www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Friday 3 June 2011

PAS SETIA BERSAMA PR : AWAS...! NOKTAHKAN ISU "UG" & ERDOGAN, UMNO JADI GILA TALAK


GOMBAK: PAS tetap akan bersama Pakatan Rakyat - walaupun terdapat perbezaan dasar serta konsep perjuangan - bertekad untuk bersama-sama menggantikan kerajaan sedia ada pada pilihan raya umum akan datang.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa mengulangi komitmen parti itu menegaskan, walaupun konsep perjuangan PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP berbeza, namun ketiga-tiga komponen tersebut tetap mempunyai matlamat sama iaitu memperjuangkan keadilan untuk semua.

“Walaupun adanya perbezaan dasar dan konsep dengan rakan-rakan yang lain, tetapi banyak titik persamaan dalam pelaksanaan dan objektifnya dalam aspek pentadbiran dan penglibatannya ke dalam masyarakat majmuk.

“Walaupun berbeza dalam perkara halal dan haram, tetapi kita tentunya bersama dalam menegakkan adil untuk semua dan menentang kemungkaran, kezaliman dan penyelewengan seperti rasuah dan sebagainya," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden di Markas PAS di Taman Melewar di sini, Jumaat.

Abdul Hadi berkata, konsep tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang diamalkan oleh PAS, telah menjadi sebahagian daripada fekah politik Islam dan ia berbeza dengan parti mengorbankan prinsip serta menghilangkan jati diri Islam daripada bangsa Melayu.

“Di sepanjang perjalanan beberapa dekad, kita adalah parti yang paling berpengalaman, kita berpengalaman menjadi pembangkang hanya dengan satu kerusi, menjadi kerajaan diperingkat negeri.
 
“Menyertai kerajaan pusat dan kosong tanpa kerusi, kita pernah bersendirian, pernah menyertai kerajaan campuran dan kita juga melaksanakan tahaluf siyasi,” ujarnya.
Sehubungan itu katanya, PAS akan perlu terus bergerak dan amalkan sikap istiqamah berlandasakan hukum Islam.

”Kita tidak akan mengubah matlamat perjuangan kita walau apa pun gelombang, ribut dan badai yang memukul bahtera kita, dan ternyata bahtera kita masih kukuh dan selamat hingga ke hari ini,” katanya.

Jelasnya, pendekatan demokrasi yang dipilih oleh PAS adalah bertindak secara muwajahah silmiyyah, sama ada menang menjadi kerajaan, atau pembangkang atau melahirkan bantahan secara terbuka sekiranya perlu.

Mengulas tema ucapan dasarnya itu, presiden PAS itu berkata, perjuangan mengembalikan kebajikan rakyat adalah paling utama mendepani Pilihan Raya Umum ke-13 yang dibayangkan sangat sengit berbanding sebelumnya.

“Rakyat kini tertekan dengan dasar kerajaan yang membebankan rakyat untuk mendapat hasil kepada negara. Ini termasuk mengurangkan subsidi kepada rakyat dengan menaikkan harga barangan.

”Oleh itu, negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat perlu menunjukkan komitmen berkebajikan kepada rakyat agar mereka boleh melihat keikhlasan pakatan menjaga kebajikan rakyat berbanding kerajaan sedia ada,” katanya.

Justeru, sudah tiba masanya PAS memperkukuhkan konsep dan objektif kebajikan secara menyeluruh dalam urustadbir yang di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka.

“PAS wajib melenyapkan budaya mendapat hasil secara membebankan rakyat yang diamalkan kerajaan yang tidak prihatin,” katanya.
Read rest of entry

DAKWAAN TERHADAP HUSAM TIDAK BENAR, KATA SETIAUSAHA AGUNG PAS DATUK MUSTAFA ALI.

KUALA LUMPUR, 3 Jun: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, sebelum ini beliau pernah menyiasat dakwaan terhadap Datuk Husam Musa dari pihak yang sama dan mendapatinya tidak benar.

"Saya yang siasat sebelum ini dan didapati dakwaan itu tidak benar...saya yakin kali ini juga tidak benar," kata Mustafa dalam sidang media bersama Presiden PAS hari ini.

Mustafa mencelah soalan wartawan kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi yang bertanya mengenai dakwaan seorang blogger, Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang didakwa menerima RM300,000 dari Husam.

Semalam Husam menafikan laporan itu manakala Syed Azidi juga menafikan menerima wang itu dan tidak pernah ke China sejak tahun 2009 apabila beliau kali terakhir ke sana pada tahun itu.

Para blogger Umno membuat pelbagai dakwaan kononnya Syed Azidi menerima wang RM300,000 dari Husam untuk membantu beliau dalam pemilihan muktamar kali ini.

