www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday 21 February 2012

MEMALUKAN...BUKTI UMNO TAKUT BERDEBAT DENGAN ANWAR.



Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dilaporkan berkata BN sedia berdebat, menjelaskan bahawa kenyataannya itu t idak bermaksud merealisasikan debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONE“Saya bukan maksudkan sokong atau mahu realisasikan debat antara Perdana Menteri dan Anwar. Saya juga tidak rela PM buang masa berdebat kosong dengan Anwar. Banyak lagi urusan penting yang perlu beliau selesaikan.
 
“Saya sebut sebelum ini kita bersedia berdebat, tetapi bergantung kepada topik yang mahu diperdebatkan. Kita juga ada Timbalan Perdana Menteri, Naib Presiden Umno, Majlis Tertinggi Umno, Ketua Pemuda dan Ketua Wanita. Mereka juga boleh berdebat dengan pembangkang,” kata Tengku Adnan yang dipetik akhbarSinar Harian hari ini.

Ahad lalu, The Star melaporkan Tengku Adnan, sambil menyifatkan perdebatan sebagai sesuatu yang ‘sihat’ berkata parti pemerintah itu sentiasa bersedia untuk mengambil bahagian dalam perbahasan seperti mana yang dilakukan antara presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng pada Sabtu lalu.

Sehubungan itu, setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution pada sidang akhbarnya semalam, meminta Tengku Adnan berperanan sebagai orang tengah bagi mengaturkan perdebatan antara Najib dan Anwar.

NONEDalam satu lagi perkembangan, SUPP yang berpangkalan di Sarawak dilaporkan menerima cabaran debat dari DAP.

Menurut akhbar Sarawak, United Daily, presiden baru SUPP Datuk Seri Peter Chin, bersetuju menerima cabaran dari ADUN Piasau Ling Sie Kiong, tetapi beliau masih belum menerima jemputan rasmi dari wakil DAP itu.

Chin berkata bahawa Ling perlu menulis surat rasmi menyatakan topik perbahasan, penganjur dan menetapkan syart-syarat serta butiran berkaitan.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online