www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday 23 April 2013

KENAPA RAIS MARAH NAJIB ?



KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim seolah-olah menyalahkan Perdana Menteri SEmentara Datuk Seri Najib Razak dalam masalah yang timbul dalam pemilihan calon BN kali ini.



Rais (gambar), yang digugurkan daripada menjadi calon di pilihanraya umum ke 13 kali ini memberikan bayangan bahawa penentuan calon tidak dilakukan dengan sistematik dan mengikut lunas yang ditetapkan bagi memastikan mereka betul-betul layak untuk bertanding.




"Dalam menentukan calon mampu menang, pemimpin parti perlu menjelaskan kelayakan calon dan faktor yang perlu dipertimbangkan bukan hanya berdasarkan usia, tetapi juga produktiviti mereka,” kata Rais.


Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan sumber Umno berkata kriteria ‘winnable’ candidate sebenarnya tidak wujud dalam BN.


Katanya, yang ada hanya calon-calon team Kak Ros atau bukan. Kali ini, asalkan calon-calon yang disukai Kak Ros akan dicalonkan sebagai calon BN.


"Jika produktiviti mengatasi usia, sudah jelas apa jawapannya...apa gunanya jika seseorang itu muda tetapi produktiviti dan hasil tidak dapat diperkirakan," rungut Rais lagi, yang dilaporkan sangat kecewa kerana tidak dicalonkan sebagai calon BN dalam pilihanraya umum ke 13.


Rais turut berkata calon mesti ditentukan dengan lebih awal untuk  mengelakkan timbul masalah ketidak puasan pihak tertentu di saat-saat akhir, seperti yang berlaku sekarang.


Semalam, seramai 61 ahli Umno termasuk pemimpin Wanita Umno berpengaruh Datuk Kamilia Ibrahim dan bekas timbalan menteri Datuk Mohd Shariff Omar dipecat serta merta kerana bertanding sebagai calon Bebas.


Perkara itu diputuskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disipilin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail menggunakan fasal 20.10 Perlembagaan Umno.


Fasal itu menyatakan mana-mana anggota Umno yang bertanding sebagai calon bebas akan dipecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya.


"Surat-surat pemecatan keahlian telah dihantar kepada mereka yang terlibat," katanya Ahmad Rithaudeen yang dipetik Sinar Harian.


Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan sekurang-kurangnya 22 ahli dan pemimpin Umno dipecat kerana bertanding atas tiket bebas.





0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online