Mereka mendakwa, Husam menyerahkan wang itu kepada Syed Azidi di China melalui wakilnya.
Read rest of entry

SIAPA BOHONG? SIAPA BODOH? KICKDEFELLA ATAU YB HUSAM? ATAU SANDIWARA MENCARI PUBLISITI?


KUALA LUMPUR: Penulis blog Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz hari ini mengaku pernah menerima RM350,000 daripada Datuk Husam Musa sebagai pampasan setelah ditamatkan kontraknya dengan Permodalan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dua tahun lepas.

Syed Azidi berkata wang tersebut ialah sebagai pampasan selepas kontraknya sebagai pegawai perhubungan awam di PMBK ditamatkan pada 10 November 2009.

Sambil menafikan laporan beberapa laman web kebelakangan ini bahawa beliau telah dibayar oleh Husam, yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan calon naib presiden PAS pada pemilihan parti minggu ini, untuk membantunya berkempen, beliau berkata fakta dan tempoh waktu kejadian telah diputar belit.

"Dakwaan bahawa saya telah bertemu dan menerima wang sejumlah RM300,000 di China daripada Husam baru-baru ini adalah tidak benar," katanya dalam satu sidang media di sini Khamis.

"Semenjak 9 Nov 2009, Datuk Husam dan saya tidak pernah bertemu, melainkan berbual di telefon dan bertukar-tukar pesanan rigkas," katanya.

Syed Azidi berkata selepas diberhentikan kerja di PMBK berikutan perselisihan faham dengan Ketua Eksekutif PMBK, pada 18 November 2009, beliau telah bertemu dengan seorang pembantu Husam yang menawarkan RM350,000 dan beliau telah bersetuju.

Beliau menjelaskan wang tersebut telah diberikan sebagai bayaran kos tertunggak bernilai RM50,000 manakala selebihnya sebagai pemberian "ihsan dan simpati", dan bukannya bayaran menutup mulut.

"Wang tersebut telah diberikan secara tunai oleh individu tersebut secara berperingkat-peringkat dalam tempoh tiga bulan dari November 2009," katanya sambil enggan menamakan individu tersebut.

Syed Azidi yang menganggap Husam sebagai sahabat istimewa berkata beliau juga tidak tahu sama ada wang tersebut adalah wang peribadi Husam.
Katanya kali terakhir beliau melawat China ialah pada Disember 2009.

"Saya yakin maklumat inilah yang telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu dan diolah menjadi satu cerita hebat...kononnya saya bertemu Husam di China dan tranksaksi dibuat di sana minggu lepas," katanya.

Katanya beliau juga percaya orang yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat ini ialah seorang individu yang juga berkait rapat dengan salah seorang calon naib presiden PAS.

Sementara itu, Husam ketika dihubungi Bernama menafikan beliau memberikan sejumlah wang tersebut kepada Azidi pada 2009.

"Saya menafikannya. Saya juga tidak ada pembantu. Kalau dia diberhentikan oleh PMBK, itu hal dia, mengapa pula saya mahu bagi dia wang pampasan? Saya bukan majikannya," katanya.

Dalam satu kenyataan melalui SMS kepada Bernama beliau juga menafikan ada menpunyai wang sebanyak itu. "Sampai hari ini saya tidak mempunyai wang sebanyak itu dalam akaun saya dan adalah bodoh untuk saya menyedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat saya," katanya.

Husam juga hairan dengan tindakan Azidi yang mengeluarkan dakwaan tersebut menjelang pemilihan esok.

Katanya dakwaan Azidi mengenai perhubungan mereka melalui telefon adalah palsu. - BERNAMA
Read rest of entry

PERLUKAH PEEMUDA PAS PAKAI SONGKOK DALAM MUKTAMAR? Salah Siapa.....?



Muktamar Pemuda 2011 telah melabuhkan tirainya semalam dengan barisan kepimpinan yang berwajah baru dan bernafas baru. Semoga dengan amanah yang dipikulkan atas bahu mereka akan menjelmakan hasil gerakerja yang terbaik untuk masa depan pemuda. Apa yang dikata orang dalam muktamar kali ini ialah, ada pemuda dikalangan AJK yang duduk di atas pentas memakai songkok yang sinonim dengan Umno. Mereka dikatakan tidak ikut trend Pas, kurang tarbiyyah, bergaya sahaja dan sebagainya. Apalah nak kata dah memang perangai orang suka mengata, yang mengata pun lebih kurang sama sahaja nampaknya, jika dia lebih buat kerja dari AJK Pemuda bolehlah tahan apa yang dikatanya tapi hampa sebabnya memang dia selalu mengata orang.

Ayuh Pemuda teruskan perjuanganmu...........
Read rest of entry

Thursday 2 June 2011

TERKINI : SENARAI PENUH AJK DPPP 2011/13. Tahniah Ust.Nik Abduh Dan Sahabat Yang Terpilih.

SHAH ALAM: Anak Mursyidul Am PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz diisytihar sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS yang baru apabila menewaskan tiga lagi pencabarnya dengan mendapat 260 undi.

