www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Saturday 24 September 2011

DR.RANI JOINT UMNO DI MERU, KLANG. DAPAT HADIAH LAGI RM 29 JUTA BINA SEKOLAH

PJ SELANGOR DR.RANI DIJEMPUT TPM UMNO ATAS KAPASITI ADUN MERU, KLANG
Timbalan Perdana menteri Tan Sri Muhyiddin berharap masyarakat Selangor memilih BN dalam pilihan raya akan datang setelah rakyat kini didakwa "terseksa" bawah Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau diberitahu demikian oleh seseorang ketika tiba di majlis penutup program permukiman wakil rakyat BN di sebuah sekolah di Meru petang ini.

"(Orang tersebut kata) saya nak cepat-cepat pilihan raya nak pergi mengundi sokong BN, sebab rasa terseksa duduk bawah Pakatan di Selangor.

"Sorrylah berkempen," katanya lagi yang cuba melunakkan suasana dalam ucapannya di sekolah SMK Meru, Klang itu.

Beliau yang juga menteri pelajaran turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM29 juta untuk sekolah berkenaan.

Peruntukan berkenaan adalah untuk membina sebuah sekolah baru bagi menampung jumlah pelajar di SMK Meru, katanya.

Seronok sepanjang hayat

Muhyiddin juga berkata BN akan terus menyalurkan bantuan kepada rakyat walau Selangor berada di bawah Pakatan.

"Kita tidak mahu Selangor walau dipimpin Pakatan, pembangkang akan biarkan nasib rakyat tidak terbela," katanya lagi dalam program yang turut dipakej sebagai majlis sambutan hari raya itu.

Beliau turut memuji program anak angkat yang dijalankan Kelab ADUN BN Malaysia (BNBBC), di mana seramai 170 orang wakil rakyatnya menginap di rumah penduduk setempat sehingga permukiman itu berakhir hari ini.

Katanya, penduduk yang mengambil bahagian dalam program berkenaan tidak akan lupa dan akan berasa seronok sepanjang hayat.

"Bila sampai pilihan raya, dia tak fikir sangat pun, dia pangkah BN," katanya.

Turut hadir di program itu ialah pengerusi BNBBC, Datuk Nadzri Ismail dan juga ADUN Meru, Dr Abd Rani Osman
Read rest of entry

Thursday 22 September 2011

BAKAL MB JOHOR SELEPAS PRU13, SIAPA? ORANG NAJIB UNTUK REDAKAN KEMARAAN KEM MUHYIDDIN....

 
BN Johor mungkin terheret ke kancah perbalahan politik apabila akhbar-akhbar tempatan mula melaporkan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman mungkin digantikan pada pilihan raya umum akan datang.

Abdul Ghani, yang telah memegang jawatan itu sejak tahun 1995, dikatakan tidak lagi menjadi pilihan sejak dua pilihan raya umum yang lalu. Bagaimanapun, disebabkan campur tangan pihak istana dan faktor-faktor politik, beliau telah berjaya bertahan dan mengekalkan jawatan menteri besar itu.

Namun, baru-baru ini, khabar angin sekali lagi bertiup kencang di Johor bahawa BN mungkin meminta Abdul Ghani (kiri) bertanding di kerusi parlimen dan menyerahkan jawatannya kepada Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Spekulasi itu diperkuatkan lagi apabila akhbar-akhbar Cina melaporkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail mencemar duli secara mengejut di rumah terbuka Aidilfitri Khaled di Johor.

Menurut laporan berkenaan ia seolah-olah tanda mendapat restu atau perkenan dari pihak istana.

Sultan Ibrahim menggantikan ayahandanya Alrmahum Sultan Iskandar Ismail pada Januari 2010. Almarhum dikatakan mempunyai hubungan yang akrab dengan Abdul Ghani.

NONEJohor telah lama menjadi kubu kuat BN dan Umno. Tetapi bukan satu rahsia lagi, bahawa terdapat pelbagai puak dalam Umno di negeri itu.

