www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Wednesday 11 January 2012

INI KAWAN SETIA ANWAR. SIAPA? YAKIN ANWAR AKAN JADI PM YANG PALING HEBAT.


Ketika pemimpin BN bermegah kononnya keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat II membuktikan badan kehakiman adil dan bebas, seorang bekas menteri dan veteran Umno berpandangan sebaliknya.

NONETan Sri Kadir Sheikh Fadzir yang kini timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) berkata keputusan itu "tidak cukup" untuk menepis persepsi umum yang sering mempersoalkan kebebasan nstitusi badan kehakiman dari pengaruh kerajaan.

"Ini tidak cukup... Saya harap ia permulaan yang baik, peluang keemasan untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya supaya kita semua dapat tidur nyenyak," katanya yang juga bekas menteri pelancongan dan penerangan.

Kadir menjawab soalan berhubung laporan media arus perdana termasuk kenyataan Perdana Menteri Datuk SeriNajib Razak yang berkata keputusan mahkamah yang memutuskan Anwar tidak bersalah itu membersihkan kerajaan daripada tuduhan campur tangan dan konspirasi politik.
"Bersejarah tetapi mengejutkan"

Sambil menyifatkan keputusan itu sebagai "bersejarah tetapi mengejutkan", Kadir menegaskan ia peluang terbaik bagi memulihkan imej badan kehakiman termasuk pelantikan Ketua Hakim Tan Sri Ariffin Zakaria dilihat berpeluang untuk memperbetulkan persepsi itu.

zaki azmi interview 140911Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Kadir berkata Ariffin tidak pernah terbabit dengan parti politik dan seorang yang ‘takut’ kepada Allah berbanding penyandang sebelum ini Tun Zaki Azmi (kiri) yang pernah menjadi penasihat undang-undang Umno.

Sebelum keputusan diumumkan, Kadir berkata beliau pergi ke kediaman Anwar dan menemaninya sehingga ke mahkamah sebagai tanda rasa simpati dan memberi sokongan kepada bekas timbalan perdana menteri itu.

Katanya lagi, sebelum keputusan diumumkan, beliau percaya 70 peratus Anwar yang juga ketua pembangkang akan dihumbankan ke penjara.
Kawan setia

"Saya adalah kawan yang setia... Dr Mahathir membuatkan saya rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kami memang berkawan rapat dan saya betul-betul kasihan kepadanya dengan apa yang berlaku kepadanya... saya simpati kepadanya dan kali ini saya benar-benar bersimpati dengannya," katanya.

NONEDitanya sama ada beliau menyokong Anwar dari sudut politik, Kadir dilihat tidak dapat menyembunyikan pujiannya terhadap tokoh politik kelahiran Kampung Cherok Tok Kun, Pulau Pinang itu.

"Saya rasa beliau mempunyai bakat kepimpinan yang hebat. Beliau boleh menjadi pemimpin negara yang hebat. Dan (sikap) beliau yang natural (semulajadi).

"Apabila beliau masuk ke kampung, apabila beliau bercakap dengan orang kampung, beliau nampak natural. Beliau tidak perlu tunjuk lagaknya. Main drama kata orang," katanya.
Berjiwa rakyat

Menganggap Anwar adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat seperti pengasas negara sebelum ini, Kadir menambah kampung Anwar berdekatan dengan kampungnya - di Kulim Bandar Baharu - yang terletak kira-kira 10 kilometer.

NONE"Jadi beliau adalah pemimpin berjiwa kampung. Sebab itu jika beliau berpeluang menjadi perdana menteri, beliau menjadi perdana menteri yang hebat di mata rakyat, (sikap) semulajadinya (yang suka) mengambil berat tentang rakyat," katanya yang mengelak untuk membandingkan kepimpinan Anwar dan Najib.

Kadir, 73, adalah anak sulung kepada 12 adik beradik. Bapanya merupakan pengasas kepada Umno di Kulim Bandar Baharu.

Beliau aktif dalam politik sejak tahun 1970-an di bawah pentadbiran perdana menteri kedua Tun Abdul Razak. Pernah menjawat jawatan menteri kebudayaan, kesenian dan pelancongan pada tahun 1999 di bawah kepemimpinan Tun Mahathir Mohamad.

mca agm 2005 opening 200805 keng yaik and kadirKemudian, menyandang jawatan sebagai menteri penerangan di bawah pimpinan perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kini Kadir selaku bendahari Umno bahagian Kulim-Bandar Baharu - bahagian yang diwakili sejak lima penggal sebelum menyerahkan kepada adiknya Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir pada pilihan raya umym 2008.
 
Bagaimanapun, Abdul Aziz tewas kepada wakil PKR Datuk Zulkifli Noordin sebelum beliau mengisytihar diri keluar parti dan menjadi ahli parlimen bebas.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online