March 2012

PEKONG PEMIMPIN UMNO AKAN DIBONGKAR OLEH SHAHRIZAT? RETAK MENANTI BELAH.............


KUALA LUMPUR, 13 Mac: PAS menggesa Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mahu berundur dari jawatan menteri April ini, tampil membuat pendedahan siapa lagi yang bermasalah dalam parti itu.


Naib presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, sekarang ini adalah masa dan peluang terbaik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berbuat demikian.


"Kita minta Shahrizat tampil ke hadapan, dedahkan siapa lagi pemimpin Umno yang dia pernah kata 'bukan dia seorang sahaja bermasalah' sebelum ini.


"Inilah masa terbaik untuk dia dedahkan siapa mereka yang lain demi menyelamatkan negara," katanya kepada Harakahdaily. 


Shahrizat yang turut terpalit dengan skandal RM250 juta Perbadananan Feedlot Kebangsaan (NFC) sebelum ini pernah berkata “beritahu saya, pemimpin Umno yang mana tiada masalah” ketika beliau diasak dengan desakan meletakkan jawatan.


Bagaimanapun kelmarin, Shahrizat mengumumkan mahu berundur sebagai menteri Menteri Pembangunan Wanita, keluarga dan masyarakat, itupun selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan April ini.
Ekoran itu, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena menyeru Shahrizat yang didakwa dijadikan 'mangsa' oleh Umno dalam skandal NFC, agar tampil mendedahkan siapa lagi pemimpin Umno yang turut bermasalah.


Adalah tidak adil jika segala masalah dalam Umno itu hanya dibebankan seluruhnya kepada Shahrizat sedangkan ramai lagi yang sepatutnya menanggung akibatnya, kata Mahfuz.


Read rest of entry

Monday 12 March 2012

ORANG UMNO KATA SHAHRIZAT "MAKCIK BOLLYWOOD". KENAPA TAK LEPAS JAWATAN PARTI?




Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melabelkan peletakkan jawatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat sebagai keputusan  'separuh hati' bagi mengurangkan keributan umum sekarang tetapi pada masa yang sama merancang untuk kembali semula.

asian democracy and economic development forum penang 090212 lim guan eng
"Ia jelas, ini akan menjadi persepsi kepada masyarakat," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP apabila ditanya mengenai pengumuman Shahrizat untuk berundur daripada kabinet selepas jawatan senator yang disandangnya tamat bulan depan.

"Beliau berbuat demikian kerana beliau merasakan boleh kembali semula... tetapi kita kata beliau melakukannya dengan 'separuh hati'. Jika beliau mahu meletakkan jawatan, (jadi) letak semua jawatan.

"Sudah tentu, beliau tidak mahu mendengar desakan pembangkang, tetapi saya berpendapat beliau perlu mendengar nasihat rakannya, Ketua Umno bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee yang menggunakan perkataan yang lebih keras berbanding saya," kata Lim.

Beliau yang juga ahli parlimen Bagan berkata sekiranya niat Shahrizat untuk melepaskan jawatannya adalah asli, beliau tidak perlu menunggu sehingga 8 April ini untuk berbuat demikian.

NONE
Semalam, Syed Ali mendakwa tindakan Shahrizat itu hanya sebagai satu 'drama'.

Katanya, sebagai seorang menteri, Shahrizat sepatutnya menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap parti dan negara dan bukan bermain tarik tali.

"Kalau berhenti, berhenti sahajalah. Tapi kenapa macam nak main tarik tali. Kenapa perlu kumpulkan wartawan hari ini sedangkan esok ramai wartawan akan buat liputan di Parlimen.
 
"Ini semua Bollywood punya cerita. Saya boleh katakan dia ini sebagai makcik Bollywood," katanya pemimpin Umno itu.
Read rest of entry

RAFIZAH AZIZ DILANTIK MENTERI SETELAH SHAHRIZAT DIPECAT APTIL NANTI?



PKR menganggap pengumuman Datuk Seri Shahrizat Jalil bahaw beliau akan berundur sebagai menteri hanya cubaan memperdayakan rakyat supaya memikirkan BN bertindak dalam skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Naib presidennya N Surendran berkata, Shahrizat tidak boleh mengaku berundur kerana tugasnya sebagai menteri turut tamat pada 8 April seiring dengan penamatan pelantikannya sebagai senator.

NONE“Bagaimana Shahrizat boleh mendakwa berundur pada 8 April? Beliau sebenarnya berpaut pada kedudukan menteri sehingga ke saat akhir,” katanya yang juga seorang pengamal undang-undang.

Dalam kenyataannya semalam, Surendran (kiri) juga mempertikaikan tindakan Shahrizat yang mahu terus berpaut pada jawatan ketua Wanita Umno.

Katanya, tindakan itu membuktikan Umno tidak ada keazaman politik, kecenderungan atau kuasa moral untuk bertindak terhadap pemimpin yang didakwanya mempunyai salah laku.

Surendran sebaliknya berkata, menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu patut berundur serta merta.

Selepas kontoversi panjang NFC, Shahrizats semalam mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan (April). Beliau bagaimanapun berkata akan kekal sebagai ketua Wanita Umno kerana pergerakan itu sudah dianggap seperti keluarga.

AMK: Pengunduran iyakan skandal


Sementara itu, Pemuda PKR (AMK) dalam kenyataannya berkata, pengunduran Shahrizat mengiyakan siri pendedahan PKR mengenai skandal NFC yang didakwa gagal dijawab secara berfakta oleh Shahrizat dan keluarganya.

“Dalam satu aspek, tindakan Shahrizat ini membuktikan bahawa beliau bertanggungjawab atas segala tuduhan yang memalitkan beliau, sekiranya ini dilakukan atas kerelaan beliau,” kata ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin.

“Dalam satu perspektif lain, ia mungkin dilakukan atas desakan daripada Umno sendiri yang semakin gusar dengan pendedahan demi pendedahan yang pastinya mengesani keyakinan rakyat kepada Umno-BN.”

AMK juga menegaskan, apa sekalipun faktor yang mendorong kepada peletakan jawatan Shahrizat, ia bukan noktah kepada pendedahan yang akan terus dibuat. 


www.malaysiakini.com





Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online