www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Saturday 19 May 2012

SIAPA DATUK FAUZI? BEKAS POLIS NO.3 PUN MASUK PAS......TANDA KEJATUHAN UMNO




Ketika PAS dituduh dengan pelbagai tohmahan, "berbondong-bondong cerdik pandai datang untuk kita, Alhamdulillah," 
KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan syukur dengan perkembangan yang berlaku dalam PAS sekarang.


kata beliau dalam Facebooknya.



Beliau yang dijadualkan berceramah di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, Batu Kurau, Perak esok dijangka akan menyambut berita gembira di majlis itu.



"Saya telah diberi faham bahawa majlis ini adalah majlis pengisytiharan bekas orang no 3 dalam pasukan polis untuk menyertai PAS," tulis beliau lagi.



Seorang bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM iaitu orang nombor 3 dalam pasukan polis dijangka akan menyerahkan borang menyertai PAS kepada beliau dalam ceramah itu malam esok.



Bekas pegawai kanan polis itu merupakan anak kelahiran Pantai Besar, Larut dan pernah menyandang beberapa jawatan dalam pasukan polis.



Antaranya, Timbalan Pengarah Logistik PDRM, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Sarawak, Timbalan Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Daerah Pasir Putih Kelantan, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan Timbalan OCPD Sentul.



Bekas orang nombor tiga dalam PDRM itu baru sahaja bersara dari profesion polis kira-kira dua tahun yang lalu.



Dalam suasana rakyat sedang bertikam lidah dengan PDRM selepas himpunan Bersih 3.0 lalu, kesediaan beliau menyertai PAS sekali gus menolak persepsi PAS bermusuhan dengan polis.



Ketika dalam tugasnya, beliau terkenal sebagai pegawai kanan polis yang berusaha membanteras maksiat termasuk ketika beliau menjadi Ketua Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.

Nizar dan Sivakumar hadir semasa Zamhuri (tengah) mengisytiharkan keluar Umno.

Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.

“Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, rasuah di dalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.

Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.

“Saya bayar cukai RM20,125 seperti prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir,” ujarnya.

Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah ‘orang kuat’ menyokong kerajaan.

“Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi dari Siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Datuk Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan<.

“Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang.

“Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat,”
 ujarnya.

Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.

Sementara itu, mantan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau.

Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan.

“Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir.

“Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat.


Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat.

Hadir sama dalam pengisytiharan tersebut ialah Adun Tronoh, V Sivakumar serta penyokong Pakatan Rakyat. -HD
Read rest of entry

Thursday 17 May 2012

SHAFIE AFDAL KENAL TAK ARTIS WANITA INI? SKANDAL 1MALAYSIA.....



  • Pelakon Zahida Rafik yang dikaitkan dengan Datuk Seri Shafie Apdal berkata, beliau tidak mengenali menteri itu dan tuduhan terhadapnya oleh bekas pemandu Noor Azman Azemi bohong semata-mata.

    "Jadi dia (Noor Azman) menganggap saya sangat kaya? Saya tak kenal Datuk Seri (Shafie). Adakah dia (Noor Azman) menyebut saya mempunyai hubungan dengan Datuk Seri?

    "Saya mahu tahu siapa lagi dia cuba berbohong mengenai perkara itu lagi. Sudah tentu semua itu tidak benar. Saya tak boleh memberi banyak komen.

    "Biarlah peguam saya yang mengendalikannya. Kita tunggu sahajalah," beliau dipetik sebagai berkata oleh Mstar pada Rabu.

    Semalam Noor Azman mendakwa pernah menemani Zahida untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Shafie - jumlah paling tinggi pernah dibawa untuk dimasukkan dalam akaun.

    Noor Azman menjadi perhatian selepas membuat laporan polis pada 13 Mac sebagai reaksi atas dakwaan dia melarikan diri dengan wang Zahida sebanyak RM200,000, yang kandungannya kemudian didedahkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.

    Zahida dan Shafie bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang di mahkamah.

    Malaysiakini sudah menghubungi Shafie melalui Twitter semalam dan masih menunggu maklum balas daripadanya.ubscribers
    Shahrizat, GAGAL!!! Next Shafie :)

    Najib sibuk bagi WANG kepada Rakyat, tapi Najib BUTA yang MENTERI2nya sedang sibuk menghabiskan duit Rakyat!!! 

    Allah Maha Adil.