Ada yang mengatakan perdana menteri dan presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak merancang untuk meletakkan penyokong-penyokongnya di negeri itu bagi 'memerhatikan' pergerakan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga berasal dari Johor.

Akhbar tempatan juga telah menyenaraikan beberapa nama sebagai calon-calon yang berpotensi untuk menggantikan Abdul Ghani.

Selain daripada Khaled Nordin, nama ahli parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamad, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Latiff Ahmad dan ADUN Pasir Raja Adham Baba juga berada di senarai berkenaan.
Read rest of entry

Wednesday 21 September 2011

NAZRI KATA 2 AKTA BARU SAMA MACAM ISA... TERBUKTI NAJIB KENCING RAKYAT 1MALAYSIA.........

Amalan penahanan tanpa perbicaraan akan diteruskan walaupun dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan undang-undang pencegahan yang lain, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menurut beliau dua undang-undang baru yang bakal diperkenalkan bagi menggantikan ISA akan juga membenarkan penahanan tanpa bicara kerana ia adalah elemen penting dalam usaha memerangi keganasan.
 
Katanya, Peguam Negara akan berunding dengan ahli parlimen, hakim dan pihak-pihak yang berkepentingan lain di dalam dan juga luar negara kerana menangani keganasan adalah usaha antarabangsa.

"Malah bagi kesalahan jenayah biasa, seseorang boleh ditahan tanpa bicara. Kami namakannya tahanan reman 14 hari, - ia juga merupakan satu bentuk penahanan tanpa perbicaraan," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran bahagian undang-undang, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Menurut Nazri, penahanan dalam keadaan seumpama itu tidak bererti seseorang itu dianggap bersalah.

"Rakyat juga sedar bahawa kita perlu untuk menahan seseorang sebelum boleh dapat mengumpul bukti," katanya.

Walau bagaimanapun, jelasnya, elemen yang sedang diperbetulkan ialah tempoh tahanan yang terlalu lama boleh disifatkan sebagai tindakan menindas.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, bercakap kepada Bernama selepas megadakan dialog bersama Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) di Kuala Lumpur hari ini, Nazri berkata dua undang-undang baru yang akan menggantikan ISA tidak akan digunakan bagi menahan pihak yang berbeza ideologi politik.

azlanKatanya, kedua-dua akta itu akan hanya digunakan bagi mengekang kegiatan pengganas dan ekstremis agama.

Selain itu, pihak yang didapati bersalah di bawah kedua-dua akta tersebut hanya akan ditahan setelah dijatuhi hukuman oleh mahkamah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan beberapa pihak yang mendakwa dua akta baru yang akan menggantikan ISA itu akan mengekalkan ciri-ciri ISA yang didakwa mereka akan menindas tahanan.

Mengulas desakan pembangkang yang mahu bekas tahanan ISA diberi pampasan berikutan pemansuhan akta itu, Mohamed Nazri berkata, ia sewajarnya tidak dijadikan isu kerana mereka ditahan di bawah undang-undang yang sah pada ketika itu.

"Ia berlaku mengikut undang-undang, (jadi ada) tidak perlu meminta maaf dan tidak perlu pampasan. Kenapa perlu persoalkan? Ia sepatutnya tidak jadi isu," kata Nazri.

Pada Khamis lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan khas Hari Malaysia mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Najib berkata dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.
Read rest of entry

MAT SABU DIDAKWA ,IKAT KAMIN RM15,000. YANG SOKONG UMNO ZAINAL KELING TERLEPAS........

BUTTERWORTH, 21 Sept: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu didakwa di bawah Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini ekoran ucapannya mengenai Bukit Kepong.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Pihak pendakwa meminta Mohamad dibebaskan dengan jaminan RM50,000 tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskan Mohamad dengan jaminan RM15,000 sehingga perbicaraan.

Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Malam tadi, beliau dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub, berkata Mohamad ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada jam 7.30 petang tadi dan dibawa ke IPK Pulau Pinang.

