www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Thursday 26 July 2012

PRU13 : MCA DAN MIC KALAH SEMUA KERUSI, UMNO TINGGAL SEPARUH?



Wilfred Bumbering dan Lajim Hj Okin telah menampakkan yang mereka akan keluar dan berpisah dari BN. Perletakan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran oleh Wilfred memperkuatkan lagi keyakinan yang Timbalan Presiden UPKO itu akan menyertai pilihanraya kali ini sebagai salah seorang calon Pakatan Rakyat. Tindakan kedua-dua pemimpin Sabah ini pastinya memberikan tamparan hebat terhadap BN dan kita mengagakkan yang pilihanraya akan ditunda lagi ke tarikh yang lain dan tidak akan diadakan piihanraya pada bulan September seperti yang di spekulasikan oleh banyak pihak.

BN kian hari kian malang dan segala petunjuk politik menggambarkan yang BN sudah sampai masa untuk diketepikan oleh rakyat. BN di Sabah sudah tidak lagi ada keupayaan untuk diperbaiki kerana pertelingkahan di antara parti-parti di dalam BN Sabah bukannya kecil. Krisis keyakinan terhadap Ketua Menteri yang merupakan pengerusi BN Sabah menambah lagi kegentingan BN dan beliau juga merupakan 'liability' kepada UMNO dan BN Sabah.

Banyak pihak yang mengatakan yang sebanyak 12 kerusi parlimen di Sabah akan kecundang dalam pilihanraya yang akan datang ini dan jika benar berlaku ia merupakan penambahan sebanyak 11 kerusi daripada satu yang sedia ada untuk pembangkang. Apa pun orang hendak kata Sabah sudah tidak lagi bertahan untuk menjadi ‘fixed deposit’ bagi BN dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Setiap parti dalam komponen BN di Sabah dan di Semenanjung sedang menghadapi masalah dan segala masalah ‘intra-party’ ini ditambah pula dengan masalah ‘inter-party’ yang kian  meruncing. Kita perlu ingat di Semenanjung BN akan hanya tinggal saki baki UMNO sahaja selepas PRU ini kerana komponen terbesarnya MCA akan menghadapi kekalahan yang menyeluruh. Dalam pada itu Gerakan sudah tidak relevan lagi dan MIC dijangka akan kalah dalam semua kerusi yang mereka tandingi.

Oleh itu saya tidak dapat hendak ‘comprehend’ apa yang dikatakan oleh Najib di Melaka baru baru ini yang BN akan menang di semua negeri dan BN akan menang dengan aggregate 14-0. Cakap-cakap itu menggelikan hati ramai pemerhati politik negara ini. Tetapi tidak mengapalah. Najib bukan kali itu sahaja yang bercakap tidak berasas dan itu sememangnya dilakukan beliau acap kali akhir-akhir ini.

Perkembangan terakhir di Sabah ini menambah keyakinan setengah pihak yang Najib dan seluruh kepimpinan beliau sedang menghadapi krisis keyakinan yang tersangat berat. Keadaan ini merupakan situasi yang belum pernah lagi dialami oleh BN sejak memerintah selama lebih dari lima dekad ini.

Maka keyakinan setengah pihak yang mengatakan Najib merupakan Perdana Menteri BN yang terakhir nampaknya semakin hampir menjadi kenyataan.

 -http://aspanaliasnet.blogspot.com

1 comments:

MELAYUJATI on 25 November 2012 at 20:45 said...

Mana engkau tahu, yang pasti selepas ni Pembangkang akan kehilangan banyak kerusi parlimen disebabkan rakyat tiada percaya parti pembangkang dapat memerintah Malaysia ini. Bagi kuasa kepada pembangkang umpama memberi bunga kepada monyet.

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online