    TUMBANGKAN REJIM BN!!!
    • Steven Lee ·  Pengulas Tertinggi · UTM
      Bukan habiskan, tp songlap.
    • Pakai Otak ·  Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
      Hahaha..Seluruh rakyat Malaysia kenal Shafie Afdal tapi ko kata tak kenal...Oooo..Dulu masa terima duit bukan main lagi ko kenal tapi bila dah kantoi semua org ko dah tak kenal wahai Zahida manis...
    • Taguci Paradox ·  Pengulas Tertinggi · Smk Sultan Abdullah
      xkenal sbb dia dtg mlm.. lampu tutup...
  • Justin Lodukim ·  Pengulas Tertinggi
    ha ha ha ha..........................kua kua kua...............kantoi. mana ada pokok bergoyang tanpa angin................
    • Wok Shams ·  Pengulas Tertinggi
      die dakwa pemandu shapie kebas duit tapi tak kenal bos pemandu tu sape???... pelik betul la... ape kaitan die dengan pemandu shapie tu..
    • Masli Jeina ·  Pengulas Tertinggi · Kampong Takulong, Sabah, Malaysia
      betul ke tk kenal kt Dtk sri?...
    • Mat Yie ·  Pengulas Tertinggi
      only in m'sia...hihi
Read rest of entry

Tuesday 15 May 2012

NAJIB DIMALUKAN DI LONDON. BUKTI RAKYAT MELUAT DENGAN NAJIB DAN UMNO....



Malang lagi nasib Najib.. jika dulu selepas BERSIH 2.0 beliau telah ke London, Queen Elizabeth telah menyambutnya dengan berpakaian kuning dan satu demonstrasi oleh rakyat Malaysia telah diadakan oleh rakyat Malaysia di sana.

Kali ini malangnya berganda.. kerana ketibaannya telah disambut dengan bunga kuning juga manakala majlis yang diadakan olehnya di 02 juga dicemari dengan laungan BERSIH ketika beliau smahu berucap membuatkannya tersentak.

Apa yang membuat malangnya berganda ialah semua yang hadir ke 'An Evening with Prime Minister' yang bertujuan untuk mempromosikan dirinya itu ialah makanan, minuman dan juga pengangkutan telah disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia sendiri secara percuma buat mereka yang mahu hadir..

Perkara ini telah dinyatakan dilaman web Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London dimana semua rakyat Malaysia di UK adalah dijemput untuk menghadiri majis ini secara percuma, dengan makanan dan minuman yang disediakan dan hiburan kebudayaan yang ditawarkan keseluruhannya - sila baca di ( SINI ) 

Best jugak tinggal di London ya.. nak malukan Najib pun kerajaan tanggung..



http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/05/saksikan-najib-dimalukan-di-london.html



Read rest of entry

Monday 14 May 2012

NAJIB BERANGKAT KE UK 11.15 MALAM TADI, BILA PRU 13?



SEPANG - Desas-desus tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) terus menjadi teka teki apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke United Kingdom (UK) pada jam 11.15 malam tadi.


Sangkaan banyak pihak yang mengatakan Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong esok nampaknya tersilap kerana beliau hanya akan pulang semula ke tanah air pada 25 Mei ini.

Selepas itu, Najib dijadualkan berlepas semula ke UAE pada 28 Mei dan meneruskan lawatan ke Uzbekistan selepas itu.


Najib mengadakan lawatan kerja ke UK atas jemputan Putera Charles untuk menghadiri majlis resepsi bersempena dengan penganugerahan Royal Charter kepada Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) oleh Ratu Elizabeth II.

AKAN MENYUSUL

Read rest of entry

Sunday 13 May 2012

9 JUN 2012 TARIKH PRU13? NAJIB TUNGGU ILHAM UNTUK KUBURKAN UMNO....


Spekulasi berhubung tarikh pilihan raya giat diperkatakan susulan ucapan perdana menteri di masjlis sambutan ulangtahun Umno, Jumaat lalu bahawa beliau terasa seperti ingin segera mengadap Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

Spekulasi di blog dan SMS itu antaranya dikutip akhbar Sinar Harian yang menyebut bahawa tarikh ilihan raya diramal pada 9 Jun manakala hari penamaan calon pula dijangka 26 Mei, lapor akhbar tersebut yang

Najib juga diramal akan membubarkan Parlimen pada Isnin, menurut laporan tersebut yang memetik satu sumber.

Ramalan itu juga dibuat berdasarkan tempoh cuti sekolah dua minggu bermula 28 Mei, menurut laporan tersebut .

Laporan itu juga memetik kenyataan timbalan speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi yang berpendapat kenyataan Najib untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong itu hanya satu gurauan.

Katanya, Najib masih perlu menyelesaikan isu nadi bumi Lynas, manakala Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen hanya akan membentangkan laporan pada awal Julai.

"Jadi saya fikir paling cepat pun awal pada Julai sebelum Ramadan atau selepas Aidilfitri, sekitar September," katanya.


www,malaysiakini.com


Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online