Mohamad tiba di IPK Pulau Pinang pada 8.30 malam dan dilihat meninggalkannya ibu pejabat polis itu pada 9.05 malam selepas keterangan beliau diambil.

Menurut Ayub, pemimpin PAS itu akan didakwa berikutan terdapat lebih 1,000 laporan dibuat terhadapnya berikutan ucapan kontroversialnya pada sebuah ceramah di Tasek Gelugor pada 19 Ogos lalu.

"Laporan dibuat oleh waris polis yang kecewa dengan kenyataan Mat Sabu,” katanya pada sidang media di Georgetown.

“Saya gesa semua pihak supaya bertenang agar proses undang-undang dapat dijalankan,” katanya.

Sebelum itu, peguam pemimpin PAS itu, Mohamed Hanipa Maidin berkata, anak guamnya dimaklumkan pihak polis bahawa beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini.
Pelbagai pihak membuat bantahan terhadap dakwaan ini dan menyifatkan ianya sebagai penyalahgunaan undang-undang oleh pihak berkuasa.

Datuk Mahfuz Omar berkata, jika berdasarkan kenyataan yang mengguriskan hati, kenyataan beberapa profesor yang mengatakan negara ini tidak pernah dijajah juga wajar diambil tindakan.
Read rest of entry

Monday 19 September 2011

HASAN ALI MASUK UMNO? SIAP PENYEBAR BERITA PANAS INI............UMNO?

Exco Kerajaan Selangor Datuk Hasan Ali hari ini menafikan dakwaan dalam blog bahawa beliau akan keluar PAS dan menyertai Umno.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat, menyifatkan dakwaan tersebut, bersifat "spekulasi".

"Saya bersama dengan PAS dan yakin dengan perjuangan PAS kerana slogannya kepimpinan ulamanya yang memanggil Hasan Ali menyertai PAS.

"Kedua, bukan sahaja kerana kepimpinan Ulama, (tapi PAS) nak menegakkan negara Islam yang berpaksikan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak Ulama dan Qias," katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi dengan tegas, menafikan akan menyertai Umno.

Katanya lagi, sehingga semalam beliau mendapat tidak kurang 15 panggilkan telefon dan 25 SMS bertanyakan berhubung perkara tersebut.

Hasan turut menafikan dakwaan bahawa berjumpa dengan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk berbuat demikian.

"Tidak ada perjumpaan. Saya tidak pernah berjumpa dan tidak ada rancangan untuk berjumpa.

"Mungkin ada orang lain yang berjumpa, mungkin Hasan lain, Hassan putu mayung ka...(Tapi) bukan Hasan Ali," katanya berseloroh.

Hasan yang juga ADUN Gombak Setia menolak dakwaan dalam media dan blog bahawa sebelum ini pernah menganggotai atau berkecimpung dengan Umno.

"Saya tidak pernah sebarang masa, sebarang ketika berkecimpung dalam Umno dan tidak pernah berniat untuk berkecimpung dalam Umno.

"Semoga penjelasan ini, dapat diberitahu kepada mereka yang ingin mengetahuinya, saya rasa dapat meredakan spekulasi-spekulasi yang sedemikian.

"Saya tidak berkata spekulasi ini berniat jahat, saya tidak kata spekulasi ini mahu menimbulkan ketegangan mana-mana pihak, tetapi saya rasa, redakanlah.

"Kalau kamu tidak dapat daripada 'horse mouth' (dari mulut saya tentang perkara itu), janganlah mereka mewakili kuda-kuda itu untuk bercakap," katanya.

Ditanya mengapa desas-desus untuk menyertai Umno selalu dikaitkan dengannya, Hasan berkata macam-macam orang boleh mendakwa sedemikian terhadapnya.
 
"Saya public figure, macam-macam orang dakwa...Ia kena keluar dari mulut saya. Selagi tidak keluar dari mulut saya, kenapa perlu diwakil-wakilkan," katanya.
Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online