Menerusi keputusan berkenaan, Nik Abduh turut mengenepikan penyandang bagi jawatan berkenaan sebelum ini, Azman Shafawi yang mendapat undi paling sedikit iaitu 94 undi.

Sementara itu dua lagi calon iaitu Firdaus Jaafar dan Suhaizan Kaiat masing-masing mendapat 193 dan 107 undi.

Keputusan berkenaan diumumkan wakil Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Dr Sufian Husin pada pukul 5.20 petang Khamis.

Sebelum ini, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi diumumkan menang tanpa bertanding apabila tidak menerima sebarang pencabar.

Dr Sufian berkata, pihak jawatankuasa pemilihan mengeluarkan sebanyak 655 kertas undi.

"Kita menerima semula semua kertas undi yang dikeluarkan... tapi kitamenolak tiga kertas undi," katanya.

Sementara itu bagi jawatan Naib Ketua, Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob menang dalam saingan dua penjuru apabila mendapat 421 undi.

Pencabarnya, Nasir Zakaria mendapat 228 undi.


Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:
Pengerusi Tetap: Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki

Timbalan Pengerusi Tetap: Ustaz Kamal Ashaari

Ketua: Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi

Timbalan Ketua: Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Naib Ketua: Raja AlHiss Raja Yaakob


Sementara itu 12 Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS yang diumumkan menang adalah seperti berikut:

1) Riduan Mohamad Nor - 561

2) Khairul Faizi Ahmad Kamil - 502

3) Ahmad Baihaki Atiqullah - 492

4) Mohd Adram Musa - 427

5) Kamaruzaman Mohamad -328

6) Ahmad Fadhli Shaari - 325

7) Khalil Abdul Hadi - 320

8) Mohd Nazri Chik - 307

9) Syed Abdul Kadir Syed Hussin Al-Joofre - 275

10) Mohd Sany Hamzan - 282

11) Mohd Yusni Mat Piah - 269

12) Mohd Nor Hamzah -267
Read rest of entry

MUKTAMAR PEMUDA PAS : 650 PERWAKILAN MULA MENGUNDI MEMILIH PEMIMPIN ALAF BARU



SHAH ALAM: Proses pengundian bagi pemilihan Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat bagi sesi 2011-2013 bermula pada pukul 10 pagi Khamis.

Seramai 650 perwakilan menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi memilih kepimpinan Pemuda PAS yang baru.

Tempoh pengundian berlangsung selama sejam dan akan berakhir pada pukul 11 pagi.

Pada pemilihan kali ini, Nasarudin Hassan Tantawi diumumkan menang tanpa bertanding dan mempertahankan jawatan tersebut bagi penggal kedua sejak tahun 2009.

Bagaimanapun bagi jawatan Timbalan Ketua menyaksikan saingan empat penjuru antara penyandangnya Azman Shafawi dengan Pengarah Pilihan Raya Pemuda, Firdaus Jaafar; Ketua Penerangan, Suhaizan Kaiat dan Exco Pemuda, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Sementara bagi jawatan Naib Ketua menyaksikan saingan dua penjuru antara Nasir Zakaria dan Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob.
Read rest of entry

PEMUDA NAFI BERKEMPEN UNTUK CALON TERTENTU. TERIMA ATAU TIDAK TERPULANG KEPADA PERWAKILAN ESOK....!



Setiausaha Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil tampil mengemukakan penjelasan berhubung penayangan montaj video pada malam tadi yang didakwa sebagai bahan kempen untuk calon timbalan presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Khairil Faizi dalam pengumumannya hari ini berkata, montaj berkenaan sebenarnya disediakan lebih awal, malah sebelum Tuan Ibrahim mengumumkan untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

"Sebab ada orang bercakap (kata video sebagai kempen), jadi kita terpaksa jelaskanlah.

"Kita beritahu, video itu tak ada kaitan dengan pemilihan," katanya ketika ditemui di Dewan MBSA, Shah Alam hari ini.

Jelasnya, montaj video yang menampilkan ucapan Tuan Ibrahim itu merupakan sedutan daripada rakaman program Himpunan 30,000 Pemuda PAS di Kedah pada 19 Februari lalu.

"Datuk Tuan Ibrahim yang datang rasmikan perhimpunan itu," katanya.

Menurut Khairil Faizi lagi, montaj berkenaan juga disediakan pada saat akhir sebelum muktamar dewan Pemuda diadakan.

Tayangan video pendek berhubung program Pemuda PAS dalam muktamarnya pada Selasa malam menimbulkan cakap-cakap di kalangan perwakilan memandangkan ia dilihat hanya memaparkan sedutan rakaman acara melibatkan beberapa pemimpinnya sahaja.
Read rest of entry

BENARKAH PERASMIAN MUKTAMAR PEMUDA BERKEMPEN UNTUK CALON TIMBALAN PRESIDEN? Anda Sebagai Pengadil...


