www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Sunday 8 January 2012

PAS PECAT HASSAN ALI. TERSUNGKUR DALAM KEGELAPAN SINAR........

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS


Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.
Abdul Hadi Awang, 
Presiden PAS

PAS membuat keputusan memecat pemimpin kontroversinya Datuk Hasan Mohd Ali sebagai anggota parti itu berkuatkuasa serta merta.

Keputusan terhadap exco kerajaan Selangor itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu lebih tiga jam di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemecatan itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS.

pas launch welfare state document 111211 hadi awang"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS," kata Abdul Hadi.
Pengumuman itu juga disiarkan ditvpas.com.
Pemimpin kontroversi itu menimbulkan keresahan pelbagai pihak khususnya di kalangan anggota dan penyokong Pakatan Rakyat kerana mengambil pendirian bercanggah dengan partinya dan pembangkang.

Antaranya mempersoalkan konsep dasar negara kebajikan yang dterajui PAS.
Hasan sebelum ini mengecam golongan bukan ulama dalam PAS dan menuduh parti itu telah menyeleweng daripada perjuangan Islam.

Terbaru, Hasan mempersoalkan kewajaran ahli dan penyokong PAS yang diminta hadir pada  perhimpunan ‘Bebaskan Anwar’ pada 9 Januari (esok) yang telah dipersetujui oleh Abdul Hadi dan timbalannya, Mohamad Sabu.

Beliau juga mencadangkan supaya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai perdana menteri jika ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya.

Usaha Malaysiakini mendapatkan reaksi Hasan yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam kerajaan negeri Selangor. setakat ini belum berhasil.


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online