www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday 23 April 2013

SELAMAT TINGGAL UMNO. MAT TAIB KEMPEN DI SEPANG DAN PUTRAJAYA MALAM INI


KUALA LUMPUR: Selepas menyerahkan borang menyertai PAS semalam, bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib mempunyai jadual yang sangat padat.

Hampir setiap malam dan siang beliau mempunyai acara penuh sehinggalah hari pilihan raya umum 5 Mei depan.

Semasa mengumumkan penyertaan ke dalam PAS semalam, Muhamad berjanji akan turun ke kampung-kampung seluruh Selangor bagi bertemu dan bercakap dengan rakyat.

Sebaik sahaja selesai penyerahan borang semalam, beliau di wawancara oleh akhbar Sinar Harian.

Malam tadi beliau memberikan ceramah pertama di Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang disertai hampir 10,000 orang.


(Muhamad dan Tamrin mengajak ahli Umno khasnya yang dipecat untuk membuat perubahan bersama PAS dan Pakatan tengahari tadi)

Hari ini, beliau dijadual memenuhi program di Sepang dan Putrajaya, tempat dua tokoh PAS bertanding.

Di Sepang, peguam Mohamad Hanipa Maidin akan bertembung dengan calon BN di samping dua AJK Bahagian Umno yang bertanding atas tiket bebas.

Di Putrajaya Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bertembung satu lawan satu dengan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Hari ini, Muhamad dan Tamrin Tun Ghafar menyeru semua 61 calon bebas Umno yang kini telah dipecat itu bersama-sama beliau membantu Pakatan Rakyat membuat perubahan.

Besok Muhamad dijadualkan ke Subang dan Kota Raja sebelum ke Hulu Selangor bagi membantu calon-calon Pakatan.

Pendekata, hampir setiap kawasan di Selangor akan dikunjungi oleh bekas MB Selangor itu.

Ketika ditanya wartawan Berita Harian tengahari tadi, apakah beliau tidak takut masa silam beliau dibongkar kembali oleh media, Muhamad dengan tenang menjawab:

"Semua orang ada kisan silam masing-masing. Yang penting dia mahu berubah. Para sahabat Rasulullah juga ada kisah silam masing-masing," kata Muhamad kepada wartawan berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online