Tayangan video pendek berhubung program Pemuda PAS dalam muktamarnya pada Selasa malam menimbulkan cakap-cakap sama ada ia berbau kempen.

Ini kerana video kira-kira 10 minit itu dilihat hanya memaparkan sedutan rakaman acara melibatkan beberapa pemimpinnya sahaja.

Selepas ketua dewan itu Nasrudin Hassan menyampaikan ucapan dasar, muktamar dipertontonkan dengan tayangan mengenai program yang dianjurkan mereka, termasuk penyertaan dalam demonstrasi di ibu negara.

Antara dipaparkan dalam itu, sedutan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Nasrudin sendiri yang memberi ucapan penuh semangat.

Mereka dipaparkan dalam satu sedutan video yang berasingan.

Susulan penayangannya, timbul cakap-cakap, termasuk di kalangan wartawan yang mempersoalkan sama ada suatu kempen kepada Tuan Ibrahim.

Dalam perebutan kerusi nombor dua PAS, Tuan Ibrahim menghadapi persaingan tiga penjuru dengan penyandang Nasharudin Mat Isa dan pemidato terkenal Mohamad Sabu.
'Jangan nilai kepetahan pidato saja'
Kira-kira hampir 700 perwakilan termasuk hadirin bagaimanapun menonton dengan penuh khusyuk tayangan tersebut.

Manakala, dalam buku ucapan dasar yang diedarkan kepada wartawan, Nasrudin juga turut menyentuh berhubung pemilihan kepimpinan parti di pelbagai peringkat.

NONEBeliau berkata Islam mengajar supaya dipilih pemimpin yang "layak, mampu dan beramanah".

"Bukan populariti, bukan juga title yang ada pada nama dan tidak hanya dinilai pada kepetahan berpidato semata-mata.

"Sebaliknya memilih dan menyerahkan amanah kepimpinan kepada mereka yang ikhlas, benar, berilmu, mampu melaksanakan tugas dengan baik, berakhlak dan bertakwa," katanya.

Tegasnya, pemilihan tersebut usah dijadikan kesempatan untuk bersengketa tetapi dijadikan sebagai peluang "untuk merapatkan jurang, mengimpal retak, menjalin ukhwah, membina persefahaman dan menyatukan fikrah".

"Kita bentuk saf perjuangan yang satu dan padu laksanakan ikatan batu-bata, membangun menara kukuh gah di persada juang,"katanya.
Read rest of entry

Wednesday 1 June 2011

WARTAWAN BUKAN ISLAM PAKAI TUDUNG LAGI COMEL, KEHENDAK SENDIRI BUKANNYA ARAHAN SKRETARIAT MUKTAMAR PAS

<>
 
KUALA LUMPUR, 1 Jun: PAS tidak mengeluarkan arahan bahawa wartawan wanita bukan Islam perlu memakai tudung ketika membuat liputan muktamar parti itu hujung minggu ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata beberapa organisasi media mungkin telah salah faham nasihat yang diberikan oleh sekretariat penganjur Isnin lepas oleh kerana keperluan memakai tudung hanya ditujukan kepada wartawan wanita yang beragama Islam.

"Ini semua salah faham media. Tiada arahan pakai tudung pun kepada wartawan bukan Islam. Umum sudah mengetahui bagaimana pakaian sopan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mustafa mengulas kenyataan setiausaha agung Wanita MCA, Chew Lee Giok yang membidas PAS kerana dikatakan menguatkuasakan kod pakaian ke atas wartawan wanita bukan Islam yang membuat liputan muktamar dari 3 hingga 5 Jun ini.

Dalam notis pengambilan pas liputan muktamar yang dihantar kepada petugas media, beberapa peraturan pemakaian digariskan.

Ianya termasuk tidak berseluar pendek bagi wartawan lelaki dan tidak memakai pakaian menjolok mata bagi wanita.

"Sempena muktamar PAS Pusat yg akan berlangsung dari 3 hingga 5 Jun yang akan datang, beberapa kod etika perlu dipatuhi.

"Antaranya ialah lelaki berpakaian kemas dan tidak berseluar pendek dan wanita berpakaian kemas dan bertudung bagi yang Islam dan DIGALAKKAN memakai skaf bagi bukan Islam.

"DILARANG memakai gaun atau skirt pendek," kenyataan berhubung ketetapan itu dipetik.

Sehubungan itu, arahan wajib bertudung kepada wartawan wanita bukan Islam adalah tidak benar sama sekali kerana perkataan digunakan hanyalah "digalakkan" memakai skaf, dan bukan memaksa memakai tudung.
Read rest of entry

WAKIL RAKYAT DILARANG PROMOSI DIRI ATAU "ANGKAT BAKUL SENDIRI" DI PARLIMEN...... Demam PRU13?

