www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday 16 April 2013

NASIB 3 ABDUL? RAIS DIBUANG, KJ DIPUNGUT, ISA DIPAKSA BERDEPAN AISYAH DI JEMPOL.



Bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad bakal mencabar calon PAS Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin di parlimen Jempol pada pilihan raya umum 5 Mei ini.


Sebelum ini Isa yang juga pengerusi Felda merupakan wakil rakyat DUN Bagan Pinang selepas menang dalam pilihan raya kecil 2009.

Manakala Aishah yang terkenal dengan lagu "Janji Manismu" pula pertama kali menyertai pilihan raya selepas menyertai parti itu.


Dengan pertembungan dua individu tersebut, timbul cakap-cakap umum yang menyifatkan persaingan mereka di kerusi parlimen itu sebagai 'Janji Ditepati' Isa vs 'Janji Manismu' Aishah.

Janji Ditepati adalah slogan yang sering dilaungkan oleh BN
Manakala naib ketua bahagian Jelebu, Zainuddin Ismail pula menggantikan penyandang kerusi parlimen itu Datuk Seri Rais Yatim yang juga bekas menteri penerangan.

Zainuddin akan berdepan dengan ketua penerangan Dewan Muslimat PAS Aiman Athirah di kerusi tersebut.


Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang sebelum ini mengumumkan tidak akan bertanding, dicalonkan semula bagi mempertahankan kerusi beliau di parlimen Rembau.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor pula dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi parlimen Tampin.

Senarai penuh calon BN bagi parlimen Negeri Sembilan adalah seperti berikut:

Zainuddin Ismail (Jelebu)
Tan Sri Isa Samad (Jempol)
Datuk Dr Yau Chai Kian (Seremban)
Datuk Hassan Malek (Kuala Pilah) 
Teoh Eng Tian (Rasah)
Khairy Jamaluddin (Rembau)
Datuk Mogan Velayatham (Teluk Kemang)
Datuk Shaziman Abu Mansor (Tampin)


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online