www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Friday 18 November 2011

WANITA UMNO MALU DAN KECEWA DIGELAR "LEMBU" OLEH ORANG KAMPUNG ANGKARA SKANDAL LEMBU SHAHRIZAT DAN SUAMINYA.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini menuntut kerajaan supaya mendedahkan kertas mesyuarat jemaah menteri berhubung keputusan kerajaan menganugerahkan projek lembu fidlot kontroversi kepada keluarga menteri pembangunan wanita, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

NONE
Rafizi berkata, perkara itu perlu dijelaskan untuk memastikan sejauh mana penglibatan Shahrizat dalam proses menganugerahkan projek berkenaan kepada syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd yang diketuai sumai menteri berkenaan, Datuk Seri Mohammad Salleh Ismail.

"Dalam kes ini ada terlalu banyak proses buat keputusan di peringkat kabinet, di peringkat kementerian pertanian.

"Keputusan dibuat antara tahun 2006 hingga 2008 termasuk juga pinjaman RM250 juta, semua ini melibatkan kertas kabinet.

"Jadi soalan kami, berapa luaskan penglibatan Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam proses membuat keputusan itu?," soalnya dalam sidang media di ibu pejabat PKR petang ini.

Katanya lagi, langkah kerajaan untuk mendedahkan kertas berkenaan merupakan satu permulaan baik, apatah lagi apabila Mohamad Salleh sendiri, selaku pengerusi eksekutif NFC, mengakui bahawa pinjaman berkenaan diluluskan tanpa sebarang jadual pinjaman.

Rafizi berkata demikian ketika mengulas penjelasan yang diberikan Mohamad Salleh berhubung jumlah kerugian yang ditanggung syarikat berkenaan sebelum ini, seperti dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini.

Dalam penjelasannya, Mohamad Salleh berkata, dakwaan bahawa kerajaan melupuskan pinjaman   berkenaan kerana kerugian yang dialami NFC merupakan "rumusan tidak matang."

Sebaliknya, Mohamad Salleh berkata perjanjian pinjaman berkenaan tidak menyatakan jadual pembayaran balik, dan syarikat itu pula masih dibenarkan membuat bayaran balik dalam tempoh tertentu.

Maka, NFC tidak melanggar perjanjian pinjaman berkenaan, kata Mohamad Salleh lagi seperti dilaporkan.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata pengakuan Mohamad Salleh bahawa pinjaman kepada NFC itu dibuat tanpa jadual bayaran balik juga merupakan satu unsur rasuah dan perlu disiasat kerajaan.

Tambahnya, siasatan juga perlu dilakukan ke atas pengakuan Mohamad Salleh bahawa syarikat itu diberikan projek berkenaan walau tidak mempunyai pengalaman untuk menjalankan projek berimpak tinggi itu, seperti dilaporkan akhbar New Straits Times hari ini.

"Kalau proses telus digunakan, syarikat ini tidak dapat projek ini. Dia tidak layak dan tidak ada pengalaman," kata Rafizi lagi.

Tambahnya, PKR juga akan membuat laporan kepada SPRM, susulan kepada laporan yang dibuat sebelum ini berhubung pembelian kondominium mewah oleh satu lagi syarikat milik keluarga menteri berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online