KUALA LUMPUR: Ketika spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini semakin hangat, Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dinasihatkan supaya tidak menjadikan Parlimen sebagai platform "angkat bakul" diri mereka untuk menghadapi pilihan raya.
 
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata semua wakil rakyat sepatutnya menggunakan mandat yang diberikan oleh rakyat pada pilihan raya umum ke-12 lalu untuk berhujah demi kepentingan rakyat bukannya bercakap sesuka hati demi kepentingan politik diri.

"Sungguh pun mereka mempunyai visi dan misi tersendiri dan hendak menyuarakan pendapat di dewan yang mulia serta bertanggapan bahawa kemungkinan besar pilihan raya ke-13 akan datang, jangan sekali-kali guna kedua-dua Dewan menjadi platform hendak meraih simpati rakyat.

"Jangan menggunakan tindak-tanduk dengan cara hujah yang tidak mendatangkan kebaikan kepada keselamatan dan ketenteraman negara," katanya kepada Bernama dalam satu temubual di pejabatnya di Parlimen di sini hari ini.

Menurut Abu Zahar, semua wakil rakyat tidak kira di Dewan Rakyat atau Senator di Dewan Negara mestilah menghormati kemuliaan dewan berkenaan mengikut etika, Perlembagaan Persekutuan dan peraturan dewan.

"Kalau seseorang itu berhujah dengan bijaksana dan idea yang konkrit, kami alu-alukan, ini yang diharapkan oleh semua rakyat tetapi jangan datang ke dewan yang mulia ini dengan sifat tak tentu arah, bersifat emosional, bersifat perkauman yang boleh menggugat ketenteraman dewan," katanya.

Abu Zahar berkata setiap wakil rakyat juga perlu memegang prinsip ketika mengangkat sumpah yang mengatakan setiap Anggota Parlimen perlu memahami, menghayati dan mendokong Perlembagaan Persekutuan sepanjang menjadi wakil rakyat.

"Dalam lafaz angkat sumpah mereka di hadapan Yang Dipertua kedua-dua Dewan sebelum menjadi wakil rakyat, mereka mesti mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Ini sumpah ikrar yang dibuat oleh semua wakil rakyat sebelum mereka boleh duduk mewakili rakyat di dalam dewan yang mulia ini.

"Saya nak tegaskan di sini, setiap Anggota Dewan Rakyat terutamanya mesti memahami dan jangan mengingkari lafaz ikrar sumpahnya, kalau dia datang ke dewan bercakap tanpa ada batasan, tiada perkara yang baik dan melanggar peraturan, itu sudah melanggar prinsip asas seorang wakil rakyat," katanya.

Dewan Rakyat akan mula bersidang semula pada 13 Jun hingga 28 Jun depan selepas ditangguhkan pada 7 April lalu manakala Dewan Negara akan mula bersidang pada 4 Julai hingga 12 Julai depan selepas ditangguhkan pada 28 April lepas. BERNAMA
Read rest of entry

Tuesday 31 May 2011

ANALISIS : KENAPA YB SALAHUDDIN AYUB PERLU KEKAL NAIB PRESIDEN PAS.

Kehangatan pemilihan jawatan tertinggi dalam Muktamar Agung PAS dalam masa terdekat ini mengundang kehangatan pembicaraan peluang menang bagi semua calon yang bertanding. Kenapa YB Salahuddin Ayub patut dikekalkan menjadi tajuk perbincangan yang pertama yang patut dikupaskan demi kebaikan semua pihak. Salahuddin yang juga merupaka Ahli Parlimen Kubang Kerian dan juga merupakan bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia merupakan calon penyandang bersama YB Datuk Mahfuz Omar setelah Datuk Tuan Ibrahim mencuba bagi jawatan Timbalan Presiden.

PROFIL YB SALAHUDDIN AYUB

Salahuddin Bin Ayub lahir pada 1 Disember 1961 di Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian, Johor. Berketurunan kacukan Melayu-Cina.

Salahuddin Bin Ayub mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Serkat, Pontian (1967-1973).Kemudian di Sekolah Menengah Inggeris Teluk Kerang, Pontian (1974-1976). Belajar pula di Sekoalah Menengah Sri Perhentian, Pontian (1977-1978) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Penggawa Barat (1979-1980). 

