www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Saturday 19 May 2012

SIAPA DATUK FAUZI? BEKAS POLIS NO.3 PUN MASUK PAS......TANDA KEJATUHAN UMNO




Ketika PAS dituduh dengan pelbagai tohmahan, "berbondong-bondong cerdik pandai datang untuk kita, Alhamdulillah," 
KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan syukur dengan perkembangan yang berlaku dalam PAS sekarang.


kata beliau dalam Facebooknya.



Beliau yang dijadualkan berceramah di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, Batu Kurau, Perak esok dijangka akan menyambut berita gembira di majlis itu.



"Saya telah diberi faham bahawa majlis ini adalah majlis pengisytiharan bekas orang no 3 dalam pasukan polis untuk menyertai PAS," tulis beliau lagi.



Seorang bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM iaitu orang nombor 3 dalam pasukan polis dijangka akan menyerahkan borang menyertai PAS kepada beliau dalam ceramah itu malam esok.



Bekas pegawai kanan polis itu merupakan anak kelahiran Pantai Besar, Larut dan pernah menyandang beberapa jawatan dalam pasukan polis.



Antaranya, Timbalan Pengarah Logistik PDRM, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Sarawak, Timbalan Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Daerah Pasir Putih Kelantan, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan Timbalan OCPD Sentul.



Bekas orang nombor tiga dalam PDRM itu baru sahaja bersara dari profesion polis kira-kira dua tahun yang lalu.



Dalam suasana rakyat sedang bertikam lidah dengan PDRM selepas himpunan Bersih 3.0 lalu, kesediaan beliau menyertai PAS sekali gus menolak persepsi PAS bermusuhan dengan polis.



Ketika dalam tugasnya, beliau terkenal sebagai pegawai kanan polis yang berusaha membanteras maksiat termasuk ketika beliau menjadi Ketua Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.

Nizar dan Sivakumar hadir semasa Zamhuri (tengah) mengisytiharkan keluar Umno.

Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.

“Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, rasuah di dalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.

Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.

“Saya bayar cukai RM20,125 seperti prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir,” ujarnya.

Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah ‘orang kuat’ menyokong kerajaan.

“Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi dari Siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Datuk Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan<.

“Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang.

“Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat,”
 ujarnya.

Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.

Sementara itu, mantan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau.

Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan.

“Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir.

“Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat.


Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat.

Hadir sama dalam pengisytiharan tersebut ialah Adun Tronoh, V Sivakumar serta penyokong Pakatan Rakyat. -HD

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online