www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday 17 January 2012

HASSAN ALI PARASIT SEBENAR DALAM PAS, BIARKAN DIA PERGI DENGAN DOSANYA....

SHAH ALAM, 17 JAN : Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali yang di pecat 8 Januari bebas untuk membuat sebarang kenyataan dan tindakan peribadi memandangkan beliau bukan lagi menjadi ahli PAS.



Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Hasan tidak mempunyai halangan melancarkan siri ceramahnya ke seluruh negara bagi mendedahkan kononnya terdapat kumpulan 'parasit' dalam PAS.

"Kita berlapang dada untuk Hasan meneruskan ceramahnya, kerana beliau bukan lagi ahli PAS dan tidak ada kena-mengena dengan kepimpinan PAS.

"Terpulang kepada orang ramai untuk percaya atau tidak dengan dakwaannya itu, kita tidak boleh halang kerana jelas beliau bukan lagi Ahli PAS," katanya.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim tidak menafikan hak Hasan Ali untuk membuat sebarang keputusan, dan pada masa sama perlembagaan PAS memperuntukkan ahli yang dipecat boleh merayu kepada Majlis Syura dalam tempoh 30 hari, namun terserah kepadanya untuk membuat keputusan.

Hingga ke saat ini Hasan di dakwa tidak mengemukakan sebarang rayuan berhubung pemecatan beliau. Tarikh rayuan tersebut berakhir 7 Februari depan.

Hasan pada sidang medianya semalam berkata, beliau akan mendedahkan kumpulan 'parasit' dalam PAS pada program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan. 
Hasan mendakwa, kumpulan itu memainkan peranan memesongkan PAS dari perjuangan Islam.

Ketika dihubungi TVSelangor, Tuan Ibrahim berkata, tidak pernah wujud kumpulan 'parasit' dalam kepimpinan PAS seperti yang didakwa bekas Exco Hal Ehwal Islam negeri Selangor itu.Kenyataan Hasan tersebut juga dianggap tidak munasabah kerana sebarang keputusan parti perlu menerusi perbincangan dalam mesyuarat tertinggi.

"Kita ada majlis syura yang akan menentukan dasar parti dan perkara yang besar pula akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

"Jadi dakwaan yang mengatakan wujud kumpulan perosak itu antara punca beliau dipecat langsung tidak boleh diterima, kerana keputusan besar dalam parti adalah keputusan bersama bukannya keputusan antara kumpulan,"katanya.

Dalam perkembangan sama, Tuan Ibrahim berkata keghairahan media arus perdana mengambil kesempatan dengan mendampingi bekas ahli pembangkang sudah diramal.

Namun, bagi PAS, ia tidak menjejaskan perjalanan mereka untuk terus memberi fokus kepada pilihanraya yang bakal tiba tidak lama lagi.

"Fenomena biasa, kalau beliau (Hasan) kritik PAS, media arus perdana akan membuat liputan, tidak ubah seperti apa yang berlaku kepada Zulkifli Nordin dan beberapa pemimpin lain ,"jelasnya. - tvsnews.net




0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online