Mengikuti pendidikan agama di Sekolah Agama Kerajaan Johor dengan lulus Kelas Khas pada 1977. Seterusnya mengikuti program Diploma Pentadbiran Perniagaan di Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) (1982-1983) dan mendapat ijazah BSc. (Sains Pembangunan Manusia) di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pertamanya, sepenggal yang lalu, Salahuddin terpilih menjadi Naib Presiden PAS yang mewakili suara orang muda setelah berjaya menjadi Ketua Pemuda yang agak menonjol membawa inovatif dalam organisasi dalam kepimpinan pemuda. Pengorbanan beliau kepada parti terutamanya kepada Dewan Pemuda telah dicurahkan sepenuh hati tanpa ada sedikit pun ruang untuk beliau menghindarkannya. Pengalaman dalam semua kerja jamaah dan parti pada semua peringkat menjadikan beliau semakin matang serta berpengalaman mengharungi mehnah dan  tribulasi politik dalaman parti serta bersama mengharungi kepimpinan Pakatan Rakyat yang selalunya melibatkan peranan beliau sebagai pemegang jawatan Naib Presiden. Pengalaman inilah yang jarang ada pada sesetengah pimpinan. Jelas sebagai seorang yang setia pada parti dan menjadi pekerja,pendokong dan penyokong setia kepada parti menjadikan Salahuddin antara tenaga penggerak parti yang patut dikekalkan demi kelangsungan politik dalaman parti dan tanah air masa kini.

Faktor kedua yang patut diambil kira ialah factor kenegerian. Adalah wajar Salahuddin diangkat untuk menjadi suara kepada negeri di selatan tanha air dalam persada politik tertinggi tanah air. Jika Mursyidul Am PAS berasal dari Kelantan, Presiden dari Terengganu, Timbalan kemungkinan dari Pahang dan dua Naib Presiden dari negeri Perak dan sebaginya, maka Salahuddin menjadi calon tunggal bagi negeri-negeri selatan untuk dikekalkan. Ini bukanlah factor kenegerian semata-mata tetapi negeri Johor memerlukan seorang bakal pemimpin yang ada nama untuk menjadi bakal Menteri Besar Johor seandainya Johor dapat dirampas suatu hari nanti. Oleh itu PAS perlulah menyediakan bakal calon tersebut jika tidak pasti parti lain akan mengambil peluang yang ada. Salahuddin perlu menjadi contoh kepada kepimpinan pelapis dari negeri selatan. Maka Salahuddin juga perlu menjadi produk bagi PAS dipersada politik tanah air yang perlu dijelmakan oleh para perwakilan beberapa hari lagi. Siapakah diantara tokoh PAS yang ada untuk untuk melawan Muhyiddin Yassin, Ghani Othman, Ahmad Maslan, Dr.Fuad Zarkashi dan produk Umno yang lain kecuali Salahuddin? Dan sedikit yang menonjol masa kini ialah Mazlan Aliman. Maka Salahuddin perlu menjawat jawatan tertinggi dalam hirarki PAS bagi menghadapi suasana politik selatan negara pada masa akan datang.

Ketiganya, Salahuddin mewakili suara orang muda dan profesional. Jika perwakilan mahukan ulamak dan profesional yang lain maka peluan Ustaz Idris Ahmad dan YB Nizar amat cerah. Maka Salahuddin patut menjadi suara orang muda apatah lagi dengan pengalaman beliau menjadi Ketua Pemuda suatu masa dahulu menjadikan beliau aset yang amat berharga untuk bergandingan dengan golongan ulamak yang memipin teraju Presiden dan Timbalan Presiden PAS. Pengalaman menjadi Ketua Pemuda dan mempunyai sokokngan yang meluas dikalangan pemuda adalah faktor penting untuk Salahuddin dikekalkan bersama tokoh lain dalam mengharungi Pilihanraya Umum Ke 13 yang pastinya mengerah keringat untuk mengembelengkan pengundi muda untuk menyokong dan seterusnya mengundi kepada Pakatan Rakyat.
.......................................................................................................................................................

Kerjaya / politik
  • Pegawai kewangan di MUI Bank pada 1980, sebelum menceburi bidang politik sepenuh masa pada 1983.
  • Setiausaha ,Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Pontian (1981-1983).
  • Pada 1983, Naib Yang Dipertua PAS Pontian (1983-1987), Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian (1987-1989), Ketua Dewan Pemuda PAS Johor (1989-1999), Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (1991-1995), Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat (1995-1997), Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat (1997-1999), Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (1999-2001), Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (2001-2003), Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (2003-2009), Naib Presiden PAS Pusat (2009-kini)[1].
  • Ketua Penerangan PAS Johor (1997-2001), Setiausaha Perhubungan PAS Johor (2001), Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor (2001-2003) dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat (2001-2003).
  • Ketua Lujnah Pertanian Dewan Pemuda PAS Pusat (1993-1995), Ketua Lujnah Penerangan dan Dakwah Dewan Pemuda PAS Pusat (1995-1997), Ketua Lujnah Perhubungan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat (1999-2001), Ketua Lujnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (2001-2003) dan Ketua Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat (2001-2003)
Read rest of entry

NAKHAEI KUTUK NIK AZIZ........! KES DI YADIM APA CERITA DATUK?

KUALA LUMPUR 30 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjaya memerangkap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam dakyahnya bagi menyelamatkan diri beliau daripada terus dicemuh berikutan isu moral yang dihadapinya kini. 


Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, Nik Abdul Aziz sebagai seorang pemimpin parti yang besar seharusnya menyiasat setiap tuduhan yang dikaitkan dengan Anwar dan bukan sewenang-wenangnya mendakwa ia sebagai fitnah.

''Kalau dia (Nik Abdul Aziz) tidak percaya dengan tuduhan orang lain sepatutnya dia siasat. Itu yang patut dia lakukan, jangan tuduh orang lain melakukan fitnah. Apa yang kita lihat, dia hanya tuduh orang lain tetapi dia tidak siasat untuk cari kebenaran.

''Kalau begitulah dia jadi pemimpin, nampaknya Nik Abdul Aziz terlalu lemah dalam membuat keputusan bukan sahaja untuk dirinya tetapi parti,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini
.
Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris meminta Nik Abdul Aziz bertaubat daripada terus mempertahankan Anwar yang berdepan dengan isu moral dan dikaitkan dengan rakaman video seks.

Nik Abdul Aziz sebelum ini dalam ceramahnya di Kampung Setia, Kuang menasihatkan pihak yang menabur fitnah terhadap Anwar dengan mengaitkannya dengan rakaman video seks tampil memohon maaf. 


( Inilah fesyen berpolitik orang yang pernah menjadi pengkhianat pada PAS, macam dah jadi gila talak apabila sibuk mencari ruang dalam akhbar untuk menonjulkan dirinya sebagai seorang ulamak Umno yang tidak dihargai pun sebenarnya oleh Umno, telah dijadikan kuda tunggangan Umno dalam YADIM.  Nakhaie pernah menjawat jawatan Naib Presiden PAS, selepas mengkhianti PAS beliau masuk UMNO kemudian dilantik menjadi Pengerusi YADIM. Disaat pencen beliau, beliau dikatakan mengamalkan dua kes rasuah yang melibatkan kewangan YADIM seperti yang dihebohkan oleh bekas Mufti Perlis Dr.Mohd Asri suatu ketika dulu. Hingga kini kes rasuah Nakahie masih dalam proses yang entahkan bila akan diselesaikan. Hari ini beliau menghentam Tok Guru Nik Aziz, selemah TokGuru beliau tak buat rasuah macam orang yang menuduh, selemah Tok Guru beliau tidak mengkhianti pasti macam yang menuduh................ Akhirnya Nakhaie hanya menjadi mainan Umno dan juga untuk mencari populariti di saat menjelang Muktamar PAS pada 1-3 Jun 2011 yang dibuat bersebelahan dengan rumah beliau di Taman Melewar. Mungkin Nakhaie terasa nak "joint" muktamar tapi akan daya sebab diri beliau ialah Umno yang berfahaman kebangsaan tentulah tak sama dengan PAS yang memperjuangkan Islam. Paling tidak pun beliau akan mendengar melalui pembesar suara yang mungkin dipasang di atas bumbung Markaz Tarbiyyah, mendengar seorang dalam diri di biliknya. Kesiannya hidup seorang tua dipenghujung usia yang kelam....)
 
.
Read rest of entry

Monday 30 May 2011

5 KALI UMNO CUBA SOGOK DENGAN JAWATAN 3 MENTERI PADA TOK GURU TAPI SEMUANYA GAGAL..........malu umno...!

Usaha memujuk PAS bekerjasama dengan Umno dilihat berterusan apabila Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa beliau didatangi wakil Umno sebanyak lima kali untuk tujuan itu dalam masa terdekat.

Menurut ahli parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Nik Aziz mendedahkan perkara itu ketika bertemu dengan anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil petang semalam.

"Ya, betul, beliau sebut (ada) lima kali pertemuan. Ia berlaku dalam masa terdekat, (ia) mengenai isu kerjasama PAS dengan Umno," katanya yang hadir dalam majlis di dewan orang ramai di situ.

Menteri besar Kelantan itu bagaimanapun didakwa tidak memperincikan individu itu sebaliknya hanya menyebutnya sebagai "berpangkat datuk" dan "pesara kerajaan".

Muhammad juga berkata, Nik Aziz ada memberitahu, PAS ditawarkan tiga jawatan menteri sekiranya membentuk kerajaan perpaduan dengan parti Islam itu.

umno pasBagaimanapun menurut Muhammad, Nik Aziz menolak mentah-mentah pujukan itu kerana PAS sudah membuat perjanjian dengan DAP dan PKR.

Muhamad juga menjelaskan, mursyidul am PAS itu memberitahu, usaha itu berlaku sejak April lalu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kembali menjaja isu kerjasama kedua-dua parti Melayu itu.

Difahamkan, majlis itu dihadiri kira-kira 500 orang. Turut serta Setiausa Agung PKR Saifuddin Nasution dan dua anggota parlimen, termasuk Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh), Abdullah Sani (Kuala Langat).

