www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Monday 20 May 2013

MB KEDAH TUNJUK BELANG PERTAMA? MUKHRIZ TAK LAYAN GUNA STADIUM WALAUPUN MAHFUZ MERAYU

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir tidak akan membenarkan parti pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Selasa ini kerana perhimpunan seperti itu tidak wajar diadakan.

Katanya walaupun beliau berpendapat mana-mana pihak boleh mengadakan perhimpunan tetapi pengisiannya perlu diteliti sebelum diberikan kebenaran.
"Perhimpunan ini yang telah diadakan di beberapa tempat di seluruh negara bertujuan menimbulkan rasa benci di kalangan peserta terhadap kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat untuk tubuhkan kerajaan Persekutuan serta di Kedah ini. Ini suatu yang tak boleh diterima. 
   
"Kalau setakat nak berhimpun takde masalah. Ini kandungan ucapan oleh pemimpin pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan dakwaan tidak berasas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Kesyukuran peringkat negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di sini hari ini.

Bernama melaporkan Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar hari ini merayu supaya Mukhriz membenarkan pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan berkenaan di Stadium Sultan Abdul Halim.
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata pihaknya sebelum ini telah mengemukakan surat permohonan kepada pihak pengurusan stadium tersebut namun ditolak dan tidak dibenarkan untuk mengadakan perhimpunan berkenaan.
Katanya pihaknya hari ini akan menghantar surat rayuan kepada Mukhriz selaku Pengerusi Perbadanan Stadium Kedah agar membenarkan mereka melakukan himpunan tersebut atas dasar 'demokrasi'. 
Mukhriz berkata jika perhimpunan itu dibenarkan dan dakwaan-dakwaan itu diulangi, beliau khuatir ia akan mengelirukan rakyat dan mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat.

"Kita dah terlalu lama berpolitik. Jadi biarlah selepas PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13) yang paling sengit, kita satukan balik rakyat. Tidak perlu panjang-panjangkan lagi dan timbulkan rasa marah rakyat. Bagi saya, jawapannya adalah TIDAK (untuk benarkan stadium itu digunakan). Saya juga dapat nasihat daripada polis, permit tidak akan dikeluarkan ," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online