www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Monday 27 February 2012

UMNO TERLIBAT? KES KHALWAT DR.BADRUL AMIN, BAGI KETERANGAN DI JAIP 3 PTG INI.


PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron mendakwa insiden beliau ditangkap khalwat dengan seorang wanita bersuami pada Sabtu lalu merupakan perangkap terancang yang didalangi Umno.
Malah menurut beliau, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Faizal turut terlibat dalam usaha menganiaya dan menghancurkan karier politiknya.
"Faizal yang merupakan suami kepada wanita berkenaan dipercayai terlibat dalam rancangan untuk memerangkap saya.
"Malah saya diberitahu oleh bapa wanita itu bahawa seorang pemimpin Umno menghubungi dia bagi mendapatkan nombor telefon bimbit Faizal. Jadi saya percaya semua ini ada pertalian dan hubung kait bagi memerangkap saya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Pada Ahad Badrulamin tampil menafikan bahawa beliau ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri orang oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) pada awal pagi Sabtu di sebuah hotel di Balok..
Malah Badrulamin mendakwa kejadian berkenaan merupakan tindakan terancang pihak tertentu untuk memerangkap dan mengaibkan beliau.
Dalam pada itu ditanya kemungkinan peragkap yang dimaksudnya itu didalangi oleh ahli PKR dan penyokong pembangkang sendiri, Badrulamin menolak perkara berkenaan.
"Saya tak fikir rakan-rakan saya terlibat. Saya yakin dalam perjuangan kami bersama, mereka tidak akan khinati saya," katanya.
Pada pukul 3 petang ini Badrulamin akan hadir ke pejabat Jaip ditemani peguamnya, Ahmad Nizam Hamid bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/2/27/mstar_berita/20120227142812&sec=mstar_berita



JAIP Nafi Timbalan Pengarahnya Buat Kenyataan Dr.Badrulamin Di Tangkap Seperti Di Dakwa Media

KUANTAN, 27 Feb - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) hari ini menafikan bahawa Timbalan Pengarahnya, Dato' Hj.Mohd Ghazali Abd Aziz (foto) ada membuat kenyataan terhadap penangkapan tokoh agama dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat,Dr.Badrulamin Bahron di Hotel Swiss Garden Resort pada 25 Februari lalu. 

"Apa yang berlaku adalah salah faham dan kenyataannya yang telah dimanilulasi oleh pihak media. Beliau 9Dato' Hj Mohd Ghazali) telah dicaci dan dihina oleh ramai pihak kononnya JAIP yang merancang tangkapan terbabit. Sebenarnya beliau hanya mengesahkan yang pihak JAIP telah melakukan operasi ketika kejadian tersebut. Operasi biasa dijalankan selepas mendapat aduan daripada orang awam. Tidak ada unsur tangkapan seperti yang didakwa. Cuma, kedua-dua tertuduh dibawa ke pejabat JAIP pegawai berkenaan untuk diambil maklumat berkaitan. Mereka kemudian diarahkan ke Pejabat JAIP hari ini untuk diambil keterangan selanjutnya", kata sumber JAIP hari ini. 
Oleh itu, beliau menyeru semua pihak agar tidak membuat tuduhan yang bukan-bukan serta tidak berasas kepada JAIP atas kontroversi ini. "Sebagai jabatan yang bertanggungjawab dalam hal itu, sudah semestinya JAIP akan menjalankan operasi bila mendapat aduan dari orang awam. Sama ada ada kes atau tidak itu terletak kepada bahagian pendakwaan. Memang benar ketika pegawai JAIP tiba, Ustaz Badrulamin berada di dalam bilik dan wanita yang didakwa itu berada diluar bersama anaknya. Namun persoalannya, di mana pasangan terbabit berada ketika suami wanita itu datang menyerbu?. Saya difahamkan, beliau yang menempah bilik lain untuk wanita terbabit. Soalnya, kenapa perlu dia timbulkan fitnah sedangkan dia tahu musibah yang lebih besar seperti sekarang akan terjadi. Apapun, biarlah pihak JAIP menyiasat perkara ini berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada pada kami", kata sumber itu lagi.

 

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online