Sementara itu, beberapa pihak yang hadir dalam majlis minum petang itu mengesahkan ucapan Nik Aziz itu dan ada daripada mereka yang difahamkan terkejut dengan pendedahan itu.



( Memang canggih keje Umno ni, dalam masa Utusan diarahkan menghentam Pakatan Rakyat untuk berpecah belah dengan menyiarkan pelbagai isu sensitif tetapi pada yang sama cuba memujuj PAS untuk masuk BN. Yang peliknya siap menemui Tok Guru dengan cuba merasuah jawatan Menteri bagi pemimpin PAS. Umno ingat Tok Guru lapar sangat ke jawatan Menteri tu..................... Yang pastinya Tok Guru takkan lupa peristiwa Umno menendang PAS keluar dari Perikatan/BN pada tahun 1970 dulu............ Pada akulah, selagi Tok Guru hidup jangan haraplah PAS akan masuk BN, lupakanlah Najib.......Umno masuklah Pakatan Rakyat hahahahah.... )
Read rest of entry

KENAPA MUSTAFA DAN NASARUDDIN BERGADUH? SIAPA KACAU PAS?

KUALA LUMPUR 29 Mei - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyanggah kenyataan Ketua Dewan Pemudanya, Nasruddin Hassan yang mendakwa terdapat 'pengacau' yang mahu menganggu proses pemilihan parti itu minggu depan.

Menurut Mustafa, beliau tidak mengetahui tentang dakwaan itu kerana proses pemilihan serta muktamar parti yang bermula sejak beberapa minggu lalu kini berjalan lancar seperti dirancang.

"Semuanya berjalan seperti biasa kerana saya tidak nampak wujud golongan pengacau seperti didakwa berdasarkan tiada sebarang laporan yang diterima pihak saya sehingga kini.

"Malah, kempen pemimpin yang bertanding berjalan lancar tanpa sebarang gangguan kerana semua pihak menghormati di antara satu sama lain," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas dakwaan Nasruddin tentang wujudnya golongan 'pengacau' dalam pemilihan Pas kali ini yang berhasrat merosakkan parti berkenaan.

Dalam wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia hari ini, kata Nasruddin, gelaran 'puak Erdogan' serta 'golongan ulama' sebenarnya diwujudkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mengeruhkan keadaan dan mengambil kesempatan mencetuskan polemik dalam parti.

Mustafa menambah, pihaknya tidak boleh sewenang-wenangnya menuduh terdapat golongan pengacau dalam Pas pada musim pemilihan kali ini selagi ia tidak dilaporkan dengan disertakan bukti kukuh.

"Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa jawatankuasa pemilihan Pas dan pejabat saya tidak ada menerima sebarang aduan mengenai 'pengacau' dimaksudkan," ujarnya.

( Memang sah le Utusan ni jahat dan pengacau, lihatlah berita di atas, ada ke Utusan nak melagakan antara Setiausaha Agong dan Ketua Pemuda pulak, geram betul aku dengan Utusan meloya ni. Kau le ":pengacau" yang sebenarnya dan buat-buat tak faham sekadar nak tabur fitnah dalam parti PAS. Sekarang ni bkan sahaja melayu yang benci danmeluat dengan Utusan tapi orang Cina pun naik menyampah dengan berita perkauman dari Utusan. Nasihat aku, janganlah layan beita yang mengarut yang semata-mata fitnah nak menghancurkan PAS)
Read rest of entry

RASUAH KAPAL SELAM SCORPENE, ZAHID SEDIA KE MAHKAMAH : BUKTI SIAPA RASUAH?

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia memberi keterangan di mahkamah berikutan siasatan Perancis berhubung dakwaan wujudnya gejala rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene yang bernilai ribuan juta ringgit.

“Mereka boleh cabar kita di mahkamah. Kita mahu lebih telus. Berhubung dakwaan mereka, biar mahkamah tentukan kebenaran,” kata Ahmad Zahid kepada wartawan hari ini.

Pihak berkuasa Perancis kini menjalankan siasatan berhubung sama ada komisyen dibayar dalam perjanjian bernilai RM7.3 bilion antara kerajaan Malaysia dengan firma pertahanan yang berpangkalan di Perancis, DCNS. Bayaran seumpama itu adalah tidk sah mengikut undang-undang Perancis.

Pada 2009, NGO hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengemukakan saman ke atas DCNS di mahkamah di Paris dalam apa yang didakwa mereka sebagai rasuah aktif dan pasif, menjalankan urusniaga berdasarkan habuan dan menyalah-guna aset koporat.

Suaram sedang mengumpulkan dana bagi menanggung membiayai kos guaman kepada peguam-peguamnya.

Apabila diminta mengulas perkembangan itu, Ahmad Zahid berkata: “Saya sedia ke mahkamah jika diminta berbuat demikian tetapi syaratnya mesti diluluskan oleh kabinet. Jika kabinet tidak benarkan, maka saya tidak perlu pergi.”
Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online